m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, August 21, 2014

Friendly tennis match: TTC lawan UTMKL

17 Ogos 2014 - Seminggu sebelum tarikh ini, aku telah diberi tahu oleh Encik Presiden akan berlangsungnya pertembungan pemanas badan sempena bulan raya dengan Team UTMKL. Mental aku terus bersiap-siaga untuk menempuh sebarang kemungkinan. Masa pertembungan yang lalu pun, team kami cuma kalah satu set aje. Kebanyakan player UTMKL rasanya boleh dijinakkan. Tapi aku tak nak under estimate kemampuan mereka. Kekalahan terdahulu mungkin lebih mematangkan mereka. Dan aku pulak sepanjang bermain dalam friendly match memang tak pernah menang. Perlawanan persahabatan ketika aku di UTM Skudai, perlawanan menentang MINDEF, Team MSN, dan Team RTA - semuanya tidak berpihak kepada aku. Maknanya record aku memang agak buruk jugaklah bila beraksi dalam game friendly yang macam ni.

Aril, Daniel dan Atok sedang berdiskusi pasal cara-cara nak mengalahkan pihak lawan dengan tipu muslihat.
Masing-masing menyiapkan diri untuk bertarung.
Haini dan Sam.
Alamak. Salah bawak kasutlah pulak. Semua kasut sempit.
Beberapa hari sebelum tarikh ini, mak aku ajak aku pergi beraya di Kelang, rumah makcik aku. Mak aku kata kena bertolak pagi, kira-kira jam 10 pagi. Lalu aku terus whatsapp geng tenis aku, Titiwangsa Tennis Community (TTC). Aku mintak untuk main awal pasal kena segera pulang untuk bersiap-siap pergi beraya di Kelang. Geng TTC aku kata okay aje. Tapi partner aku akan ditentukan masa hari perlawanan nanti. Aku happy, pasal dapat main awal mewakili TTC untuk kali ketiga.

Haini selaku kapten sangat tenang dan konfiden bahawa Team TTC akan mendapat kemenangan besar pada hari ini.
Chenmay jugak member TTC yang baru.
Haini pekena air mineral berperasa tongkat ali.
Aku tiba di court Jalan Duta agak awal. Di sana,  ada sebilangan kengkawanku yang dah sedia menunggu di luar gelanggang. Antaranya adalah Atok Baktiar, Haini, Eddy, dan Chinmay. Tak lama lepas tu, Sam pulak sampai. Itulah pertama kali aku bersua dengan member baru TTC -Sam. Kami berenam terus menuju ke gelanggang paling hujung sekali untuk buat warm-up. Aku capai reket aku dan beberapa biji bola. Sam jugak berbuat perkara yang sama. Kami mula pukul itu bola berkali-kali sampai lunyai bola tenis tu. Dari sessi sparing aku dengan Sam, aku dapat tau yang Sam mempunyai pukulan yang agak keras. Ini boleh menyusahkan pihak lawan. Dalam fikiran aku berkata, partner dengan Sam pun bagus jugak. Bolehlah dia tolong cover-kan mana-mana kekurangan aku.

Nasib baik bawak jugak kasut yang ngam dengan kaki.
Atok dan Daniel jugak memperolehi kasut yang padan dengan kaki mereka.
Semua team sedang bersiap sedia.
Bila matahari mula memuncak, perlawanan pertama pun bermula. Haini selaku kapten telah menggabungkan aku dengan Sam. Terbaeklah! Sebelum mula bermain, macam-macam Sam tanya kat aku. Antara soalannya termasuklah: "Do you want to stay on the right or the left of the court? How do you serve? If you want to take the ball, just shout, Mine!" Dan macam-macam lagilah penyusunan strategi untuk memperolehi hasil yang terbaik. Aku cuma membalas dengan berkata, "Anything also can". (Not literally-lah).

Pada permulaan game, aku agak gemuruh. Terima servis pertama dari UTMKL aku dah kantoi. Bola tersasar. Bukannya laju sangat pun servis dia. Permainanku agak tidak menentu. Nasib baik jugaklah Sam agak compose dan berlakulah kejar mengejar mata demi mata. Konfidenku mula terbangun dari tidur bila kami mendahului 5-3. Bila dah ada konfiden, barulah pukulan semakin menjadi. Dan syukur, akhirnya kami menang jugak dengan mata 8-4. Aku tersenyum lebar pasal itulah first time aku menang perlawanan persahabatan. Bangganya aku. Cerianya aku. Jalan pun terkengkang-kengkang. Lepas main, aku terus bergerak pulang. Tak sempat nak menonton game yang lain. Tak dapat jugak nak bagi sokongan kepada team mate aku. Tapi aku tahu kebolehan Team TTC. Mereka semuanya pemain yang hebat.

