m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, August 20, 2015

4 Syawal 2015 - Kawan-kawan ofis datang makan siang

20 Julai 2015 - Hari ni ialah hari Isnin. Ada sesetengah kengkawan ofis dah mula bekerja di pejabat. Beberapa hari sebelum tarikh ini, kengkawan ofis wife aku dah siap-siap bagi tau yang mereka nak makan lunch kat rumah kami. Sambil beraya lah. Kami tak boleh menafikan permintaan kengkawan ofis tu. Maka pada sebelah pagi, kami telah pun bertungkus-lumus menyiapkan segala macam juadah untuk dijamu kepada tetamu kami nanti.

Feroz sedang memilih makanan yang serasi dengan jiwanya.
Makanan yang dipilih adalah soto. Pasal itu aje main dish yang kami sediakan.
Fazli dan Herwan antara yang hadir.
Lee sedang menikmati soto terhebat di Ampang Jaya.
Tiba-tiba Lee terasa terganggu dengan kehadiran juru kamera yang merakamkan aksi beliau sedang makan.
Candy, Kilian dan Feroz.. Semua orang makan soto.
Makan soto dengan penuh bersungguh-sungguh.
Play hard, eat hard, work smart.
Kesemua peserta pada hari ini dibekalkan dengan satu mangkuk hikmat buat mengisi soto.
Feroz dan Nadia.
Bila tengah hari menjelang, kengkawan ofis wife aku pun datanglah satu rombongan dengan menaiki beberapa buah kereta. Aku rasa ada dekat lima belas orang kot semuanya yang datang. Masing-masing datang dengan tahap kelaparan yang bukan kepalang. Memang tepatlah sekali kalian semua datang ke rumah kami pada hari ini. Kami ada menyajikan beberapa masakan istimewa pada hari ini. Ia termasuklah soto, agar-agar merah, tembikai merah, kuih-muih raya serta air Ribena sejuk yang nyaman. Tanpa membuang masa, kengkawan kami tu pun terus mendapatkan makanan di atas meja hidang. Masing-masing meneruskan misi makan sehingga kenyang tanpa ada sedikit masa pun yang dilengahkan.

Sue Anne, dan Amira pun makan soto jugak.
Sedapnya soto ini, seperti makan ayam goreng Upin Ipin..
Amier sedang membuat liputan pasal kedatangan tetamu istimewa di kediaman kami.
Sedang beratur mendapatkan nombor giliran untuk mengambil makanan.
Shan Shan, Shang, dan Joanne sedang pegang mangkuk hikmat.
Antara tetamu yang hadir pada siang itu.
Herwan dan Feroz telah mula bekerja pada hari ini.
Kak Zu (tengah) dan anaknya turut datang.
Jom kita makan.
Herwan, Sue Anne, Amira dan Nadia.
Sue Anne, Amira dan Nadia masih belum sudah makan lagi.
Siapa yang makan paling banyak, dialah yang menang.
Joanne, Candy dan Herwan.
Masih makan di suatu sudut rumah.
Selepas makan, barulah masing-masing mula bersembang pasal hal-hal kemasyarakatan seperti kisah-kisah para dermawan di dalam dan luar negara. Kemudian bersambung pulak dengan penemuan bangkai kapalterbang MH370 di Pulau Reunion. Dan seterusnya menjerumus pula ke tajuk-tajuk yang lebih sensasi seperti idea penyerapan pemain-pemain antarabangsa ke dalam skuad bolasepak kebangsaan. Dan macam-macam tajuk lagilah. Sampailah ke tahap semua orang dah tak nak berborak lagi dah.

Fazli sedang makan soto.
Hari-hari Fazli makan soto.
Sebab Fazli sangat suka makan soto.
Hui Xian, Amanda, Pui Yee bersama isteriku.
Sedang bercerita pasal manusia dermawan.
Herwan dan Feroz sedang bersembang pasal subjek serius seperti cara-cara memasak mi goreng mamak yang sedap.
Sedang merujuk kepada smart phone.
Zam baru nak makan. Nadia dah cukup kenyang.
Abang iparku pun ada kat rumah.
Menjamu kuih-muih raya pulak.
Tetamu memenuhi ruang tamu.
Sedapnya kuih raya ini. Macam makan ayam goreng Upin Ipin.
Herwan sedang buat photo shoot.
Sedang berdiskusi pasal keenakan vape perisa durian musang king.
Sebelum majlis bersurai, para kengkawan telah bergambar dengan isteriku di porch rumah. Tahun lepas pun ada jugak kami bergambar seperti ini. Photo session ini akan diadakan setiap tahun kalau kengkawan ofis isteriku datang ke rumah kami untuk makan-makan dan beraya. Terima kasihlah kepada semua kerana sudi datang. Dan terima kasih jugak kepada si penderma duit raya kepada anak-anak kami. Terima kasih.

