m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 30, 2012

Awan Nano dendangan Hafiz menang AJL

Awan Nano dendangan Hafiz menang Anugerah Juara Lagu Ke-26. Ramai yang tak terkejut walaupun saingan dari beberapa lagu lain sangat sengit dan sama berbisa. Masa mula-mula aku dengar lagu ni kat rancangan Jangan Tidur Lagi terbitan TV3, aku langsung tak ambil port. Lagu dia macam biasa-biasa aje. Bila dah dengar banyak kali kat radio, barulah boleh terima sikit lagu ni. Tapi tak pernah pulak jadi lagu yang aku minat. Tak macam lagu Pokok (Meet Uncle Hussin), lagu Babak Pertama (Drama Band-tema lagu Juvana) atau lagu Cinta Teragung (Hazama). Kesemua lagu favourite aku tak lepas pusingan semi final. 

Tapi pada malam AJL-26 baru ni, Hafiz nyanyi memang penuh emosi, dengan suaranya yang bak Power Rangers, aku mula minat dengar lagu tu. Barulah aku menjinak-jinak nak dengarkan bait liriknya yang puitis. Dan aku memang tak terkejut melalui kombinasi Hafiz, M.Nasir dan Buddhi Hekayat, lagu ni telah dinobatkan sebagai juara.

Meh aku kisahkan sikit rahsia di sebalik kemenangan ini. Korang pasti perasan yang Hafiz malam tu cuma pakai t-shirt biru cap ayam dan seluar track. T-shirt tu pun pinjam kawan punya. Sebenarnya Hafiz telah bergadai-bergolok upah guru-guru vokal yang hebat untuk mengajarnya teknik menyanyi yang Super Power. Itu tak masuk segala macam vitamin untuk suara, termasuklah vitamin A, B, C, D, E sampai Z. Siap sewa gymnasium lagi nak train stamina. Jadi semua wang perbelanjaan untuk beli prop dan pakaian glamer telah habis. Pasal tulah dia pakai sempoi aje malam tu.

M. Nasir pulak masa dia diminta untuk menulis sebuah lagu untuk Hafiz, sebenarnya tak menghadapi sebarang masalah. Sifu Malaya tu nengok aje tengkok Hafiz yang sebesar batang kelapa tu, dia dah tau range voice Hafiz yang luas. Jadi M.Nasir bagilah melodi yang macam tu. Tapi lain pulak ceritanya dengan penulis lirik, Buddhi Hekayat. Buddhi Hekayat bila dapat aje melodi dari M.Nasir, berbulan-bulan jugaklah dia mencari idea untuk menghasilkan senikata. Tapi tak jugak kunjung tiba. Dia sampai dah nak give-up. Suatu hari yang tak disengajakan, dia ternampak kelibat Hafiz dari arah belakang. Dia nengok rambut si Hafiz yang kerinting besar tu tak ubah macam bentuk awan. Lalu dia pun dapat ilham nak tulis lirik pasal awan. Yang Nano tu pulak datang dari perkataan Nona. Tajuk lagu asalnya ialah Awan Nona, kisah awan yang melindungi seorang wanita. Tapi masa printing buat album tu, tukang print buat-buat salah ejalah pulak, kan. Jadilah Nano. Tapi ada beberapa pendapat lain mengatakan ia berasal dari cerita tahun 1980an, "Mork & Mindy"-cerita orang putih pasal makhluk asing yang selalu cakap "Nano Nano". Para profesor pulak cakap ia ada kena mengena dengan kehebatan unit metrik Nano. Entahlah. Kita pun tak tahu apa sebenarnya yang tersimpan dalam benak Buddhi Hekayat. Hanya Tuhan aje yang Maha Mengetahui.

Walau apa pun, aku ucapkan tahniah buat semua yang terlibat dengan penghasilan lagu ini. Kalau dapat duit lebih tu, hulur-hulurlah kat orang-orang kat sini. Akhir kata aku sertakan lirik lagu Awan Nano untuk nyanyian semua. Selamat enjoy!



