m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, August 22, 2018

Pasca Syawal 2018 - Rumah Pakcik Rizali

15 Julai 2018 - Kadang-kadang kita bawak kereta terlalu laju atas highway. Lalu kita terlajak melewati tempat yang kita nak tuju. Kadang-kadang kita boleh patah balik. Tetapi kadang-kadang kita tak boleh buat u-turn. So, layan ajelah pergi kat tempat yang kita dah terlajak tu.

Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal bawak kereta atau pasal highway. Aku nak cerita pasal pergi beraya. Kami nak pergi beraya di rumah Pakcik Rizali. Tapi kebetulan tiap-tiap hujung minggu Syawal kami pack dengan agenda. Jadi, postpone punya postpone, akhirnya kami tiba jugaklah ke rumah Pakcik Rizali. Tapi masa tu dah terlepas bulan Syawal. Dah masuik Zulkaedah. Tak kisahlah. Janji dapat juga kami beraya dengan pakcik kami yang sorang ni.

Yana dan Pakcik Rizali.
Pakcik Rizali bersama Yana dan ibuku.
Farid dan adikku.
Yana dan ibuku.
Sedang menjamah kuih pastry yang enak.
Tengoklah baju Amier yang basah.
Sabriena cuba menyorok di belakang almari kayu.
Sabriena di bangku kayu pulak.
Dua beradik dengan sedang menyelongkar beg.
Walaupun dah terlajak sikit ke bulan Zulkaedah, namun suasana raya masih lagi maintain macam biasa. Bezanya cuma suasana agak lengang pasal tak ada tetamu lain yang datang. Jadi kami bolehlah besembang dengan lebih konsentrasi bersama keluarga Pakcik Rizali dan Makcik Noorizan. Juadah yang disajikan tetap sama macam juadah hari atau bulan raya - nasi dagang Terengganu special. Amier makan nasi dagang punyalah banyak. Bagaikan selera seorang pedagang yang ingin berdagang. Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih kerana tetap sudi melayan kami yang datang beraya pada bulan Zulkaedah. Moga Allah memberkati kehidupan pakcik dan makcik kami dunia dan akhirat. Ameen.

Ibuku happy dapat bersembang dengan adik bongsunya.
Yana layan i-phone aje.
Bersembang adik-beradik.
Amier dan Sabriena.
Tengok apa tu kat i-phone?


Tuesday, August 21, 2018

1 Syawal 2018: Beraya di rumah Kak Timah

15 Jun 2018 - Setelah jiran-jiran berkunjung ke rumah kami, kini tiba giliran kami pulak untuk berkunjung ke rumah saudara-mara. Rumah pertama, kalau mengikut persetujuan adik-beradik, berkumpul di rumah Kak Timah pada siang harinya. Lalu kami pun menghalalah ke sana anak-beranak. Rumah Kak Timah letaknya tak jauh dari rumah kami. Dua tiga tapak aje dah sampai.

Tiga beradik. Isteriku bersama kakak-kakaknya.
Tiga beradik dalam gaya santun.
Tiga beradik dalam gaya free style. (Sama aje.....)
Dua beradik, Ali dan Saleh mengangkat sumpah raya.
Sesampainya di depan pagar rumah, nampak gayanya macam lengang aje. Mula-mula kami ingatkan para tetamu semua dah beredar dari situ. Tetapi, setelah dibuat kaji selidik dan postmortem bagai, rupa-rupanya memang tak ramai yang datang pada siang hari tu. Jadinya, makanan dan minuman kat rumah Kak Timah masih banyak lagilah. Menanti untuk dimakan oleh perut-perut yang lapar seperti perut aku. Tanpa berasa segan dan silu, malu atau pun tersipu-sipu, aku meneruskanlah misi mencari makanan di siang Syawal. Antara yang menarik perhatianku adalah masakan rendang kerang dari pantai Selat Melaka. Banyak jugak aku makan. Maklumlah, hari raya pertama adalah hari melanggar segala pantang larang dalam pemakanan.

Tiga beradik - tengok whatsapp sama-sama.
Tiga beradik - tengok Youtube sama-sama.
Sepupu Amier yang paling serasi - Saleh.
Main game dalam handphone.
Dua beradik - mengisi masa lapang dengan tak buat apa-apa.
Kat rumah Kak Timah, sempat jugaklah kami bermain dengan kucing-kucing yang sangat comel dan bijak. Ada jugak seekor kucing yang sangaaaaaattt garang. Dikhabarkan ia pernah membaham dan memakan seorang tetamu yang datang bertandang kira-kira sebulan lalu. Waktu tu, kucing tu memang tengah sangat lapar dan mood swing. Maklumlah, bulan puasa.

