m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, February 15, 2019

Family Day 2019 @ Jeram: Buatlah apa saja

Bahagian 5

Malam memungkinkan pelbagai aktiviti santai diadakan secara bersahaja. Termasuklah acara memanggang haiwan di atas bara. Malam dilanjutkan dengan acara yang macam-macam sambil para pemanggang meneruskan memanggang. Ayam dan pari bergilir-gilir mengambil tempat berbaring di atas bara. Dan kami pula berbaris bergilir-gilir merebut peluang menjamah lauk panggang yang sangat enak rasanya. Cuma sayangnya pada malam itu perutku berasa kurang selesa. Tidak sakit. Cuma tidak selesa. Aku masih berselera makan. Cuma tak mampu makan lebih banyak dan betul-betul menikmati apa yang dimakan.

Robin Hood Malaya sedang menyiapkan anak panah.
Dekat setengah jam Hafez membidik untuk memastikan panahannya tepat.
Tetiba Hafez nak panah cacing tanah pulak untuk dibuat lauk makan malam.
Panah dilepaskan, tepat ke tubuh seekor angsa milik jiran.
Pakar memanah cilik - Syafiqah.
Segala ilmu yang dipelajarinya di sekolah diimplementasinya di sini.
Gaya juara.
Pakcik Karim tak nak ketinggalan. Dia memanah tepat ke hati Makcik Saba. Cia cia cia...
Di padang memanah, para pemanah elite lagi tekun berlatih secara bertubi-tubi bagai sedang menyiapkan diri untuk bertempur di medan perang. Sambil berlatih, ada juga yang mengambil kesempatan berburu dengan mengajukan panahan ke arah haiwan-haiwan yang melata seperti ayam hutan, burung camar, kijang laut, ketam Alaska, landak raya (raya korban) untuk turut dijadikan mangsa barbeque pada malam itu.

Hani membuai di hammock sebelum dibuai mimpi.
Kaki Adam terperangkap dalam pasir.
"Good nite. Saya nak tidur sekarang."
Sabriena dan anak saudaranya - Pia.
Jom kita berbuai.
Band rock baru yang sedang meningkat naik.
Hafez tak puas hati. Dia nak panah anak gorila pulak.
Menyaksikan pro at work.
Melayan baby.
Di suatu sudut lain, makanan masih terhidang di atas meja, membiarkan sesiapa saja yang masih lapar dan dahaga memenuhi keinginan masing-masing untuk melayan kehendak tekak dan tembolok. Bagaikan satu kenduri tanpa tema. Tapi sangat meriah dan menyeronokkan. Masing-masing bagai telah tau apa yang perlu dibuat untuk melancar dan melicinkan perjalanan majlis bersahaja ini. Tidak terlihat wajah duka atau resah, kerana kesemua kedukaan dan keresahan telah terpadam atau telah dihijabkan oleh keceriaan yang menyelimuti suasana pada ketika itu. Dan ini terbukti dengan paparan gambar-gambar yang diperlihatkan di sini.

P/s: Keh keh keh... Sesekali nak jugak menulis gaya formal sikit.

Bersambung...

Syauqi diamanahkan untuk meneruskan warisan turun-menurun memanggang ayam serama.
Mak Uda macam biasa - makan dan terus makan.
"Sila minum," jemput Pakcik Karim. Tapi Mak Uda masih terus makan.
Sekarang Mak Uda dah ada geng makan - Mak Ngah.
Anak-anak duduk di atas tikar.
Empat sekawan.
Macam sedang membaca doa beramai-ramai. Ye ke?
Anak-anak ditempatkan di sini supaya tidak merayau-rayau di waktu malam.


No comments:

Post a Comment