Beberapa ketika sebelum aku dan Sam mula bertarung menentang UTMKL.
Sessi ambil gambar dulu. Player UTMKL yang baju hitam tu hebat jugak permaianannya.
Team TTC denga jersey kami yang yang cantik.

Keputusan penuh adalah seperti berikut (mengikut whatsapp TTC):

Singles:
Faiz mn. UTMKL 8-0
Chinmay mn. UTMKL 6-4
Qimie mn. UTMKL 6-2

Men's Doubles:
Adi/Sam mn. UTMKL 8-4
Faiz/Chinmay mn. UTMKL 8-1 (Game 1)
Daniel/Aril mn. UTMKL 8-4
Ashraf/Coach Balqis mn. UTMKL 8-4
Haini/Sam mn. UTMKL 8-0
Atok/Amir mn. UTMKL 8-1
Md Nor/Amy mn. UTMKL 8-7 (2)
Faiz/Chinmay mn. UTMKL 8-1 (Game 2)

Mixed Doubles:
Kak Azian/Qimie mn. UTMKL 8-3
Eddy/Adik Izzati mn. UTMKL 8-3

Women's Doubles:
Kak Azian/Adik Izzati mn UTMKL 8-0

Kami menang kesemua 14 game. Mungkin ini bolehlah dianggap perlawanan yang mudah bagi Team TTC. Tetapi perlawanan-perlawanan yang sukar bakal menanti kami di hadapan. Dan kami perlu lebih bersedia. Anyway, tahniah untuk kesemua member TTC. Bak kata Encik Presiden, "Vamos TTCians!" Bahasa Sepanyol yang bermakna "Let's go TTCians!" Tapi kalau bahasa Jawa maksudnya, "Jom kita pergi ngeteh!" Apa lagi, jomlah!!!

Group photo. Sayangnya aku dah balik waktu ni.

Monday, August 18, 2014

2 Syawal: Enaknya makan kat rumah Makcik Mini

29 Julai 2014 - Setelah beraya di rumah Nek Wok, kami terus mara ke hadapan, dari Bukit Badung ke Assam Jawa. Kami tahu bahawa kami akan sampai di rumah Makcik Mini pada waktu makan tengah hari. Dan kami juga tahu ada sesuatu yang istimewa sedang menanti kami di kediaman Makcik Mini. Sepanjang perjalanan yang singkat menghala ke Assam Jawa, sempat jugaklah perut-perut kami bernyanyi-nyanyi lagu keroncong dalam nada kegembiraan sebab tak sabar-sabar rasanya untuk dimuatkan lauk pauk dan minuman hebat ke dalam perut ini.

Syahmie dan Amier sedang menikmati juadah istimewa.
Farid terkedu sejurus makanan enak itu menembusi tekaknya.
Inilah lauk hebat yang kami makan pada tengah hari itu di rumah Makcik Mini.
Tak sampai pun setengah jam memandu di atas jalanraya yang tak begitu sesak, kami telah pun sampai di rumah Makcik Mini dengan selamatnya. "Assalamualaikum! Kami datang nak makan!!" Bukan kami yang berkata sedemikian, tetapi perut-perut kami. Kami terus naik ke atas rumah. Bersalaman dengan Makcik Mini dan anak serta cucu-cucunya. Lantas menuju dapur kerana di situlah peta minda kami telah menunjukkan arahnya. Sejurus berada di muka dapur, pergh! ...maka terlihatlah kami akan kewujudan tiga mangkuk/piring utama yang perlu kami ambil perhatian sepenuhnya. Satu, mangkuk berisi daging masak lemak cili api versi pedas biasa. Dua, mangkuk berisi daging masak lemak cili api versi pedas membakar rentung. Dan tiga, piring berisi ikan tenggiri jeruk goreng. Gabungan ketiga-tiga juadah ini bakal menggoncang naluri serta tembolok kami yang dahagakan suatu jenis keenakan yang dapat diabadikan untuk suatu jangka masa yang sangat lama.

