m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 25, 2012

Aku dah jadi cikgu

Semalam, salah sorang kenalan aku kat gelanggang tenis memanggil aku coach. Mungkin sebab dia dok nengok aku melatih anak-anak buah aku Faiisal dan Ali bermain tenis selama dekat sejam di Tasik Titiwangsa. Termasuk hari Ahad semalam, kira dah dua sessi training aku adakan untuk anak-anak buah yang berminat. Tetapi semalam lebih bersungguh-sungguh sikit pasal aku siap bawak bola berpuluh-puluh bijik banyaknya untuk tujuan coaching.

Baru dua minggu Faiisal menjalani latihan, dia dah boleh control bola dengan agak baik, walaupun teknik pukulan yang aku ajar masih belum dikuasai. Aku sendiri pun masih belum expert buat pukulan yang aku ajar anak-anak buah aku. Itu perlu practice. Practice dan terus practice. Sempat jugak aku tunjukkan kepada mereka, bebudak belasan tahun dan bebudak sekolah rendah, lelaki dan perempuan, training tenis dengan coach sebenar. Memang jauh beza kemampuan mereka dari kami semua. Aku nak Faiisal dan Ali tumpang belajar dari pemerhatian tentang cara-cara pelajar tadi membuat pukulan. Apa yang aku paling happy ialah melihat perkembangan Faiisal yang sangat positif. Tak lama lagi bolehlah jadi sparring partner aku, kerana aku sendiri memerlukan sparring partner untuk memperbaiki permainanku. Sebenarnya kerja coaching ni taklah seseronok bermain. Tapi Faiisal ada bagi idea, dia kata kalau team kami dah ready, bolehlah lawan dengan team Hafez Wahab. Dengar tu Hafez?! He he he. Jauh lagi team kami ni... Team Hafez ada Pak Uda Hairuddin, ada Umair, ada Ad yang hebat. Pak Su, Nuar, Hafez dan sepupu mereka yang tinggi lampai tu pun boleh bermain tenis sedikit sebanyak. Nantilah. Bagi kami prepare cukup-cukup dulu. Kurang-kurang aku kena train lima orang lagi sebelum boleh cukup minimum tiga bergu.

Setelah sejam berlatih bersama anak-anak buahku, aku tumpang main dengan geng court sebelah yang kurang satu orang untuk main double. Gembiranya aku dapat bermain dengan mereka yang kebanyakannya mempunyai skill permainan yang baik. Aku partner dengan Abang Kamal. Abang Said partner dengan Abang Murad. Aku bermula slow. Kami ketinggalan 0-1. Lama-lama momentum ku meningkat. Kami leading 4-2. Dan terus leading 5-3. Tapi tiba-tiba aku pancit. Mungkit sebab kena paksa berlari oleh team lawan serta matahari dah mula terik kat atas kepala. Team lawan menyamakan kedudukan kepada 5-5. Dan akhirnya kami tewas 5-6. Aduh! Abang Kamal kecewa pasal kalah. Aku kecewa pasal banyak sangat buat silap. Tapi yang aku happy-nya ialah aku dapat main berentap dengan team yang hebat. Kena main dengan orang-orang yang hebat, barulah cepat jadi hebat. Masa berlawan tadi, Abang Kamal asyik perli aku secara bergurau, "Macam mana ni coach? Kalau pukul cantik baru boleh jadi coach. Masa coaching tadi tunjuk cara pukul dahsyat, masa main macam ni pulak." Lepas tu Abang Kamal gelak. Aku ucapkan terima kasih kepada semua geng court sebelah sebelum pulang.

Dari kiri: Pro Kennex Bronze Ace, Wilson Graphite Matrix, Wilson Pro Staff Kevlar & Wilson Pro Staff Surge - mengikut turutan pemilikan reket sejak zaman universiti dulu.