Awan Nano-Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lagu: M.Nasir
Lirik: Buddhi Hekayat

Sunday, January 29, 2012

Hari tanpa tenis

Macam selalu, aku akan cari peluang untuk main tenis walaupun kawan-kawanku tak berkesempatan untuk menempah gelanggang. Awal pagi aku dah keluar rumah menuju ke Tasik Titiwangsa. Semua court kosong. Masih tak ada pemain. Aku tunggu sampai pukul 8.00 pagi lebih. Aku nampak kelibat geng-geng abang Kamal masuk padang. Aku ingatkan nak menempel tumpang main. Satu set pun jadilah. Tiba-tiba datang pula beberapa pemain lagi. Sampai ada enam orang dalam court. Alamak! Ramai pulaklah players hari ni, keluh aku. Itu baru sebahagian. Kejap lagi mesti lagi ramai yang datang. Niat aku nak join mereka aku batalkan. Kalau terlalu ramai player, nanti mereka tak enjoy main. Aku cuba nengok kat court-court lain. Kot-kot ada geng yang tak cukup player dan memerlukan pemain tambahan untuk join mereka. Nampaknya court lain masih kosong. Dan aku tak nak tunggu lebih lama, lalu aku beredar dari situ.

Kemudian aku ke court jalan Jelatek. Tak ada geng. Aku jenguk jugak kat gelanggang Jabatan Saliran kat Ampang. Penuh dengan pemain Korea. Kemudian aku terus balik tanpa berpeluh. Lain kali ajelah main. Di rumah aku makan karipap bakar terhebat di dunia resipi mak aku. Aku exercise mulut ajelah hari ni.

Kini mereka telah bersabar...

Suatu siang aku nengok kucing-kucingku mengiau sekuat hati dan meronta-ronta dengan amarah yang bukan kepalang kerana kelaparan. Benakku tertanya, kenapa kucing-kucing itu berkelakuan sedemikain rupa? Sabar mereka telah hilang. Tembolok mereka yang telah menguasai pemikiran mereka. Sangkar dipanjat-panjat. Lapik besi dikais-kais. Dan bingit telinga aku dengan jerit pekik suara mereka. Aku tau aku perlu lakukan sesuatu.

Kucing-kucingku memberontak.
Aku ke kedai berdekatan untuk membeli makanan kucing yang telah kehabisan di rumah. Tapi matlamatku bukan saja untuk memberi kenyang kucing-kucingku. Tetapi juga agar mereka lebih berhemah dan berSABAR ketika meminta makanan. Biar tertib dan beradab. Fikir punya fikir, akhirnya aku terlihat satu makanan kucing yang kandungannya tertulis suatu formua untuk menjadikan kucing-kucingku lebih bersabar. Aku beli makanan kucing itu tanpa perlu membayar lebih. Dan sejurus aku memberi makanan itu kepada kucing-kucingku, terus perangai mereka berubah menjadi lebih santun. Oh! Memang berkesan sungguh formula itu. Anda bukan seorang yang penyabar? Tentu saja boleh mencuba formula ini.

Jenama makanan kucing dengan formula yang hebat.
Haaaaaa... kan mereka lebih sopan sekarang...

Friday, January 27, 2012

Mengukur di sekolah

Hari cuti baru lalu, aku anak beranak ke pusat tadika kakak ipar aku, Kidz Cabin. Kakak ipar aku lantik company bos aku sebagai perunding untuk buatkan drawing bangunan tadika tu yang pelan asalnya dah hilang entah ke mana. Tuan punya bangunan yang sewakan kat kakak ipar aku pun tak ada salinan pelan. Jadi tugas aku ialah untuk mengukur bangunan tu dan lukis balik untuk rekod Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Itu tugas mudah. Cuma makan masa sikitlah.

Kerja mengukur bangunan dimulakan.
Kerja sketch pelan dan rupa bangunan, aku sendiri yang buat. Bab mengukur pulak, aku kerah tenaga dua orang anak buah wife aku, Ali dan Hidayat untuk tolong aku. Hidayat kejap aje dia dah faham apa benda yang perlu diukur untuk menyempurnakan sebuah lukisan teknikal. Aku jangka pada awalnya boleh selesai dalam masa yang singkat. Tapi bila buat kerja, makan beberapa jam jugaklah baru selesai. Segala sudut rumah kami ukur. Termasuklah mengukur pokok-pokok nan rendang, parit dan longkang yang mengalir air nan jernih, tingkap dan pintu yang terbuka nan luas, dan tak ketinggalan bumbung bangunan yang tinggi nan mencapai awan. Lepas siap kerja mengukur tu memang kira penat jugaklah. Lepas tu aku check balik lukisan aku, pening. Aku sendiri pun payah nak faham apa kebendanya yang aku sketch kat atas kertas. Aaaaahhhhh.... Hantam sajalah. Asal nanti lukis ada rupa bentuk rumah kira okaylah. Jangan pulak bila lukis keluar gambar gajah atau kapal terbang.