Amier teruja dengan keenakan teh tarik ramuan asli Makcik Mini.
Syahmie dan Sabriena.
Sabreina ceria didukung abangnya.
Nasi kucedok ke dalam pinggan. Setinggi Gunung Tahan himpunan biji-biji nasi meninggi memenuhi pingganku. Dan aku pun mencedok kuah dan lauk lemak cili api. Kedua-dua versi perlu digabungkan untuk menikmati keenakan hakiki. Cuilan tenggiri jeruk goreng memantopkan lagi kombinasi setiap suapan yang kusuakan ke mulutku. Nyomp nyomp nyomp. Pergh! Terbaek!! Pinggan ku licin berkilat dalam masa yang sangat singkat. Lalu kucedok lagi nasi tambah. Kali ni nasi yang kucedok menggunung tingginya di dalam pingganku - setinggi Gunung Kinabalu. Cedok lauk. Cuil ikan jeruk. Gaul. Suap. Dan argggghhhhhh!!!! Bagai nak pengsan rasanya ketika gaulan nasi dan lauk mencecah lidah dan tekakku. Aku makan sampai perutku membuncit macam bola. Aku terpaksa merangkak dari dapur untuk ke ruang tamu kerana berat badanku bertambah lebih 20 kilo serta merta.

Menjengah handphone sebentar.
Teh tarik time.
Setelah menunaikan solat zuhur, kami ke ruang makan bersebelahan dengan ruang tamu. Di atas meja telah terhidang teh tarik ramuan istimewa Makcik Mini. Ini juga merupakan satu lagi tarikan buat kami untuk sering berkunjung ke rumah Makcik Mini. Malah ia jugak merupakan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara, dan juga makhluk asing dari planet-planet berdekatan juga yang memang selalu terigau-igau akan kesedapan teh tarik ramuan keluarga Makcik Mini anak-beranak. Aku cuma mampu minum beberapa gelas sahaja sebab dah tak ada ruang lagi dalam perutku akibat makan nasi terlalu banyak sebentar tadi.

Bersama pokok jambu batu di pinggir pagar.
Memetik buah jambu.
Ibu dan anak mengaut hasil kebun.
Apa yang best-nya beraya di kampung adalah kita boleh menuai hasil tanaman dari pokok-pokok buah-buahan atau sayur-sayuran. Kat rumah Makcik Mini ada pokok rambutan yang telah pun berlalu musim berbuahnya. Jadi tak dapatlah kami mengait buah rambutan pada ketika itu seperti beberapa tahun sebelumnya. Mataku terus liar mengitari halaman rumah Makcik Mini. Yang aku nampak adalah sebatang pokok jambu batu jenis tak komersil dekat pagar. Aku mintak kebenaran dari Makcik Mini untuk memetik buahnya. Makcik Mini izinkan kami menuai hasil. Tetapi katanya buah itu tak sehebat mana pun rasanya. Makcik Mini dan anak-anaknya pun dah tak makan lagi buah tu. Malah buah yang dah ranum dibiarkan gugur atau dimakan burung saja. Tapi oleh kerana dah tak ada buah lain untuk dituai hasilnya, tuai buah jambu batu jalanan pun kira okay jugaklah. Dan bila dah petik, kami cuma makan sedikit aje. Yang selebihnya, korang pun tau-tau ajelah - masuk perut tong sampah.

Buah-buahan ni nanti bolehlah dijual di pasar malam nanti.
Amier baru nak keluar rumah untuk ke kebun.
Amier petik buah jambu.
Buahnya sangat banyak, dan banyak jugak yang jatuh berguguran.
Bincang hal serius - adik dan kakak.
Membayangkan nasib penumpang nahas MH17.
Sabriena minum susu sambil baring kat atas lantai simen pulak.
Tengok kakak main handphone.
Sabriena dengan dua orang dua pupunya.
Setelah selesai melakukan kesemua aktiviti tersebut, kami bersalaman dengan keluarga Makcik Mini. Tahun ni aku memang banyak ambil group photo untuk kenangan pada bulan Syawal. Lepas ni ada dua buah rumah lagi yang kami akan pergi - rumah Wak Ros dan rumah Sutris. Sebelum pulang, kami dibekalkan oleh Makcik Mini dengan empat bekas air teh tarik spesel. Bekas tu kami yang punya, bawak dari rumah. Amalan ni memang dah biasa kami lakukan sejak beberapa tahun yang lepas. Kepada Makcik Mini dan keluarganya, kami ucapkan Selamat Hari Raya dan banyak-banyak terima kasih.

Ibuku dengan adiknya - Makcik Mini.
Adik dan kakak yang akrab.
Berpelukan sebelum pulang.
Macam biasa  - group photo.
Bersama sebahagian keluarga Makcik Mini.
Kebetulan keluarga sepupuku - Izhar ada di rumah kali ni.
Last shot beramai-ramai.
Amier dengan empat bekas air yang sarat berisi air teh tarik Makcik Mini.