Memburu ikan-ikan yang besar

Dari seminggu ke seminggu niatku nak ke Pasar Borong Selayang untuk memburu ikan-ikan bersaiz mega terpaksa kutunda kerana terikat dengant urusan-urusan lain yang lebih penting. Akhirnya pada Sabtu lepas dapat jugak aku ke Selayang dalam keadaan separuh mengantuk untuk mencari mangsa yang selanjutnya. Aku sampai kat kawasan pasar pada jam tujuh lebih pagi. Masih banyak lagi ikan-ikan yang bergelimpangan di atas lantai untuk dibeli oleh pembeli-pembeli ikan yang tegar. Masa kat rumah lagi mak aku dah pesan suruh carikan ikan tenggiri dan ikan parang. Maka setelah bertawaf keliling pasar, akhirnya aku beli ikan parang dengan harga RM15 sekilo. Ikannya masih cantik lagi, dan ada telur kat dalam perut dia.

Cuba tengok matanya yang masih terbuka, maknanya ikan tu masih bernyawa.
Aku nampak jugak ikan tenggiri. Harganya RM20 sekilo. Aku nak cari yang lebih murah dan lebih kecil. Pusing punya pusing, aku jumpa yang lebih kecil sedikit, tapi harganya lebih mahal iaitu RM22 sekilo. Akhirnya aku terpaksa beli ikan kat tempat yang mula-mula aku nengok tadi. Berkilo-kilo ikan aku bawak balik kat rumah, termasuklah ikan sardin, kembung, dan kerisi serta udang dan kerang.

Yeahkh!! Berjaya aku menangkap ko!
Di rumah, tibalah waktu ikan-ikan perlu disiang. Sewaktu ikan tenggiri tadi hendak disiang, tiba-tiba ia melompat melentik lenting. Oh tidak! Apakah ikan ini masih bernyawa. Dan aku pun menggunakan segala kederat yang aku ada untuk bertarung dengan ikan tenggiri tadi habis-habisan, bagaikan Ultraman melawan raksasa. Setelah hampir sejam bertarung, barulah akhirnya ikan tenggiri tadi menyerah kalah. Itu pun selepas aku menggunakan pancaran laser dari silangan tangan aku. Pada waktu malamnya, kepala ikan tadi telah dibuat masak kari. Masa menjamah ikan tadi, kesan laser tadi masih terasa di lidahku. Lidahku hangit sedikit. Tapi rasa ikan tenggiri itu memang sedap. Maklumlah, ikan fresh!!!

Ikan tenggiri dah mengaku kalah...

Friday, June 22, 2012

Cakaran si hitam

Kali ni aku nak kisahkan pasal satu tragedi yang mengerikan. Sapa yang lemah semangat dan ada sakit jantung, dinasihatkan supaya jangan membaca blog entry kali ni. Ia berlaku kira-kira seminggu yang lepas. Begini ceritanya:

Pada suatu pagi, selepas aku hantar Wanie pergi sekolah, aku pun balik rumah. Kat rumah aku ternampak seekor kucing jiran yang bernama Black sedang duduk berehat kat atas tembok dekat rumah aku. Aku pun lalu menegurnya, "Hello bro. Lu apa kabar?" Black hanya memandang aku tanpa menjawab walau sepatah. Korang ingat lagi tak cerita pasal Black? Dulu aku pernah ceritakan kat dalam blog. Masa tu Black masih remaja lagi, dan dia cukup manja dengan kami. Masa tu kami panggil dia Blackie. (Rujuk blog: http://adisarahberkisah.blogspot.com/2011/02/melayan-si-kucing-hitam.html dan http://adisarahberkisah.blogspot.com/2011/02/blackie-yang-manja.html). Sekarang aku nengok Black telah semakin sombong, dan badan dia pulak dah besar macam anak harimau Benggala.