Sabriena dan kucing bagai tak dapat dipisahkan.
Lunyai kucing ni dikerjakan Sabriena.
Kucing ni sangat bijak. Dan penyabar.
Wanie main dengan kucing pulak.
Amier ulangkaji mata pelajaran Kimia sempena persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.
Sabriena juga berminat nak belajar Kimia.
Tak lama selepas tu barulah datang anak-anak saudara beraya di rumah Mak Tehnya. Antara yang datang termasuklah Saiful dan keluarga, Akid, Amin, dan Hidayat. By the way, masa tu Saiful masih belum jadi 'zombie' lagi. Kalau tak, tentu kami semua dah lari. Takut kena gigit dan menjangkit! Lewat sikit lagi barulah tiba rombongan kak Esah anak-beranak. 

Kami duduk lepak kat rumah Kak Timah sampai kira-kira waktu maghrib. Lepas tu barulah kami beramai-ramai bertolak ke rumah Kak Long untuk beraya di sana pulak. Takbiiiirrr!!! Allahuakbar!!!

Saiful, Faridah dan anak-anak.
Persidangan meja bulat di kalangan sepupu-sepupu.
Anggota mesyuarat - Ali, Amin, Akid dan Adayat. (Apasal lah Hidayat start dari huruf 'H').
Amin menunjukkan satu trick silap mata.
Ali tak puas hati pasal kena game dengan Amin tadi.
Akid dan Hidayat berbincang pasal politik Nigeria.
Sabriena haus.
Bersama keluarga Kak Esah.
Dua beradik - Cikgu Yaya dan Anak Murid Intan.
Bersama Mak Usu mereka.
Syura seronok dapat makan kuih raya yang sangat sedap bak ayam goreng.
Amier dan kucing kesayangannya.


Sunday, August 19, 2018

1 Syawal 2018: Tetamu kedua - Karim dan Halim

15 Jun 2018 - Setelah rombongan tetamu pertama beredar, kami menanti pulak siapakah yang bakal menjengah ke rumah kami selepas ini. Tunggu punya tunggu, akhirnya tibalah jiran kami yang kedua - gabungan Karim dan Halim, anak-anak kepada Abang Azlan dan Kak Esah. Kami persilakan mereka masuk. Kami sambut dengan senyuman.

Amier dan Karim.
Halim dan Sabriena.
Karim sedang membelek kuih-muih di dalam balang.
Karim dengan cerita lawak jenakanya.
Sabriena cuba mencatatkan perbincangan di antara kami dengan pasangan Karim-Halim.
Karim dan Halim memang sudah tidak asing lagi dengan kami. Anak-anak ini sangat peramah dan rajin bertegur sapa dengan kami. Ayah dan ibu mereka, Abang Azlan dan Kak Esah pun sama peramah dan baik  dengan kami. Menurut Karim, anak yang sulung, ini bukanlah rumah pertama yang mereka kunjungi. Sebelum ke sini, mereka telah terlebih dahulu menziarahi saudara-mara yang lain yang duduk berdekatan di kawasan Ampang juga.

Karim dengan gaya super star.
Melihat album gambar Sabriena.
Kami makan sama-sama.
Aku makan lagi banyak dari tetamu.
Tetamu dah selesai makan. Aku masih mengunyah.
Seronok berborak-borak dengan mereka. Halim yang baru pulang bercuti sekolah memang telah lama kami tak jumpa. Badannya sedikit susut, dan sangat rajin bercerita dengan kami tentang macam-macam hal. Abangnya, Karim lebih suka berjenaka dan ada kalanya loyar buruk, yang kerap membuatkan kami semua tertawa melihat kerenahnya.

Terima kasih kami ucapkan kepada kedua anak ini. Ada kesempatan silalah datang lagi ke rumah kami. Boleh kita bersembang lagi.

Sabriena hirup kuah apa tu?
Sabriena masih terus menghirup kuah. Aku masih meneruskan makan.
Halim masih membelek album gambar Sabriena semasa kecil.
Halim dan Karim.
Pasangan adik beradik ni macam kembar.

Tetapi sebenarnya bukan kembar.
Sekadar wajah mereka hampir seiras.