m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, September 26, 2011

Beraya dengan Saloma

Jumaat lepas aku keluar ofis lebih awal dari biasa. Perlu menyiapkan diri dan anak-anak untuk ke Saloma Bistro untuk jamuan Hari Raya anjuran Finance Department ofis tempat wife aku bekerja. Balik rumah, mandi, berpakaian baju Melayu, dan bawak anak-anak meredah sesak jalan raya yang luar biasa hingga akhirnya sampai ke destinasi setelah azan maghrib berkumandang di udara. Ketibaan kami disambut dengan paluan kompang dan senyuman manis oleh penyambut tetamu profesional. Kami terus ke dewan makan, mengenalpasti meja kami dan beransur ke surau untuk solat maghrib.

Baru sampai dan disambut meriah bak VVVVIP.
Isteriku yang telah sampai lebih awal membantu Fida menguruskan meja santai untuk anak-anak. Ada acara mewarna lukisan sementara menanti saat perasmian malam hari terbuka yang dianjurkan. Tidak ada pertandingan mewarna, sekadar mahu menyibukkan anak-anak dengan kegiatan mewarna agar mereka tidak pula sibuk berlari ke sana sini tatkala ibu bapa sedang bersembang bersama teman-teman.

Menyiapkan perkakas untuk mewarna.
Di perkarangan bangunan MATIC.
Setelah solat maghrib, kami dijemput untuk makan, walaupun ketika itu tuan manager, Mr Kevin masih belum menyampaikan sepatah dua katanya. Kami makan nasi minyak serta kuih muih yang terhidang. Banyak jugak jenis makanan yang tersedia untuk dijamah. Aku makan ala kadar saja. Tapi aku sangat minat dengan kerepek kentang gorengnya. Ada juga kurma kambing yang tak kurang sedapnya. Al-maklumlah, aku ini memang peminat kambing sejati.

Jom cedok nasi, dan lauk pauk.
Jom makan!
Amier kaut semua udang  kat pinggan aku.
Tak lama selepas itu, Kevin (Manager) memberi ucapan dan kata alu-aluan kepada semua tetamu yang hadir. Kevin nampak segak berbaju Melayu, walaupun beliau orang Inggeris. Isteri dan anak perempuannya juga mengenakan baju kurung Melayu. Rakan-rakan yang lain semua kelihatan hebat untuk meraikan malam itu. Namun ramai juga yang tak dapat hadir kerana ada urusan lain yang menjadi hambatan buat mereka.

Kevin berbaju Melayu. Isteri dan anak perempuannya berbaju kurung.
Keluarga Kamarul.
Pak Wi dan Rosihan.
Salleh memilih juadah.
Menanti di tepi pentas untuk menjawab soalan.
Ice dan anaknya.
Malam keraian ini digemilangkan lagi dengan acara kanak-kanak, pertandingan teka jawapan, serta cabutan bertuah dan pertandingan pakaian terhebat. Anak aku Wanie dan isteriku cukup bersemangat menjawab soalan dan bermain permainan yang disediakan dan memperolehi beberapa hadiah cenderahati dari pihak penganjur. Anak-anak juga diberikan duit raya bernilai RM10 seorang. Pertandingan baju terhebat dimenangi oleh Kak Zu dan pasangannya.

Permainan untuk anak-anak.
Permainan anak-anak masih berlangsung.
Kak Zu dan suami - juara pakaian terhebat malam itu.
Eliza dan anak Hafiz.
Keluarga Kak Zu.
Syakira dan Ika, turut hadir memeriahkan majlis.
Bersama boss, Faiz.
Keluarga Hafiz.
Wajah ceria yang terserlah pada malam itu.
Keluarga Sani.
Setelah puas menjamu selera dan berborak kosong sesama rakan sekerja, acara mengambil gambar beramai-ramai pula diadakan. Ramai yang memohon diri untuk pulang selepas itu. Dan aku ada tugas lain, iaitu melukis gambar karikatur anak-anak yang ingin wajahnya dikartunkan. Anak-anak aku mengambil kesempatan ini untuk turut sama melukis di atas kertas yang tersedia. Bila jam menunjukkan pukul 10 malam, kami juga menyusun langkah untuk pulang ke rumah. Waktu itu badan masing-masing sudah sangat letih dan sudah terbayang akan dilabuhkan di atas tilam empuk di rumah. Majlis yang sangat simple tapi meriah itu akan berlangsung lagi tahun hadapan. Tapi tak taulah di restoran mana pula kami akan bersantap.

Syahmie dan Wanie asyik melukis.
Wanie khusyuk melukis.
Keluarga kakak iparku yang turut hadir.
Bergambar di perkarangan Saloma Bistro.

No comments:

Post a Comment