Memikirkan yang Black pernah berjinak dengan aku dulu, jadi aku pun nak dukunglah dia. Seronok dukung Black pasal badan dia berat macam anak badak air Afrika. Masa aku nak angkat tu, Black macam berasa rimas sikit. Tapi aku angkat jugak. Kemudian aku dukung dia macam aku dukung baby. Agaknya masa tu Black memang tengah tak ada mood dan tak selesa. Lalu dikeluarkan kuku dari jemarinya yang hitam yang sepanjang tiga inci setiap kuku, dan tajamnya bak pedang samurai, dan mentancapkan kuku-kuku kakinya ke dalam kulit dan daging tanganku. Adoi! Aku kesakitan. Aku goyang-goyangkan tangan ku suruh dia lepaskan dan turun dari dakapan aku. Black tak berganjak. Dia terus mencengkam kuat tanganku seperti tak nak bagi lepas langsung. Yang paling aku suspen ketika tu ialah takut-takut Black akan membaham tanganku seperti seekor singa membaham seekor rusa. Aku dalam ketakutan. Aku goncangkan lagi tangan aku sampai akhirnya Black melepaskan cengkaman padunya. Aku berasa lega. Tapi tanganku berasa sakit. Aku agak trauma tadi dengan kejadian yang sangat mengerikan itu.


Sekarang aku dah tak berani nak dukung Black. Setakat pegang usap aje bolehlah. Tapi takda aku nak angkat dia lagi. Bayangkan kucing seberat dekat 20 kilo bergayut kat tangan korang, dengan kuku terbenam dalam kulit. Sakit wooooo...!!! Nasib baik jugak kuku dia tak ada bisa. Bila aku buat kajian balik, ada dua kemungkinan mengapa Black bertindak sedemikian. Pertama, sebab dia tak selesa dan nak sampaikan mesej kepada aku supaya jangan dukung dia lagi. Kedua, sebab badan dia dah berat, maka dia agak gayat bila aku dukung dia cara dukung baby. Lalu dia berpaut kuat pada tangan aku supaya tak jatuh. Tak taulah aku yang mana satu alasan sebenarnya. Apa-apa pun, aku mesti berhati-hati ketika memegang haiwan yang semakin membesar, walaupun ia pernah jinak dulu.

Yang merah-merah tu ialah bekas kena cakar si Black yang besar dan kuat macam Badang.

Thursday, June 21, 2012

Keputusan periksa Wanie ialah...

Pagi tadi aku masuk ofis lambat sikit (macamlah selalu datang awal, kan?). Aku terpaksa pergi menghadap cikgu sekolah rendah yang ajar Wanie kat Ampang. Hari ni adalah hari ibubapa jumpa cikgu nak ambil report card. Aku tanya Wanie, dapat nombor berapa? Wanie kata tak tau. Tapi oleh kerana kawan baiknya konfiden kata yang nombor satu adalah milik kawannya itu, maka Wanie pun cakap dia dapat nombor dua dalam kelas. Okaylah tu.

Sesampainya di kelas, aku nengok ibubapa lain pun tengah duduk beratur menanti giliran nak berinteraksi dengan guru kelas. Akhirnya tibalah giliran aku dan Wanie pulak jumpa cikgu. Cikgu tu tunjuk report card Wanie. Katanya Wanie ni jenis pendiam dalam kelas (maca aku masa budak-budak dululah). Dan keputusan peperiksaan dia pun okey. Cikgu suruh maintain. Jangan tangkap selesa dan relax pulak. Aku nengok report card Wanie. Waahhh!!! Wanie dapat nombor satulah! Aku pun terus berbangga. 

Lalu aku kata pada cikgu kelas Wanie, "Cikgu, saya sangat berbangga dengan keputusan cemerlang anak saya ini. Izinkan saya memberikan ucapan sepatah dua kata sempena kejayaan anak saya ini".
"Tapi encik, ini bukan tempat berucap".
"Terima kasih cikgu, kerana telah membenarkan saya berucap".
"Tapi encik..."
"Izinkan saya berucap sekarang."
"Encik..."

Dan aku pun terus berdiri di atas sebuah meja pelajar budak, dan mengucapkan segala penghargaan dan terima kasih kepada para penyokong dan peminat seluruh Malaysia, termasuk di Singapura dan di Brunei. Ucapan aku disampaikan dengan penuh emosi selama dekat empat jam tanpa henti, sampai tertitis air mata jantanku ke bumi. Dan aku sudahi ucapan aku dengan berkata, "Lihatlah dunia! Tanpa anda, siapalah saya..."

