m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, July 1, 2011

Hari Bapa di Impiana: Karikatur

Aku biasa melukis wajah kawan-kawan, saudara-mara dalam bentuk kartun atau karikatur. Wajah aku jugak pernah dilukis oleh kawan-kawan ketika di UTM dan pernah jugak dilukis oleh anak-anak aku yang bertiga tu. Tapi wajah aku tak pernah dilukis oleh seorang pelukis karikatur profesional. Pada jamuan Hari Bapa di Hotel Impiana 2 minggu lepas aku mengambil kesempatan membiarkan wajaku dilukis oleh seorang pro secara percuma. 

Pelukis itu memang handal. Dalam masa beberapa minit aje satu wajah telah dihasilkan dengan baik. Pelukis ni jugak agak baik hati kerana dilukisnya semua pria supaya kelihatan tampan, dan dilukisnya semua wanita supaya kelihatan ayu. Kalau aku, semua muka aku kartunkan habis, sampaikan aku rasa pernah jugak ada orang yang kecil hati melihat wajahnya dilukis oleh aku. Kehebatan pelukis ini sangatlah aku tabik spring!

Yang paling comel ialah bila dia melukis wajah Amier. Dan Amier sendiri pun merasa teruja bila melihat wajahnya dilukis. Daripada karikatur jugak kita boleh melihat feature wajah kita yang paling menonjol yang menjadi identiti pengenalan kita bila berinteraksi dengan orang lain. Contohnya, feature paling menonjol aku adalah pada mata, telinga dan dahi. Seronok buat karikatur ni. Kalau ada masa lapang try-lah buat muka kawan-kawan atan sesiapa saja yang lalu depan kita.

Amier dan karikatur kebanggaannya.

Artis melakar wajah kakakku.

Wajah Amier.

Wajah aku dan isteri.

2 comments:

  1. peehhhh, bro nampak muda 15 tahun.. Amier nampak macam baby je.. :)

    ReplyDelete
  2. Kalau nampak cantik kat foto dipanggil fotojenik. Kalau cantik kat kartun dipanggil kartunjenik ke?

    ReplyDelete