Longkangnya selebar sejengkal.
Tinggi pokok sepelaung.
Amier jadi kontraktor.
Waaahhh... tinggi sangatlah dinding ni.
Amier - safety first. Pakai helmet ketika bekerja.
Perut Amier - 30 sm.
"Patutlah sumbang, piano ni kurang 4 inci panjang", kata Ali.
Nengok ada apa atas bumbung. Ada monyet sedang bermain.
Sementara aku, Ali dan Hidayat buat kerja mengukur, isteri dan kakak iparku bersembang sambil mengemas ruang belajar. Anak-anak pulak sibuk bermain permainan yang memang banyak terdapat di pusat tadika tu. Ada main buaian, main pasir dan segala jenis toys untuk kanak-kanak. Amier lah yang paling enjoy sekali bila bermain di situ dengan Salleh, anak kakak ipar aku.

Buat istana pasir.
Main buaian.
Setelah habis kerja mengukur, kami mengambil sedikit masa untuk main piano. Masing-masing tunjuk skill masing-masing. Ali terer jugak main piano. Sedap jugak dia main. Hidayat baru nak belajar. Dia mungkin lebih berminat dengan gitar kot. Aku yang dah lama tak main piano mahupun keyboard memang mencari peluang untuk mempamerkan skill dengan memainkan lagu-lagu terhangat masa kini dengan sebegitu bersemangat sekali, sampaikan tercabut kunci-kunci piano tu. Terpaksa aku tampal balik pakai gam aje.

"Aku nak try main lagu Siti Nurhaliza lah", kata Hidayat.
Setelah puas berehat, bersantai, main muzik, bermain dan mengukur, barulah kami beredar ke rumah kakak ipar aku kat Gombak pulak untuk menziarahi ibu mentuaku yang dah semakin sembuh selepas menjalani pembedahan usus tak berapa lama dulu. Amier yang sangat suka beriadah di Kidz Cabin bagaikan sukar untuk meninggalkan tempat itu. Tak apa. Lain kali kita datang lagi, dan Amier boleh main lagi kat situ.

Meh aku tunjukkan cara-cara nak main lagu ACDC.

Makan besar dulu sebelum orang lain makan besar

Tahun Baru Cina Naga Air telah bermula beberapa hari lepas. Rakyat Malaysia dan Nigeria keturunan Cina ada acara makan besar pada hari Ahad malam sempena meraikan tahun baru naga yang dijangka sangat memberangsangkan. Jadi, sebelum restoran-restoran dipenuhi oleh orang ramai yang nak makan besar, kami sekeluarga telah makan besar dulu pada hari Sabtunya. Kami makan besar kat sebuah restoran Cina Muslim bertajuk Restoran Hj. Sharin Low Grand yang terletak di Jalan Ampang. Dia ada satu lagi cawangan di Bukit Antarabangsa. Tapi lebih mudah untuk ke Jalan Ampang sebab jalannya rata dan lurus.

Restoran Cina Muslim.
Sewaktu kami sampai sana kira-kira jam 8.30 malam, kami nampak yang ramai makan kat situ adalah dari rakyat Malaysia keturunan Melayu. Oooohhh... rupa-rupanya ramai jugak orang Melayu yang teringin nak tumpang sekaki makan besar menjelang tahun baru Cina ni. Kami menunggu makanan dengan penuh debaran di jiwa. Aku dah awal-awal call tempah makanan satu set untuk sebelas orang. Jadi orang di bahagian dapur dah tau dah tugas mereka nak masak lauk apa untuk kami.

Ayahku di depan restoran.
Bergambar beramai-ramai di depan restoran.
Menunggu dengan debaran sebelum ketibaan makanan.
Ibu dan kakakku.
Mula-mula kami dihidangkan dengan yee sang. Yang paling expert sekali pasal yee sang ni ialah wife aku. Jadi dialah yang mencampur adukkan segala ramuan yang disediakan. Yang lain terlopong tak tau nak bancuh macamana. Setelah semua bahan diletak dalam satu pinggan besar, barulah ramai-ramai menggaul ramuan tadi menggunakan chopstick. Kalau ikut kepercayaan orang Cina, lagi tinggi proses penggaulan ramuan tu, maka lebih ong lah suasana. Yang kami tau lepas gaul nak kena makan. Itu aje. Tapi sekadar nak bagi lagi fun, kami lambunglah yee sang tu tinggi-tinggi sampai mencecah siling bangunan, bagi rasa dia ada power sikit! Rasa yee sang tu memang hebat. Siap ada hirisan ikan salmon lagi. Tapi mak aku tak berapa suka sangat masakan tu. Yee sang ni macam salad yang mat saleh biasa buat jugaklah. Cuma kaedahnya aje yang lain sikit.