Para ibu bapa yang datang terus memberi standing ovation dan bertepuk tangan dengan gemuruh sekali setelah mendengar ucapan yang sangat bermotivasi dan emosional itu. Dato' Haji Dr Fadillah Kamsah yang kebetulan ada kat situ pasal nak cari kunci kereta dia yang tercicir (macam mana boleh tercicir, aku tak tau. Korang kena reka sendiri cerita dia) sempat mendengar ucapan tadi lalu berkata dalam keadaan emosi jugak, "Inilah contoh mak bapak yang hebat! Contoh ya. Contohhh!"

Dan sesudah itu, kami pulang dengan perasaan bangga, sambil aku mengucapkan tahniah kepada Wanie di atas kejayaannya itu.

Hari Wanie dapat report card.
Masa untuk balik.

Wednesday, June 20, 2012

Rumahku dimasuki orang, tapi kami tetap gembira

Tengah hari semalam rumah kami dimasuki orang yang tak kami kenali. Ada dua orang semuanya. Kedua-duanya bukan berwajah familiar. Mereka tak masuk ikut tingkap atau bumbung. Tapi mereka masuk ikut pintu depan macam tetamu biasa. Kami biarkan mereka masuk secara terhormat. Sebenarnya masa tu aku tak ada kat rumah pun. Yang ada cuma isteriku, ayah ibuku, anak-anakku serta orang gajiku. Orang yang berdua tu sebenarnya nak pasang Unifi. Dah buat appoinment pun.

Antara perkakas Unifi.
Maka dalam masa yang tak berapa lama, siaplah sistem Unifi dipasang kat rumah aku. Lalu diuji, telefonnya, internetnya, dan channel tv-nya. Semua perfect. Okay, orang berdua tadi pun minta diri untuk beredar. Aku pulak kat ofis tak sabar-sabar nak balik rumah pasal nak test kehebatan sistem Unifi yang selalu digembar-gemburkan oleh banyak pihak. Lebih-lebih lagi setelah mendengar wife aku bercerita pasal anak kami Amier yang tak lekang dari terus-menerus menengok cerita kartun menggunakan channel Unifi.

Amier gembira dapat nengok kartun berjam-jam.
Di rumah, aku nengok Amier masih lagi menonton cerita kartun. Lalu aku bagi nasihat kat dia supaya jangan terlalu asyik dengan tv. Amier pun nampak gayanya faham. Memang cantik clear gambarnya. Kami dah lama ada tv plasma, tapi pakai antena dalam bilik aje. Sekarang dah ada Unifi, tengok gambar dia memanglah lagi cantik. Kemudian aku test pulak kelajuan internet dia. Aku try bukak You Tube. Memang laju. Lalu aku melayanlah video pasal mancing, dari satu video ke satu video. Bila dah laju tu kira sedaplah nak layan video, bak kata Sam Bunkface, "Tak ada buffffferrrrrringggg!" Dan di tv pulak ada satu channel pojaan hatiku, iaitu channel pasal pancing ikan. Nama channel tu ialah Outdoor Channel. Tersenyum lebar aku menonton cerita pancing ikan kat tv. Tapi wife aku kata, sekarang ni dia bagi lebih empat puluh channel untuk trial preview. Nanti lepas suatu tempoh tertentu, dia cuma bagi belas-belas channel aje. Kalau nak lebih kena order. Alamak! Macam tulah pulak, kan? Tak apalah. Sebenarnya motif aku nak bagi internet laju aje. Pasal channel tv tu kira sampingan aje. Oh ya! Kat Unifi ni tak ada channel sukan macam ESPN. Satu-satunya channel sukan yang ada ialah channel MUTV - cerita pasal bola Manchester United. Adush! Sepanjang hari boleh layan kisah MU main bola. Tapi aku rasa, kalau dah kerap sangat nengok MU main bola, die hard fan pun boleh muak jugak, nak-nak bila nengok Sir Alex Ferguson punya expression bila gol bolos. Anyway, sistem Unifi ni memang hebat. Cubalah mintak install sementara ada offer ni.

