Bahagian 5
Babak Enam
Kita tinggalkan sebentar
kisah rumah tangga Hamdan dan Hayati. Itu kisah suami isteri. Biar mereka yang uruskan sendiri. Tak elok jaga tepi kain orang. Kita jaga tepi kain kita sendiri sudahlah. Jom kita fokus kepada kisah dua sekawan ini - Dol dan Wan.
Walaupun ketiadaan Hamdan di samping mereka, Dol dan Wan masih lagi akrab seperti biasa. Dol masih dengan gelagat kelakarnya yang memang selalu suka berjenaka dan berangan-angan tentang gadis idamannya. Wan pula lebih serius dan tenang kerana di dadanya sarat dengan ilmu agama yang memandunya untuk sentiasa berhemah dan berakhlak mulia.
Di suatu petang yang damai, Dol yang berpakaian kemas dan segak kelihatannya berjalan bersendirian sambil berlagu. Nampak ceria. Di tangannya ada setangkai bunga mawar merah. Baru dipetiknya dari rumah Kiah gamaknya. Dol menapak sambil berkhayal sehingga tak sedar Wan tiba-tiba muncul di hadapannya.
"Kau nak ke mana ni, Dol? Bukan main segak lagi." "Aku nak tengok latihan pertandingan lagu keroncong," jawab Dol lurus sambil tersengih. Ada seseorang yang telah berjaya menambat hati Dol. Tentunya gadis itu pandai menyanyi. Dan sudah pasti mempesona. Kalau tidak, takkan sampai Dol naik angau. Gila bayang. Nasib baik tak gila babi.
|
"Wah! Hensem kau hari ni. Nak ke mana kau, Dol?" |
|
"Nak tengok latihan pertandingan lagu keroncong. Nak jumpa buah hati..." jawab Dol. |
|
"Harumnya bau bunga mawar ni. Macam bau bunga ros." |
|
"Aku sedang dilamun cinta, Wan." |
|
"Patutlah aku dah lama tak nampak kau kat surau, masjid, majlis ilmu, forum agama, usrah." |
|
"Aku rasa aku ada pergi. Mungkin kau aje yang tak perasan aku kot, Wan?" |
Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba Dol teringat akan teman mereka, Hamdan yang telah lama menghilang sejak berkahwin dengan Hayati. "Duduk bawah ketiak isterilah tu. Tak pun kena queen control," sindir Dol. Wan pula tetap tenang dan sentiasa husnuzon - baik sangka. "Biarlah mereka berdua. Asalkan mereka bahagia," kata Wan mententeramkan Dol. "Apa kata kita lawat Hamdan esok? Apalah khabarnya Hamdan, ya?" ajak Wan. "Esok tak boleh. Esok ada pertandingan lagu keroncong. Buah hati aku masuk bertanding. Aku mesti bagi sokongan padu padanya," jawab Dol menolak pelawaan Wan. "Kau pergi soranglah dulu, ya? Lain kali aku pulak yang pergi. Kirim salam kat Hamdan, ya?" kata Dol sebelum berjabat tangan dan meninggalkan Wan.
|
"Eh! Aku baru teringat. Kawan kita si Hamdan tu, dah lama tak nampak dia." |
|
"Orang baru kahwin, memang macam tulah.." jawab Wan. |
|
"Orang lain pun kahwin jugak. Tapi tak adalah sampai lesap terus, tak jumpa kawan." |
|
"Kalau tak kerana Pak Usop tu mencantas, dah tentu aku dah kahwin dengan si Kiah tu.'" |
|
"Kiah tu mata duitan. Pak Usop yang dah tak larat tu jugak yang dipilihnya." |
|
"Kalau aku banyak duit, sekali petik aje, semua dara jelita datang terhegeh-hegeh kat aku, tau." |
Babak Tujuh
(Sehari selepas berakhirnya pertandingan lagu keroncong).
Kelihatan Pak Usop berjalan perlahan. Sangat perlahan. Dahinya berkerut. Bagai terfikir-fikir akan seseuatu. Langkahnya lemah. Tubuhnya hampir longlai. Hanya tongkat tua yang menupang badannya yang penat. Pak Usop baru menziarahi pusara Dol. Ya, Dol! Dol yang periang tu. Dol yang suka berjenaka tu. Dol yang disukai orang kampung kerana keletahnya. Dol yang baru saja semalam menonton pertandingan lagu keroncong. Ya! Dol yang itulah!! Dol dah tak ada. Dah meninggal. Dah pergi bertemu penciptanya. Tiba-tiba. Tak disangka-sangka. Ajalnya tidak dapat dihidu sesiapa pun.
