m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 22, 2018

Neuformation di Avillion PD: Avillion Admiral Cove

Bahagian 1

23 Disember 2017 - Setelah berkurun lamanya usaha para pembesar-pembesar negara menyiapkan kertas kerja untuk sebuah acara Hari Keluarga bagi kantor Neuformation (dalam bahasa Melayu dipanggil Neuformasi), akhirnya hasrat dan cita-cita seluruh warga Neuformation tercapai juga dengan kelulusan dari pihak perlembagaan yang menyetujui cadangan Hari Keluarga ini dilangsungkan sebelum menjelang tahun 2018. Ada beberapa cadangan awal yang telah diutarakan kepada pihak pengurusan. Antaranya termasuklah percutian 7 hari 7 malam di New Zealand dan Australia. Ada juga cadangan berkelah sepanjang hari di Gurun Sahara. Dan yang paling extreme sekali ialah aktiviti berkayak di Bermuda Triangle bersama humpback whale. Namun begitu, cadangan yang telah diterima pakai adalah percutian di Avillion Admiral Cove di Port Dickson, dua hari satu malam. Tak kisahlah tu. Janji kami dapat bercuti dengan perbelanjaan ditaja sepenuhnya oleh pihak pengurusan.

Kami antara yang terawal sampai.
Anak-anakku tak sabar-sabar nak mandi kolam.
Inilah keluarga ku.
Sedang meneliti tulisan pada poster.
Seluruh keluarga aku seramai 6 orang telah bersiap-siap pagi itu dengan penuh semangat untuk ke Port Dickson. Dan kami tiba di destinasi pada kira-kira jam 2 petang. Sesampainya di sana, aku nampak kelibat Akmal, Hafeez dan Salam. Salam barangkali yang paling awal sekali tiba. Khabarnya sebelum subuh sudah tercegat di depan pintu hotel. Pak guard pun belum tersedar lagi dari lenanya. Kami yang awal terus mendaftar. Keluargaku dapat dua bilik pasal ahlinya ramai. Kami ambil dua bilik jenis single bedded. 

Tuan Salam - yang terawal tiba di lokasi.
Tiga yang terawal.
Tiga yang paling bersemangat.
Amier dan Sabriena bersantai-santai di ruang lobi.
Melihat kelibat ikan yang bermain-main di air.
Amier ternampak kelibat killer whale dan ikan lumba-lari.
Antara yang mengujakan kami sudah tentulah marina di bahagian belakang hotel yang menakung air laut yang cantik dan menyimpan khazanah ikan-ikan gred A1 yang mendiami kawasan itu. Kami sempat memberi ikan-ikan di air makan roti. Roti yang kami lempar disambut baik oleh penghuni air. Dalam benakku terfikir-fikir, mungkinkah aku akan berpeluang memancing di sini? Aku telah membawa bersamaku  5 batang joran untuk menjadi nelayan bila ada kelapangn nanti. Aku bertanya dengan salah seorang pekerja hotel yang kebetulan lalu di sebelahku. Kata anak muda itu, kawasan marina itu adalah kawasan larangan memancing. Punah luluh harapanku bila mendengrkan jawapan itu. Kakiku melemah. Aku rebah melutut dan terbaring kerana kekecewaanku itu (over lah pulak, kan?)

Setelah mendaftar dan mengambil kunci, kami terus ke kamar untuk melabuhkan tubuh-tubuh kami yang sangat letih di atas tilam bilik hotel yang sangat empuk. Acara selanjutnya adalah acara Team Building di laman extreme. Acara akan bermula setelah solat asar.

Bersambung...

Melihat kawasan marina di belakang hotel.
Syahmie membawa gitar ke mana-mana sahaja.
Keluargaku sangatlah teruja.
Akmal dan Salam di kawasan lobi hotel.
Kunci telah diambil. Kami akan ke bilik untuk berehat seketika.

2 comments:

  1. Salam
    Tiada views of beautiful sceneries

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ini Bahagian 1. Cuba pergi ke bahagian yang selanjutnya. Ada tunjuk some sceneries. Tapi taklah outstanding sangat scenery nya. Normal beach scenries.

      Delete