Aku jugak gumbira. Hore hore horeee!!!

Tuesday, June 19, 2012

Makan-makan di Keliang: Macam-macam jenis santai

Sabtu lepas kami ke Keliang makan steambot dan grill kat kedai makan yang diusahakan oleh kakak iparku dan suaminya. Lepas makan, kami pun kenyang. Dan bila dah kenyang, buatlah aktiviti-aktiviti sampingan, mana yang sempat. Sebelum bertolak dari rumah untuk ke Keliang, aku sempat mencapai sebatang joran teleskopik dengan kekili serta satu beg pouch yang berisi mata kail. Biasanya kalau aku nak pergi tempat yang ada potensi memancing, aku akan bawak lebih dari ini. Joran mesti sampai lima enam batang. Beg galas berisi macam-macam khazanah pancing mesti dimasukkan ke dalam boot kereta. Dan tak ketinggalan, umpan pelbagai rupa, jenis dan rasa mesti ada juga. Tapi kali ni aku bersikap ringkas, sebab tak pasti ada peluang untuk memancing atau tidak.

Kolam tinggal yang berpotensi menjerat haruan, dan konco-konconya.
Kawasan ini diberitakan ada banyak lintah.
Sesampainya di sana, aku nampak ada satu kolam tinggal, yang taklah seluas mana. Banyak rumpai yang tumbuh di dalamnya. Menengok pada jenis airnya, aku sangat pasti ikan-ikan seperti haruan banyak bersembunyi di balik semak dan reba. Dan aku jugak pasti terdapatnya ikan-ikan jenis kelah, sebarau, siakap dan kerapu bara turut bermukim di kolam yang hebat ini. Aku ambil kesempatan membaling umpan. Tapi masalahnya aku tak bawak umpan. Jadi aku pun ambillah ayam potong untuk steamboat dan dicangkukkan pada mata kail Daicii yang sangat tajam. Lepas baling, aku biarkan aje. Umpan aku langsung tak disentuhnya, walaupun setelah menunggu berkurun abad lamanya. Mungkin ikan-ikan kat sini tak makan ayam mentah. Mungkin mereka dah biasa dengan ayam grill atau steamboat.

Isteri aku pun nak try pancing jugak, selepas habis pantang bersalin.
Dah lama joran ni aku simpan bawah katil.
Baru lepas solat asar.
Pada waktu malam, selepas solat maghrib, keluarga pihak isteriku mengadakan mesyuarat keluarga. Ipar-ipar semua tak join. Anak-anak buah pun tak join. Jadi kami duduklah bersantai sambil berborak-borak kosong sesama sendiri. Nak ulang makan pun boleh sebenarnya. Tapi aku segan pulak nak berbuat demikian, walaupun perutku dah merengek-rengek nak makan sotong grill lagi. Anak-anak lari berkejaran sesama sendiri. Hingar jadi tempat makan tu. Aku terpaksa menyuruh Amier cool down sikit. Takut-takut kebisingannya akan mengganggu ketenangan pelanggan yang datang untuk makan.

Amier kebosanan. Lalu dia melukis haiwan menggunakan I-Pad.
Faridz dan Farid. (Nama kucing tu memang Farid).
Pak Uda bersembang pasal planet-planet dengan Taufik.
Along Fahmi, Thaqif dan Yaya.
Thaqif ni dengan semua orang dia peramah.
Taufik dah kebosanan. Lalu dia sms polis, bomba dan ambulan.
Satu tarikan yang agak mengujakan kami adalah aktiviti karaoke. Yang jaga mesin karaoke tu anak buah kami juga, Saiful. Jadi kira mesin karaoke tu kamilah yang conquer. Lepas satu lagu ke satu lagu kami nyanyi, termasuklah lagu Cina, Tamil, Korea, Bangladesh, Uzbekistan, dan termasuk jugak lagu Argentina. Janji ada lagu dan ada senikata. Ada satu masa tu, aku, Abby dan Faridz bergilir-gilir menyanyi sampai pelanggan semua naik rimas dan cepat-cepat nak beralih dari tempat duduk dan beransur pulang. Itulah saja cara kami nak membalas budi baik Mak Nyah yang telah membelanja kami makan. Bila pelanggan balik awal, dia taklah makan banyak. Boleh save sikit makanan untuk hari berikutnya. Turut menyanyi ialah Nana, Syura, Along Fahmi dan beberapa orang lagi.