Bergambar beramai-ramai part 1.
Bergambar beramai-ramai part 2.
Bergambar beramai-ramai part 3.
Tetamu mula balik.
Bersalaman dengan Nadia pulak.
Dan mereka pun pulanglah dengan kepuasan setelah dapat makan soto terhebat di Ampang Jaya.



Sunday, August 9, 2015

3 Syawal 2015 - Erin dan Bakar datang ke rumah

19 Julai 2015 - Pada siang harinya kami telah pergi beraya di Batu Belah, Kelang dan di Petaling Jaya. Memanglah badan terasa letih berjalan. Tetiba isteriku mendapat panggilan telefon dari teman rapatnya - Erin. Keluarga Erin nak datang beraya di rumah kami malam hari tu. Okay-lah. Kami memang sangat mengalu-alukan teman akrab kami itu datang. Kebetulan aku jugak agak rapat dengan suami Erin - Bakar. Maklumlah sama-sama satu kapal dulu.

Bersama teman akrab - Erin.
Masih dengan Erin.
Erin dan isteriku.
Erin dan Bakar datang bersama tiga orang anaknya. Kalau siang tadi, kami ke rumah mereka, mereka tiada di rumah. Maka kali ini mereka pula membalas kunjungan kami sebelum ini. Kami berbual panjang, mengenai keretapi yang panjang, highway yang panjang, ular sawa yang panjang dan trafik jam yang panjang. Sempat jugak isteriku menyuruh Erin mengajar Syahmie mengenai Matematik Tambahan. Erin dan Bakar memang guru tiusyen subjek matematik dan perdagangan. Mereka sangat expert dalam bidang itu. Setelah agak lewat, mereka meminta diri untuk beredar. Kami bersalaman dan bergambar. Terima kasih kepada Erin dan Bakar sekeluarga kerana sudi mampir ke rumah kami sempena hari raya pada tahun ini.

Aku dan Bakar. Rambut sama style. Senyum sama style. Orang Jerman memang begini caranya.

3 Syawal 2015 - Beraya di rumah Pakcik Udin

19 Julai 2015 - Setelah beraya di rumah Bibik Saonah di Batu Belah, Kelang, kami terus menuju ke rumah kawan kami - Erin dan Bakar. Tetapi sesampainya kami di kawasan rumah mereka, mereka tiada di rumah. Maka kami pun terus menerjah ke Petaling Jaya untuk ke rumah pakcik kami - Pakcik Udin, adik kepada ibuku. Pakcik Udin pun tak berapa sihat jugak sebenarnya. Eloklah kalau kami selalu ziarah beliau.

Ibuku bersama adiknya - Pakcik Udin.
Kami sedang enak menjamu kuih-muih raya.
Sambil bersembang-sembang.
Syahmie, Wanie, Yana dan isteriku.
Ayahku dengan backdrop klasik - lukisan keluarga Pakcik Udin.
Adikku bersama Farid.
Di depan rumah Pakcik Udin, nampak gayanya macam pintu tertutup rapat. Tapi ada dua buah kereta di porch rumah. Maknanya mungkin mereka ada di rumah. Aku memberi salam beberapa kali, dan Makcik Razmah membuka pintu rumah. Kami pun ke dalam setelah dijemput masuk. Rupanya Pakcik Udin dan Makcik Razmah baru aje sampai rumah. Tadinya mereka keluar beraya. Ibuku berbual-buallah dengan adiknya. Sementara kami menghadap kuih raya sambil memakannya. Macam tulah kami punya amalan rutin bila beraya di rumah-rumah saudara-mara.

Menjamu selera dengan pelbagai makanan tersaji.
Masakan Makcik Razmah memang selalunya sedap-sedap belaka.
Setelah seketika, Makcik Razmah mengajak kami ke meja makan untuk menikmati juadah yang lebih berat. Setelah kami makan juadah yang berat itu, berat kami pun terus bertambah sebanyak 25 kilo setiap seorang. Ish ish ish! Memang berat sungguh juadah yang kami nikmati tadi.

Adik beradik. Sama tak wajah kami?
Sekali lagi ibuku bergambar bersama Pakcik Udin. Sama tak wajah mereka?
Sebelum pulang, kami bergambar dulu di halaman rumah Pakcik Udin. Laman rumah Pakcik Udin memang sangat fotogenik. Seni lanskapnya sangatlah menarik. Banyak bunga-bungaan, tumbuhan menghijau, kolam ikan dan buaian antik. Selepas puas bergambar, barulah kami minta diri dan mengatur langkah bergerak pergi. Selamat hari raya warga Petaling Jaya.

Syahmie di laman hijau.
Taman rumah Pakcik Udin memang cantik dan terbela rapi.
Amier duduk di buaian klasik.
Isteriku di taman.
Tiga beradik di buaian klasik.
Adik-beradik dan sepupu dalam lingkungan fish-eye.