m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, September 22, 2011

20 Syawal: Beraya Bukit Jelutong

Pada hari Ahad lepas kami beraya sampai ke malam. Rumah terakhir yang kami pergi ialah rumah sepupu aku kat Bukit Jelutong. Puas jugaklah kami nak mendaki bukit yang banyak lutong tu. Akhirnya sampai jugak ke destinasi dengan selamatnya. Depan rumah sepupu aku tu ada sungai konkrit yang ada banyak ikan. Dah berkali-kali aku pergi, mesti nengok ikan berenang sambil bagi makan kat ikan. Satu hari nanti memang aku plan nak bawak pancing dan mancing kat situ. Tapi nak tunggu ikan-ikan tu besar sekilo dulu, barulah thrill nak mancing.

Kucing ini manja bila dibelai.

Kami sampai agak lewat malam dan disambut oleh tuan rumah dan kucing-kucingnya yang comel. Oleh kerana perut dah terlalu kenyang, jadi kami tak begitu ghairah nak makan. Kami bersenda gurau dengan dua ekor kucing dulu. Dah agak lama kat situ, barulah aku ke meja makan dan jamah makanan yang telah disediakan. Lepas sembang-sembang, kami pun balik dengan merasa sangat penat. Anak-anak terus tidur pasal besoknya nak pergi ke sekolah.

Bersenda gurau dengan dua ekor kucing remaja.

Juadah yang tersaji.

Masa untuk makan dodol pulak.

Kakakku dengan tuan rumah mencuba makan dodol.

Salah seekor kucing yang bermain-main dengan kami.

No comments:

Post a Comment