m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 21, 2019

Tenis TTC lawan Ambank: Perjuangan Ikrami dan Cikgu Li

Bahagian 4

Setelah puas bergambar, Ikrami dan Cikgu Rusli pun mulalah melangkah perlahan-lahan ke base line gelanggang. Reket digenggam kemas. Ikrami berdiri di sebelah kanan gelanggang. Manakala Cikgu Rusli di bahagian kiri. Ikrami mengambil dua biji bola tenis. Satu disimpan di dalam saku seluar. Satu lagi dilambung tinggi. Sangat tinggi sehingga hampir mencecah bulan. Sejurus bola turun pada ketinggian kira-kira tujuh kaki, Ikrami pun dengan sekuat hati melibas reketnya untuk membuat satu pukulan servis yang sangat kencang bagaikan ribut melanda pantai. Itulah servis pertama permainan yang menyaksikan bermulanya pertarungan hebat di antara Team TTC menentang Ambank.

Menyedari servis pertamanya ini sangatlah bermnakna dan penting bagi seluruh Team TTC.
Ikrami sedang bersedia untuk melakukan servis.
Nafas ditarik dalam-dalam, sedalam Lautan Pasifik.
Fokus sepenuh hati.
Bersedia untuk melambung bola.
Dan bola pun dilambung sehingga hilang dari pandangan mata.
Menanti buah tak gugur.
Mata merenung tajam ke arah bola.
Pukulan pun dibuat. Dengan penuh kemarahan.
Dendam kesumat telah diluahkan.
Cikgu Rusli menjaga di bahagian jaring. Tugas Cikgu Rusli ialah untuk memastikan tiada sebarang objek pun yang datang melintasi jaring itu. Bukan saja bola tenis, malah juga burung-burung yang berterbangan. Kalau ada burung kecil yang cuba nak lintas jaring pun Cikgu Rusli akan intercept, membuat volley dan men-smash burung itu. Itulah tugas Cikgu Rusli. Dan dengan dedikasi yang tinggi, tugas getir ini telah berjaya dilaksanakan oleh Cikgu Rusli dengan jayanya.

Namun Team Ambank tidal sekali-kali akan membiarkan Ikrami dan Cikgu Rusli pulang membawa kejayaan dengan sebegitu mudah. Mereka juga ada teknik tersendiri untuk membendung kemaraan Team TTC. Pertarungan yang bagai di medan perang ini berlangsung beberapa jam sehingga keputusan mutlak diperolehi. Markah tepat tak dapat aku nyatakan di sini pasal aku pun tak tau. Tapi kemenangan kali ini berpihak pada Team Ambank. Tahniah kepada Team Ambank. Tahniah kepada Team TTC juga kerana telah bermain dengan cemerlang, cuma nasib masih belum menyebelahi.

Bersambung...

Cikgu Rusli berkawal di jaring.
Bagaikan seorang guru disiplin yang memegang rotan panjang sedepa.
Setakat ini tak sesiapa berani menyeberang jaring.
Cikgu Rusli memasang kuda-kuda.
Cigar Rusli berkawal dengan penuh dedikasi.
Melihat di sekeliling agar tiada sesiapa yang berani melintas jaring.
Team Ambank.
Berganding untuk menumpaskan pihak lawan.
So far so good.
Cikgu Rusli semakin bersiap-siaga.
Ikrami datang membantu.
Aku tunggu mu mari.
Ikrami memasang kuda-kuda.
Berpaling dari berkawal sejenak.

No comments:

Post a Comment