m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 8, 2014

Hari sukan Talisman 2013: Makan ajelah...

Bahagian 2 (Akhir)

Menanti agak lama di bawah khemah putih di tepi gelanggang membuatkan kami berasa bosan. Belum pun sempat perasaan bosan itu memuncak ke tahap gaban, tetiba sampailah beberapa buah kereta yang dikepalai oleh husband Ilme, Saif dengan membawa juadah yang kami semua nanti-nantikan sekian lama. Itulah dia nasi al-arabia berserta package kambing masak mandy. Baunya semerbak ke seluruh ruang angkasa. Dan terus menyebar ke seluruh kawasan kejiranan. Harum sungguh bau masakan Arab ini. Perut kami semakin berkeroncong dan merengek-rengek untuk diisi dengan nasi Arab yang dipadankan dengan kambing masak mandy.

Ibu melayan baby ketika time rehat.
Antara para hadirin dan hadirat.
Belum makan lagi dah tunjuk isyarat 'good'. Apatah lagi kalau dah makan.
Masih menanti ketibaan nasi Arab idaman kalbu.
Bau nasi Arab dan lauk-pauk dah mula menusuk ke dalam hidung masing-masing.
Bersabar menanti saat nasi Arab boleh dijamah.
Aku pulak ketika melihat kehebatan masakan yang disajikan di atas meja terus bagaikan nak pitam kerana terlalu teruja. Pihak management bila nengok aku macam nak pitam, terus hampir saja mahu membatalkan kesemua acara makan-makan nasi Arab. Maklumlah - safety first! Tapi dengan bingkas aku bangun dan berkata bahawa aku okay-okay jer. Bila pihak management telah yakin bahawa semua berada dalam keadaan yang selamat, barulah wisel dibunyikan bagi menandakan acara makan-makan akan dimulakan dengan segera.

Lauk-pauk yang telah membuat kami semua histeria!
Sayur-sayuran dan kuah yang turut menambah keenakan masakan.
Inilah nasi Arab yang kami tunggu-tunggu. Akhirnya tiba juga ke pinggan kami.
Terliur kami melihatnya.
Rahmah mendahului kontinjen negara mengambil lauk-pauk yang disajikan.
Encik chef (kiri sekali) tenang di lokasi.
Para peserta berebut-rebut mendapatkan makanan. Bagaikan pelarian Syria.
Aku memang target nak makan kambing aje. Jadi, nasi dan sayur aku ambil cuma sekelumit aje. Tapi bila tang kambing, penuh pinggan aku diisi dengan makanan favourite aku tu. Puas aku meratah kambing. Sampaikan lepas aku makan kambing dengan banyak, aku terus mengembek panjang bagaikan sudah tak tau nak cakap bahasa insan manusia lagi. 

Giliran Yanti mencedok seekor kambing ke dalam pinggan.
Nadia: I love MCR. But I love kambing a lot more!
Walaupun perut tengah lapar, para atlet masih berdisiplin ketika mengambil makanan.
Antara yang beratur mengambil makanan - Sister G-Ha, Linda dan Abang Hashim.
Abang Hashim sangat gembira bila tiba gilirannya untuk mengambil lauk.
Abang Hashim sangat berhati-hati ketika memilih ketulan kambing. Bagi memastikan tiada ketulan kambing yang masih mengembek.
Setelah agak lama memilih, barulah Abang Hashim meletakkan ketulan daging pilihannya ke dalam pinggan.
Giliran atlet wanita mengambil makanan.
Ada yang nak tapau lauk.
Ini baru round yang pertama. Akan ada round kedua, ketiga dan seterusnya.
Selepas semua orang yang hadir makan, masih kelihatan banyak lagi juadah di atas meja hidang. Maklumlah, kebanyakan para peserta dan penonton telah pun pulang ke rumah masing-masing. Maka kami yang tinggal mulalah mengambil bekas masing-masing untuk menapau / membungkus makanan yang masih banyak di dalam talam. Aku dan isteri mula mencapai segala makanan yang berbaki dan dimasukkan ke dalam apa saja bekas yang boleh kami dapati di sekitar tempat itu. Makanan yang sebegitu banyak yang kami nak bawak pulang telah kami sumbat ke dalam kereta. Punyalah banyak makanan, sampaikan keempat-empat tayar kereta mengempis bila keretaku terbeban dengan makanan yang sangat berat ini.

Apa-apa pun kami sangat puas hati. Memang betul, sukan futsal dan sukan handball terpaksa dibatalkan serta merta. Tetapi secara serta-merta jugak, sukan memakan kambing sampai gemuk telah diadakan dan berlangsung dengan jayanya.

Tamat.

Kakak-kakak di sekeliling memberikan motivasi kepada adik ini agar dapat dipiih lauk yang paling sesuai.
Proses menapau telah bermula.
Atlet wanita turut menapau lauk.
Wife aku tak mau ketinggalan.
Dua kotak di tangan kanan akan dipenuhkan dengan nasi Arab kambing mandy.
Encik Hassan mengambil makanan.
Terpancar wajah keceriaan bila makanan sudah ada di depan mata.
Nak ambil kambing atau ayam?
Acara tapau makanan secara besar-besaran.
Lauk hampir licin dikerjakan para peserta.
Hafiz - orang kuat dan terpenting bagi mendapatkan tempat beradu sukan.
Baru berkesempatan memakan makanan tengah hari.
Tapau, jangan tak tapau!
Ramainya orang menapau lauk.
Lepas tapau lauk -pauk, kami semua beredar meninggalkan tempat itu dengan selamatnya.

No comments:

Post a Comment