m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, March 9, 2011

Main badminton dengan Faiisal & Ali

Semalam merupakan malam badminton lagi. Kami pun turunlah main beramai-ramai. Yang hadir adalah aku, abang Zahid, Abby, Kois, Hidayat, Ali dan Faiisal. Tapi kali ni aku tak nak cerita sangat pasal mutu permainan kami atau berapa banyak bulu tangkis kami guna atau berapa reket yang putus talinya. Tapi aku nak cerita pasal dua gandingan pemain iaitu Faiisal dan Ali.

Faiisal pada dasarnya memang seorang pemain yang hebat. Walaupun masa mula-mula dia join geng badminton dulu dia selalu buat banyak mistake pasal kurang fokus. Faiisal dulu kalau main memang suka ketawa. Sekali pukul, sekali ketawa. Kalau 100 kali dia pukul bulu tangkis tu, maka 100 kalilah dia ketawa. Apalah yang agaknya kelakar sangat pasal bulu tangkis tu aku pun tak tau. Itu yang jadi kurang fokus tu. Tapi sekarang mutu permainan Faiisal dah berubah. Dia lebih fokus, serius dan bergerak sangat pantas sehingga sukar nak matikan gerak langkahnya. Smash dia pun boleh tahan jugak kencangnya (walaupun tak lawan smash Abby). Faiisal jugak adalah pemain defence yang baik. Tapi permainan jaringnya kurang menyerlah, tapi tak bermakna dia senang ditewaskan dalam permainan jaring. Faiisal selalu bisik kat aku, "Pak Usu, bila kita nak buat friendly match dengan group orang sebelah? Lepas tu bolehlah pulak buat friendly dengan bergu Malaysia ke, China ke, Indon ke." Aku selalu menolak cadangannya kerana aku rasa group kami belum bersedia. Aku nengok geng gelanggang sebelah selalunya main lebih hebat dari kami. Jadi buat masa ni kami hanya main dengan kelompok sendiri saja.

Ali pulak lain ceritanya. Ali masa mula-mula main badminton sangatlah kelam kabut. Sekarang pun masih macam tu jugak cuma dah improve sikitlah. Ali memang bukan jenis sportsman. Ali macam aku masa Form 1 & 2 dulu. Semua sukan yang aku main mesti kantoi. Main bola, kaki bangku. Main softball, pukul tak kena. Jenis orang yang macam kami ni kena training berganda-ganda lebih banyaknya dari jenis orang yang dalam kategori sportsman. Setelah berlatih sekian lama, Ali sekarang dah pukul lebih kuat, lebih cepat kejar tangkis, serve rendah, reflect tangan pun semakin cepat.

Kalau dulu, siapa-siapa yang berganding dengan Ali mesti menjadi pasukan belasahan. Tetapi sekarang aku dapati gandingan Faiisal dan Ali boleh mencipta gandingan yang hebat, tapi kena main formasi "attacking mode" - Ali duduk depan dan Faiisal control belakang. Aku dah beberapa kali tewas dengan gandingan ini. Mereka kalau lebih lama digandingkan, mesti lebih serasi dan power. Lepas tu barulah boleh buat friendly match dengan mana-mana group pun di dunia ni.

No comments:

Post a Comment