Isteriku menggaul yee sang.
Menggaul yee sang beramai-ramai.

Lagi ramai yang merodok yee sang.
Mencedok yee sang ke dalam pinggan masing-masing.
Selain yee sang, ada jugak masakan-masakan lain yang tak kurang hebatnya. Ada ayam goreng spesel, ada udang masak mentega, ada siakap steam, ada sayur campur cendawan, ada sup ketam dan ikan kurau, dan ada yee mee berkuah. Aku punya personal favourite ialah sayur campur dan ikan steam kot. Lepas tu ada pulak desert air longan berisi buah nipah. Pun kaw jugak rasanya.

Menikmati sayur campur.
Makan panas-panas sampai berasap mulut.
Kami makan sampai sangat kenyang. Yee mee tu kami tak larat nak habiskan. Jadi kami suruh orang kedai tu tolong bungkuskan untuk kami bawak balik. Kami memang enjoy sungguh makan kat situ. Sesekali merasa masakan Cina sedap jugak. Cuma mungkin mak aku tak berapa serasi dengan jenis masakan macam tu. Anyway, kami pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Bukan gembira pasal perut kenyang, tapi gembira pasal dapat makan besar sebelum orang lain makan besar.

Habis licin semua pinggan.
Menikmati dessert.
Sikit lagi mau habis.
Amier main game sementara menunggu yang lain selesai makan.

Thursday, January 26, 2012

Buah paling masam di dunia?

Buah apakah yang paling masam dalam dunia? Pelam, binjai, limau nipis? Aku pun tak tahu. Tapi satu lagi buah yang tak boleh diketepikan dari segi tahap kemasamannya ialah buah belimbing buluh. Buah dia kecil-kecil aje, tak macam abang dia buah belimbing besi yang jauh lebih besar dan brutal. Buah ini memang sangat masam. Aku rasa tak ada orang yang sesaja nak makan buah ni macam nak kunyah pisang. Tapi buah ni sangat memberi impak apabila dimasukkan di dalam masakan-masakan tertentu seperti masak lemak, buat halua, masak acar buah, malah enak jugak kalau dicampur dalam kuah kacang (kuah sate).

Ibuku memetik buah belimbing buluh di pangkal dahan.
Banyak buahnya, sampai cecah lantai.
Hari Isnin lepas kami telah ke rumah makcikku kat Kg Baru. Sebelum balik, kami pergi memetik buah-buah belimbing ni untuk dibawa balik dan dimasak di rumah. Banyak juga hasil yang kami dapat. Kalau cukup banyak, bolehlah kami buat air jus. Diperah pulak lagi buah limau nipis. Pergh! Mesti kaw punya bila minum. Segala isi perut jadi kecut, dan muka pun jadi merekot. Cubalah!

Buah belimbing buluh @ belimbing asam.









Siap-siap potong rambut

Hujung minggu lepas sebelum menghantar Syahmie pergi belajar di MRSM Gemencheh, kami tiga beranak, aku, Syahmie dan Amier pergi ke kedai gunting rambut di Ampang Jaya untuk menghensemkan diri kami sendiri dengan berambut pendek dan kemas. Macam biasa, aku akan mintak tukang gunting pakai mesin nombor 2 dan kasi gondol aku punya kepala.

Aku dah pergi ke kedai gunting ni sejak masih kecil lagi. Sekarang tukang gunting lama dah tak beroperasi. Diganti dengan tukang gunting yang baru dan muda. Aku rasa selain dari warga Malaysia, ada jugak warga India. Tapi pasal dah biasa dan dah lama duduk kat negara ni, maka boleh jugaklah diorang cakap Melayu. Tapi dia punya key words ialah, "trim, nipis, slope, sideburn dan MGR". 

Dulu kat kedai ni siap gantung gambar bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar tengah gunting rambut. Tapi baru ni aku pergi, nengok gambar tu dah tak ada. Mungkin buat masa ni dah tak relevant lagi. Kena cari tokoh-tokoh yang lebih berpengaruh dan popular untuk menghiasi dinding kedai.

Kedai Gunting Rambut Jayya.
Lepas gunting rambut, kepala masing-masing jadi ringan. Dulu Amier tak takut dengan pisau cukur. Tapi sekarang dia semakin suspen pulak. Jadi, tukang gunting tu tak jadilah nak pakai pisau cukur kat Amier. Amier paling takut sekali ialah kalau kepalanya dibotakkan macam kepala aku. Dia takut kawan-kawan ketawakan dia kat kelas tadika. Semua sekali kena bayar RM24 untuk tiga orang.

Penggunting rambut profesional sedang gunting rambut Syahmie.