1 Januari 2014 - Bila masuk tahun baru sudah pastinya anak-anak kena pergi ke sekolah untuk belajar ilmu-ilmu yang patut dipelajari. Anakku Wanie jugak tak terkecuali. Memang betul, Wanie pernah pergi
interview di MRSM Gemencheh. Tetapi kami masih tak tau lagi sama ada dia dapat tempat kat situ atau tidak. Jadi kami bagilah Wanie belajar di sekolah yang sama dengan sekolah sepupunya, Yana belajar dulu - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang. So far aku nengok Yana okay aje kat situ. Lagi pun Faizal Tahir pernah belajar kat sekolah tu jugak masa dulu-dulu. Kira okay-lah tu kannn...?
|
Wanie sedang nervous ketika mula-mula menjejakkan kaki di sekolah baru. |
|
Wanie masih nervous. |
|
Nak menguntum senyuman kecil pun sangat susah bagi Wanie pada saat ni. |
Sebelum hari pendaftaran, kami telah menyiapkan Wanie dengan pakaian sekolah serta peralatan pembelajaran supaya Wanie selesa semasa duduk berasrama kat sana. Pakaian Yana yang Wanie muat turut diberikan kepada Wanie. Jadi kami tak perlulah beli semua barang baru. Mana yang masih boleh pakai, pakailah dulu. Selain dari menjimatkan kos, ia jugak bagi mendapatkan feel sebenar dari bekas senior sekolah Maahad Hamidiah Kajang ni.
|
Mendaftar kelas dan asrama. |
|
Semua borang telah lengkap diisi. |
|
Ramai jugak pelajar baru yang datang mendaftar pada hari ni. |
Kami sengaja bawak Yana bersama pasal Yana memang dah mahir soal selok belok kat sekolah ni. Yana sendiri memang dah kata awal-awal yang dia sendiri pun memang nak ikut hantarkan Wanie. Nanti bolehlah jumpa kengkawan junior dia. Boleh jumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajarnya dulu jugak. Memang Yana banyak membantu, especially masa beli barang kat kedai kooperasi, masa kemas barang kat asrama, dan masa pendaftaran sendiri.
|
Yana membeli barang keperluan di kedai kooperasi. |
|
Semua orang kat kedai kooperasi dah kenal Yana. Termasuklah kucing, cicak dan lipas yang berkeliaran. |
|
Mendengar taklimat panjang lebar dari Pengetua sekolah. |
|
Lama jugak kami kena memanaskan kerusi kat dewan tu. |
|
Yana dengan adik-adik junior-nya. |
|
Tak sangka aku. Popular sungguh Yana kat sekolah ni - macam Faizal Tahir jugak. |
Kami dengar maklumat panjang lebar kat dewan. Memang sekolah ni pun ada reputasi dia sendiri. Dan memang bukan calang-calang sekolah jugak sebenarnya. Setelah hampir jam 12 tengah hari, taklimat pun habis. Dan kami semua terus angkut barang ke asrama.
Perabot kat asrama memang dah agak lama dan ada kunci penyelak yang dah rosak dan tak berfungsi. Kebetulan Wanie dapat almari yang rosak. Jadi aku kenalah pergi cari peralatan untuk memasang kunci penyelak yang baru. Siap kena beli mangga, skru driver, spanar, drill, gergaji, penukul, alatan welding dan chainsaw. Jari aku siap terluka sampai kena panggil ambulan dan bomba. Semua ini sebab nak pastikan almari Wanie dapat dikunci dengan baik.
|
Masih di dewan. |
|
Serius aje semua orang. |
|
Berkemas di asrama. |
|
Kebetulan kunci pintu almari Wanie rosaklah pulak. |
|
Tempat menyimpan barang tak berapa besar sangat. |
|
Belajar bersusah-susah untuk bersenang-senang kemudian. |
|
Kena isi borang jugak masa kat asrama. |
|
Semua orang penat lepas berkemas di asrama. |
Lepas dah siap berkemas di asrama, kami pun pergi ke kantin untuk makan tengah hari. Masa tu dah agak lewat jugak sebenarnya. Perut masing-masing dah agak kelaparan. Makanan yang tinggal kat kantin pun dah tak banyak. Kami makan apa yang ada ajelah. Kami tak makan kat luar sebab nak cepat. Lepas ni kena hantar Syahmie kat Gemencheh pulak.
|
Makan apa yang ada untuk mengalas perut. |
|
Walaupun makanannya tak berapa ohsem, tapi habis licin jugak. |
|
Wanie tak berapa berselera nak makan. Nasi dalam pinggannya tak banyak macam selalu. |
Masa tinggalkan Wanie kat asrama aku tak berasa sedih sangat. Tak macam masa hantar Syahmie dulu-dulu untuk belajar di Gemencheh. Tapi setelah beberapa hari berlalu, terbit jugak rasa rindu kat puteri sulung kami tu. Wanie pulak nampak gayanya macam bercampur baur perasaannya di antara sedih, bosan, dan nervous. Tapi kami nak dia belajar sendiri menyesuaikan diri dengan sekeliling, buat kawan baru, hidup berdikari, fokus dalam pelajaran. Aku dulu pun masa mula-mula masuk asrama kelam kabut jugak. Sama-samalah kita belajar untuk mendewasa. Sebelum beredar, aku sempat peluk cium Wanie sambil memberi kata-kata peransang kepadanya. Semoga Wanie cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.
|
Peluk cium sebelum meninggalkan Wanie. |
|
Wanie tengah kontrol perasaanya. Sebab tu dia susah nak senyum. |
|
Tak apa, Wanie. Wanie boleh balik rumah setiap dua minggu sekali. |
|
Bergambar kenangan. |
|
Selamat belajar jadi matang, Wanie. |