Sessi karaoke akan bermula tak lama lagi.
Nana mendendangkan lagu Yuna.
Amier mencuba nyanyi lagu Amy Search. Pewwiiiittt!
Suara Abby memang sedap. Masa dia nyanyi lagu Jaclyn Victor -Wajah juga sedap.
Along Fahmi juga berpotensi menjadi penyanyi hebat.
Lepas habis mesyuarat, kira-kira jam 11 malam, kami pun pulang dalam keadaan penat tapi puas. Masa tu perut telah kembali lapar. Nasib baik jugaklah kami dibekalkan dengan dua bungkus nasi ayam penyet. Kami share empat beranak. Nyomp nyomp nyomp... Mmmm.... sedap... Dah kenyang, barulah kami solat isyak dan tidur. Eh, malam ni ada bola. Nengok bola dululah sebelum tidur.

Dah sampai rumah. Mari makan nasi!

Makan-makan di Keliang: Mari makan sampai pecah perut

Tiba-tiba aku dapat sms dari Kak Long isteriku menyatakan yang salah sorang kakak iparku nak adakan tahlil dan makan-makan kat tempat makan yang diusahakan oleh beliau dan suaminya. Jemputan itu akan diadakan pada time asar. Lalu aku anak beranak pun berangkatlah ke Keliang (tempat kakak iparku), kira-kira jam empat petang lebih.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Keliang taklah jauh sangat. Keliang terletak kat utara negeri Selangor. Keluar ikut Exit Tanjung Malim. Lepas bayar tol, pergi straight sampai jumpa simpang tiga. Ada traffic light. Lampu traffic light tu asyik tukar-tukar colour aje. Dah ramai orang komplen, tapi tiada tindakan yang diambil. Jadi, kalau dia keluar warna hijau, jalanlah. Kalau warna merah, berhentilah. Kalau keluar warna kuning, tekan minyak laaaaahhhh!!! Dari traffic light, belok kanan. Jangan belok kiri - itu menghala ke Tanjung Malim. Kira-kira dalam satu hingga tiga kilometer dari simpang tadi, standby nengok belah kiri. Kalau nampak khemah dengan bendera dan lampu-lampu tu, betullah itu tempat dia. Terpampang nama "Kalumpang Grill & Steamboat". Itulah nama kedai makan tu. Dan bolehlah anda parking kereta kat padang sebelah dia.

Inilah tempat makan yang kami pergi tu. Milik kakak ipar aku dan suaminya.
Sesampainya di sana, kami terus dijamu dengan durian kampung yang sedap sekali rasanya. Maka kami kongsi-kongsilah makan sebiji empat orang. Lepas tu makan kek harijadi pulak. Tak taulah aku hari jadi siapa pulak kali ni. Lepas makan kek, barulah makan steamboat dia. Kita ada pilihan, sama ada nak makan steamboat atau bakar aje. Aku minat bakar. Bahan-bahan mentah seperti daging, ayam, sotong, kepah, kerang dan sosej ada tersimpan dalam freezer. Cuma perlu pilih dan ambil. Pelbagai jenis bebola turut disediakan untuk dimakan bersama kuah sup biasa atau sup tomyam. Ada bebola ikan, bebola udang, bebola ketam, bebola sotong, bebola tapak sulaiman, bebola ikan lumba-lumba, bebola sepak takraw dan tak ketinggalan bebola bowling. Semua boleh diambil sebanyak mungkin, dimasak sendiri, dan dimakan ramai-ramai. Ambil dan makanlah sampai kenyang dan meletup perut. Asalkan jangan bungkus bawak balik atau dibazirkan. Kalau tak salah aku ada penalti kalau kita membazir kot. Satu kepala kena bayar RM20. Boleh duduk dari subuh sampai tahajjud. Aku tak sure bukak pukul perapa, tapi tutup jam 12 malam.

