m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, January 24, 2020

Kota Lukut: Kota bersejarah

Bahagian 1

24 Disember 2017 - Tuan puan pembaca yang budiman. Ini kisah lama. Kisah tahun 2017. Dah dua tahun lebih berlalu. Tapi baru sekarang aku nak berkisah balik pasal tempoh pemeramannya telah cukup lama, sempurna dan sebati. Terima sajalah ya?

Setelah kami sekeluarga selesai bercuti bersama di Avillion Admiral Cove Resort bersama kerabat office ku Neuformation Architects, kami terus meluru ke Lukut. Khususnya ke Kota Lukut, kota bersejarah. Ini pun secara sepontan sebenarnya. Tak dirancang awal. Nak juga tahu apa yang ada di situ. Selalu mendengar tentangnya. Tapi tak pernah berkunjung. Kali ni kami datang dan melawat. Jom kita gali sejarahnya!

Bergambar di tangga.
Pendakian akan dimulakan sebentar lagi.
Masih di tangga.
Jom kita bergerak.
Syahmie masih di anak tangga mula.
Membiarkan yang lain bergerak dulu.

Dari luar macam tak ada apa-apa. Kami parkir kereta. Dan mula mencari papan tanda dan kenyataan bertulis mengenai tempat ini. Kami baca satu per satu. Kami cuba fahamkan. Cuba hadamkan maksudnya yang tersirat. 

Dicedok dari Wikipedia:

Kota Lukut telah dibina oleh Raja Jumaat Ibni Raja Jaafar pada 1847 ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857). Kota ini terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau juga disebut sebagai Bukit Raja.

Kota ini berukuran 200 meter panjang dan 170 meter lebar, dikelilingi parit yang dipasang dengan ranjau yang berkedalaman di antara tiga hingga lima meter. 

Semasa Raja Bot Bin Raja Jumaat memerintah, banyak tentangan yang dihadapi dari musuh, terutamanya dari Raja Sulaiman (Sungai Raya) yang enggan tunduk kepadanya. Kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku ketika itu akhirnya melemahkan kewangan Lukut dan sedikit demi sedikit menghakis kemasyhuran Lukut. Kini terdapat sebuah muzium di kaki bukit berhampiran yang dinamakan Muzium Lukut.

Begitulah serba sedikit kisahnya.

Membaca papan kenyataan yang pertama.
Amier sedang mencuba menghafaz sejarahnya.
Amier membuat kajian mengenai meriam ini.
Bersedia untuk membedil.
Bedilan pertama terkena rumah api yang tak berpenghuni. Sorry!
Bersedia untuk membuat bedilan yang kedua.
Kaboom!!! Tepat ke sasaran kapal lanun.
Bergambar dengan meriam hebat ini.
Amier nak buat bedilan lagi.
Katanya nak tembak musuh kat Israel.

Kami siap meneliti setiap meriam yang dipamerkan di situ. Mencuba menembak mengunakan meriam-meriam itu. Berdas-das tembakan kami lepaskan untuk membedil lanun-lanun yang kebetulan lalu-lalang di Selat Melaka ketika itu. Kesemua meriam itu masih berfungsi dengan baik. Nampak gayanya telah dijaga dan diselenggara dengan sempurna oleh pihak pengurusan. Dari situ barulah kami mula bergerak ke puncak bukit untuk mengetahui rahsia di sana pula.

Bersambung...

Bedilan kali ini terlajak jauhnya sampai ke bulan pula.
Syahmie bercadang hendak mencuba menggunakan bedil utama ini.
Diberitakan jauh bedilannya boleh mencecah planet Marikh.
Amier menunjukkan peluru nuklear yang disimpan di bawah pokok pisang di sana.
Mengamati keindahan meriam utama ini.
Nampak sangat hebat meriam ini.
Gambar dekat meriam utama.
Ini pula meriam katak puru.


No comments:

Post a Comment