Friday, August 15, 2014

Zohra mengundur diri

15 Ogos 2014 - Selepas Ilme, Faiz, Suriza, Rosman, Shan Lyn, Anis, dan Khairuliza, berhenti dari ofis wife aku, kini tiba giliran Zohra pula mengambil langkah yang sama untuk memajukan dirinya di tempat yang lain. Majlis farewell untuk Zohra diadakan semalam. Semoga penghijrahannya ke tempat baru akan menjadi as-sebab kejayaan dan kemajuannya dalam kerjaya pada masa hadapan. Amin.


2 Syawal: Balik kampung jumpa nenek

29 Julai 2014 - Beraya di bandar memanglah seronok. Tapi kalau beraya di kampung lagilah happening! Maka pada hari kedua Syawal, kami sekeluarga pergilah ke kampung mak aku di Assam Jawa, Kuala Selangor. Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah nenek saudara kami - rumah Nek Wok. Inilah satu-satunya makcik mak aku yang masih hidup. Dan ingatan Nek Wok jugak nampak gayanya masih baik. Dia masih boleh mengingati namaku walaupun jarang-jarang berjumpa. Di rumah tu bersama Nek Wok, ada beberapa orang anaknya termasuklah Pakcik Bardan, Pak Banuri, dan anak perempuan Nek Wok yang kedua yang aku tak ingat namanya.

Pakcik Bardan dengan ayahku.
Ayahku dengan Syahmie.
Adikku sedang berbual-bual dengan Makcik Linda.
Wanie dan Mama menikmati kuih raya yang disajikan.
Syahmie dan Amier berpakaian baju raya fesyen kain pelekat.
Perjalanan ke Bukit Badong kali ni, menghala ke rumah Nek Wok sangatlah lancar. Tak seperti raya-raya yang lepas. Selalunya aku mesti tersesat. Kalau tak sesat barat, sesat timur. Sedikit sebanyak mesti roda-roda keretaku akan terlajak ke arah-arah yang bukan sepatutnya. Tapi kali ni, walaupun tanpa bantuan GPS, tanpa WAZE, aku masih dapat meneka arah yang tepat ke arah rumah Nek Wok tanpa tersasar. Cuma jarak perjalanan ke destinasi agak jauh sedikitlah. Aku masih tak pandai nak ikut jalan short cut. Rupanya anak buahku, Farid dah lebih advance dari aku, pasal dia dah pandai ikut jalan pintas untuk sampai ke rumah Nek Wok.

Mendampingi Nek Wok.
Farid dan adikku.
Sabriena dengan Mama.
Pakcik Banuri, Pakcik Bardan dan ayahku.
Seperti raya-raya yang lepas, kami kalau ke rumah Nek Wok memang dah tak buat apa-apa sangat. Aku akan berbual-bual ringkas dengan Pakcik Banuri. Lepas tu pergi menghadap kuih raya beramai-ramai sampai habis semua kuih berbalang-balang. Mak aku akan bersembang dengan makcik favourite-nya. Kebiasaannya aku dan anak-anak akan bersiar-siar di laman rumah untuk ambil gambar-gambar yang photogenic. Tapi pada kunjungan kami kali ini, kami tak berbuat demikian.

Yana dengan tiga pupunya. Rupa Yana dalam shot ni tak ubah macam wajah Allahyarhamah mamanya.
Group photo dengan Nek Wok.
Setelah dah agak lama di situ, kami perlu beredar untuk ke rumah Makcik Mini pulak di Assam Jawa. Kami tau apa yang sedang menunggu kami di sana - teh tarik super kaw dan daging masak lemak cili api yang super duper kaw-kaw! Sebelum beredar, kami ambil group photo sebagai kenangan. Inilah kali pertama kami ambil gambar beramai-ramai macam ni. Seluruh jiran-jiran jauh dan dekat, malah seluruh penduduk kampung di Bukit Badung kami panggil untuk bergambar dengan kami. Malah ayam, kambing, lembu dan monyet yang berkeliaran di kawasan rumah jugak kami sertakan dalam gambar kami kali ini sebagai memori yang berpanjangan. Tahun depan insya-Allah kami akan ke sana lagi untuk beraya dengan nenek saudara kami itu. Selamat hari raya semua orang kampung!

Group photo lagi.
Nek Wok yang terlindung di sebalik kepala Amier tu.