Makanan muqadimah ialah durian.
Wanie suka makan durian. Hari-hari Wanie makan durian.
Memasak dengan ceria, sambil makan.
Kami sampai agak awal, dan terus makan. Lepas tu kami dah tak ulang makan lagi. Banyak pelanggan yang datang selepas solat maghrib. Ramai jugak aku nengok pelanggan yang berpusu-pusu mendapatkan makanan steamboat yang hebat ini. Aku punya personal favourite ialah ayam, daging dan sotong bakar. Mmmmmm... memang sangat lazat bila dibakar sendiri dan dimakan panas-panas. Lebih-lebih lagi kalau makan tu bolot sorang-sorang, tak share dengan orang lain. Lagilah best!

Boleh grill, boleh steambot. Dua-dua enak!
Suraya dan Kak Long isteriku.
Adik beradik Yaya dan Ika.
Taufik dan Faridz tak dapat berhenti dari terus mengunyah makanan.
Wanie suka makan kepah. Hari-hari Wanie makan kepah.
Masak ketam stick pulak dalam sup tomyam.
Selain bahan-bahan mentah untuk steamboat, ada jugak disediakan nasi putih dan nasi goreng. Ada kuih muih jugak, dan buah-buahan. Air juga disediakan seperti air tebu, air kordial hajat, dan air teh-o. Air suam pun ada jugak. Kalau nak air special kena order. Mungkin kena bayar extra kot. Selain dari menu tadi, ada juga dijual ayam penyet. Itu pun kena order jugaklah. Aku makan sampai puas. Tapi pada masa yang sama ada unsur-unsur segan jugak nak makan terlalu banyak, pasal kakak ipar aku ni dah selalu benar belanja kitorang makan macam-macam. Jadi aku makan pun kira ala kadar jugaklah.

Makanan pencuci mulut. Macam-macam jenis.
Abang iparku yang muda.
Ayahanda Atan.
Kak Saba dan Kak Piah, sedang menikmati juadah.
Shahira dan Kak Esah. Durian tu terlalu sedap, kulit dia pun sedap dimakan.
Tuan punya kedai makan, kakak iparku.
Dua orang lagi kakak ipar aku, Kak Timah dan Kak Uda.
Biras aku yang super cool, Abang Zahid sedang test durian jenis Gorilla King.
Taufik dan Abby dah terlalu kenyang sampai tak boleh nak bergerak langsung.
Saiful dan adiknya Adam.
Dah sudah makan, duduklah bersantai.
Syura dan Yaya gembira pasal dapat makan free. Kalau kena bayar, mereka takkan gembira macam ni.
Mak Uda baru nak makan.
Iparku Abang Khalid mengupas durian menggunakan kuku jari kelingkingnya saja. Hebat!
Bila dah habis makan tu, apa lagi, bayarlah! Satu kepala RM20. Bebudak, aku tak tau pulak dia kira macam mana. Tukang cashier ada kat tepi gerai. Jangan malu-malu nak bayar. Tapi masa kami makan memang free-lah. Basuh pinggan pun tak payah. Datanglah beramai-ramai ke Kalumpang Grill & Steambot. Kira-kira sejam aje perjalanan dari KL. Tapi kalau naik kapalterbang, tak sampai lima minit dah sampai. Yang lambatnya cuma perjalanan nak pergi airport dan naik teksi nak pergi ke Keliang. Cubalah! Berbaloi mencuba!

Waaah!!! Ramai betul orang beratur nak bayar lepas makan. Cashier cilik berkata, "Adik kayo!! Adik kayo!!!"