|
Pak Usop baru hadir ke pengkebumian Dol. |
|
Hatinya gusar. |
|
Sedih. |
|
Dadanya menampung beban yang membelenggu. |
|
Satu rahsia agung. |
Sahabat karib Dol, Wan mengekori Pak Usop dari belakang. Wan sangat sedih. Mengalir air matanya. Baru semalam Wan bergurau-senda dengan Dol. Tiba-tiba.... Dol dah tak ada. Bagai mimpi. Betul-betul bagai mimpi. Banyak sudah kulihat. Semuanya kuingat-ingat-ingat..... (Eh, ke sini pulak perginya. Kita kembali ke kisah Wan dan Pak Usop).
Wan perasan, terlukis gambaran keresahan yang luar biasa pada wajah Pak Usop. Sangkanya Pak Usop berasa sangat sedih kerana dia memang betul-betul menyayangi Dol. Sehinggalah Pak Usop bersuara..... "Aku berdosa, Wan. Bersubahat menyembunyikan kebenaran. Sehingga ramai yang terkorban secara tragis dan menyedihkan. Dada aku dah macam nak meletup menyimpan rahsia ini," kata Pak Usop. "Apa maksud Pak Usop?" tanya Wan. "Sebenarnya..... ayah Hayati tak bersalah. Bukan dia yang membuntingkan Senah." "Maksud Pak Usop?" "Kau dengar sini baik-baik, Wan. Aku nak bagi tau kau satu rahsia agung. Tapi kira habis kat sini aje ya?" "Beri taulah saya, Pak Usop."
"Pak Murad, yang dah arwah tu, mantan ketua kampung kita, ayah kepada Hamdan, adalah orang yang bertanggung jawab melakukan segala macam kesalahan di kampung ini. Berikut adalah senarai kesalahan-kesalahannya:
1. Memperkosa Senah sehingga bunting
2. Membunuh Senah
3. Memfitnah ayah Hayati
4. Menghasut orang kampung untuk menghalau keuarga Hayati supaya keluar dari kampung
5. Mengarahkan orang-orang kampung untuk membakar rumah Hayati
6. Memberi rasuah kepada aku, Pak Usop agar menyembunyikan rahsia ini dari pengetahuan orang-orang kampung
7. Buat muka selamba seperti tiada apa yang berlaku
Sekarang aku berasa sedikit lapang setelah aku menceritakan segalanya kepada kau, Wan."
"Astaghfirullah al aziiiimm...!!!" Wan terkejut. Keliru. Tak pasti bagaimana dia perlu bereaksi terhadap berita yang baru didengarnya.
Udin lurus gagap masuk setelah Pak Usop dan Wan beredar. Lidahnya tak putus-putus bertahlil. Meratapi kematian Dol. Berjurai air matanya. Basah pipinya. "Dol dah tak adaaaa....!!!" teriak Udin.
Bersambung...
|
Wan dan Pak Usop dalam kesedihan. |
|
Tak sangka Dol akan pergi secara tiba-tiba. |
|
Wanlah orang yang akan paling menrinduinya. |
|
Pak Usop masih ragu-ragu untuk memulakan bicara. |
|
"Aku berdosa, Wan..." |
|
"Kalau Pak Usop berdosa, hendaklah Pak Usop bertaubat." nasihat Wan. |
|
"Tapi dosa aku lain. Dosa aku besar!" |
|
"Kalau begitu, Pak Usop perlu bertaubat nasuha." |
|
"Aku telah bersubahat menyembunyikan kebenaran." |
|
"Aku telah menganiaya ayah Hayati." |
|
"Saya tak faham. Boleh Pak Usop terangkan dengan lebih jelas?" tanya Wan. |
|
"Boleh. Jom kita sembang kat kedai mamak." setuju Pak Usop. |
|
"Waaaaaa....waaaaa..... waaaaa..." Pak Usop meratap menyedari kesilapannya. |
|
"Cuba Pak Usop ceritakan apa yang telah berlaku." |
|
"Sebenarnya, Murad, ketua kampung kita itulah yang bersalah." |
|
"Dialah yang telah membuntingkan Senah." |
|
Wan bagai tak percaya, kerana dia sangat akrab dengan Hamdan, anak kepada Pak Murad. |
|
"Kau simpanlah rahsia ini baik-baik. Betulkanlah apa yang telah tersilap." |
|
Udin masuk. "Dol dah tak ada....!!!" |
|
Lidahnya terus bertahlil. |
|
Meratapi pemergian Dol. |
|
Sangat sedih dan sugul. |
|
Udin pun berlalu. |
No comments:
Post a Comment