m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, July 4, 2015

Larian Terry Fox 2014 di Titiwangsa: Sesudah larian berakhir

Bahagian 5 (Akhir)

Selepas acara cabutan bertuah selamat dilangsungkan, maka para pelari, merangkap peserta mulalah bersurai. Dan sebelum besurai sempat jugak bergambar dalam kelompok-kelompok kecil sebagai kenang-kenangan peristiwa di Taman Tasik Titiwangsa ini.

Kebetulan, di sekitar taman ini juga ada gerai-gerai kecil menjual barang-barang santai, serta makanan dan minuman ringan. Sempat jugaklah kami berjalan-jalan melihat-lihat barangan jualan yang pada masa tu dah nak tutup gerai.

Bergambar bersama. Shahrol, Kak Yati, Sheila, Kim, Rahmawati dan isteriku.
Panca Sitaraaaaaa. Lalalalala...
Another artistic pose.
Melihat-lihat di gerai menjual tudung.
Gerai ini sangat colouful.
"Saya nengok kat sini ada macam-macam tudung. Tapi saya nak beli tudung saji sebenarnya."
Amier sedang berlari marathon 5000 kilometer.
Sebelum pulang, kami singgah minum sekejap di cafe Satay Station yang terletak bersebelahan dengan court tennis, tempat aku selalu main tenis. Kami minum-minumlah dulu buat penghilang dahaga ketika matahari sedang terik memancar. Lega jugak anak tekak ni bila disapa oleh air minuman yang mengalir masuk. Kami jugak sempat order nasi ayam sorang satu untuk dimakan. Masa tu dah hampir tengah hari gamaknya.

Di Satay Station Taman Tasik Titiwangsa.
Saleh sedang kehausan.
Sabriena tak sabar-sabar nak meminum air ini.
Tapi dia terlupa nak buka tudung botol sebelum minum.
Sabriena nak merehatkan minda.
Sabriena bersama kakak sepupunya, Yana.
Sedang menjamu nasi ayam.
Amier sedang mencium bau tomato.
Amier dan Saleh melihat i-phone.
Bertukar-tukar fikiran mengenai game dalam i-phone.
Saleh pulak sedang mencuba nasib menggunakan i-phone itu.
Sabriena mencuba memahami game yang dimainkan oleh Saleh.
"Aaaaaaaaa!!!!!" kata Sabriena.
"Aaaaaaaaaaa!!!" Kata Saleh menjawab.
Ketika sedang makan dan minum tu, tetiba wife aku telah ditegur oleh seseorang dari belakang. Bila menoleh, rupanya orang itu adalah kawan sekolah wife aku. Namanya, wife aku pun dah lupa. Maklumlah, dah lamaaaaaaa sangat tak jumpa. Asal dapat cam muka aje pun kira okaylah. Setelah mereka berbual lebih kurang, sapa-menyapa, dan kami pun dah habais makan dan minum, maka kami pun baliklah. Tetapi, sebelum balik, ada sesuatu perkara telah berlaku!

Aku mendapat satu panggilan kecemasan dari seorang teman, Hanif. Wife aku pulak mendapat satu panggilan kecemasan dari seorang teman yang lain, Azleen. Oh, by the way, Azleen ni wife kepada si Hanif. Dalam telefon tu mereka berkata bahawa enjin kereta mereka tak boleh di-start. Nasib baiklah kami pun belum balik lagi. Jadi, kami sempatlah membantu mereka menghidupkan enjin dengan meminjamkan bateri kereta kami kepada mereka untuk sementara. Lepas tu kami pergi minum teh tarik sekejap sebelum kami bersurai. Hari itu agak memenatkan, tetapi penuh dengan kepuasan.

Bersama kawan sekolah menengah.
Nama sudah lupalah.
Panggil Miss X ajelah.
Isteriku bersama Miss X.

No comments:

Post a Comment