m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, September 26, 2011

Jambul siapa patut dicukur? (Bahagian 1)

Beberapa minggu yang lalu terdengar suara budak-budak suruhan mencanangkan suatu agenda besar akan berlangsung. "Pesanan Tuan Besar Hairi dan Puan Besar Nadia, jambul akan dicukur! Jambul akan dicukur! Jambul akan dicukurrrr!!!" Pemuda-pemuda remaja yang kebetulan mendengar canangan itu gentar perut menerima berita itu. Kebetulan mereka sedang ghairah untuk bergaya dengan fesyen rambut jambul ala-ala K-Pop, kartun Jepun, balung ayam dan badak sumbu. Masing-masing takut seandainya jambul hensem mereka yang akan dicukur. Utusan tadi kurang jelas penceritaannya.

Pada hari yang dijanjikan, pada hari Sabtu 24 September, kami berkumpul di rumah Kak Esah. Bertolak ke rumah kakak Hairi yang cuma sepelaung jauhnya setelah kami minum pagi. Di perkarangan rumah, kami dapati ibu-ibu, makcik-makcik dari kumpulan marhaban paling top di Malaya sedang sarapan pagi. Kami sertai mereka mengambil makanan dan bersarapan. Bihun goreng yang dimasak sendiri oleh Hairi sangat enak rasanya. Aku sendiri tambah sepinggan. Ada juga kuih muih lain yang mengiringi.

Azira dan Kak Enon.
Kak Enon dan Kak Esah menikmati sarapan pagi.
Baru habis sarapan.
Adik Nadia, Emi sangat rajin pagi itu, mengemas meja, mambasuh pinggan mangkuk yang dah terpakai dan memastikan ruang makan bawah khemah sentiasa kemas. Ini semua bagi mengambil hati kakaknya agar jambul yang dimiliki Emi tidak dicukur sama pada majlis itu. 

Emi cukup rajin pagi itu. Emi sangat risau sekiranya jambulnya dicukur.
Aku tak pasti sama ada Syura sedang menyuap makanan atau sedang menjolok tekak memuntahkan makanan.
Bonda kepada bayi bernama Adrian.
Ayahanda kepada bayi bernama Adrian.
Nadia dan kakak iparnya.
Emi terus-terusan bekerja. "Wahai kakakku Nadia, janganlah kau cukur jambul hensem ku ini".
Setelah makan-makan dan minum-minum, kami bersembang sambil menunggu acara selanjutnya berlangsung. Aku lihat makcik-makcik geng marhaban siap minum air asam jawa, minum air limau suam, telan telur mentah beberapa biji, untuk memastikan suara yang akan dialunkan ketika berzanji dan marhaban nanti akan menjadi lunak dan enak didengari. Ada segelintir makcik-makcik siap buat "bubbling" lagi - brrrrrrr brrrrr brrrrrr do re mi fa so la ti do... Mereka memang profesional dan telah dilatih oleh guru vokal tersohor, Puan Siti Hajar. Dan tak lama kemudian bermulalah acara berzanji dan marhaban. Masing-masing makin gementar, menanti jambul siapakah yang bakal dicukur nanti...

Bersambung...

Hafez dan Hairi berdialog soal politik Somalia, Nigeria, Sudan, Congo, Ghana, Cameroon dan Zambia.
Abang Ngah bersantai selepas sarapan. Tak sabar nak mencukur jambul mangsa.
Makcik Intan mengajar anak buahnya, Hani tentang bahaya lepak kat tengah jalan.

Makan raya di Wong Solo

Tengah hari tadi boss aku call cakap suruh datang meeting sekarang jugak kat Bandar Baru Bangi. Lepas tu dia call lagi cakap suruh bawak semua staff kat ofis pasal nak belanja makan raya sekali. So kami pun pergilah meeting ramai-ramai. Pasal meeting tu aku tak nak ceritalah. Pasal projeklah.

Kami makan lunch dekat-dekat situ aje. Boss aku ajak makan kat restoran Jawa-Wong Solo. "Wong" tu maksudnya bukannya Mr Wong. Tapi Wong bermaksud "orang" dalam bahasa Jawa. Dan "Solo" tu bukannya bermakna single, tapi Solo tu nama satu daerah di pulau Jawa. Aku dan keluarga memang biasa makan kat Wong Solo Ampang. Tapi Wong Solo kat Bangi ni nampaknya sebegitu ramai manusia. Semua kerusi dan meja penuh dengan orang. Ingatkan nak cari tempat makan kat dapur. Pun ramai orang jugak. Last-last kami dapat jugak menyelit enam orang kat satu meja kecil. Dan bila orang dah mula beredar, kami capai satu lagi meja biar duduk kami lebih selesa.

Aku order set ayam penyet. Ada yang order set ayam bakar dan pecel lele (ikan keli). Lepas tu boss aku tambah lagi tiga pinggan sayur aneka masakan. Makan satu set memang sudah cukup mengenyangkan. Sayur-sayur yang tak habis tu akulah yang makan. Sayang nengok ia terbiar. Dah makan, kami cakap, "Terima kasih, Puan", seperti budak sekolah rendah bagi ucapan kat guru kelas. Lalu pergi ikut haluan masing-masing menuju ofis untuk menyambung kerja yang tertangguh tadi.

Ini sekadar sisa makanan yang tertinggal. Tukang makan semua telah melarikan diri jauh-jauh.

Beraya dengan Saloma

Jumaat lepas aku keluar ofis lebih awal dari biasa. Perlu menyiapkan diri dan anak-anak untuk ke Saloma Bistro untuk jamuan Hari Raya anjuran Finance Department ofis tempat wife aku bekerja. Balik rumah, mandi, berpakaian baju Melayu, dan bawak anak-anak meredah sesak jalan raya yang luar biasa hingga akhirnya sampai ke destinasi setelah azan maghrib berkumandang di udara. Ketibaan kami disambut dengan paluan kompang dan senyuman manis oleh penyambut tetamu profesional. Kami terus ke dewan makan, mengenalpasti meja kami dan beransur ke surau untuk solat maghrib.

Baru sampai dan disambut meriah bak VVVVIP.
Isteriku yang telah sampai lebih awal membantu Fida menguruskan meja santai untuk anak-anak. Ada acara mewarna lukisan sementara menanti saat perasmian malam hari terbuka yang dianjurkan. Tidak ada pertandingan mewarna, sekadar mahu menyibukkan anak-anak dengan kegiatan mewarna agar mereka tidak pula sibuk berlari ke sana sini tatkala ibu bapa sedang bersembang bersama teman-teman.

Menyiapkan perkakas untuk mewarna.
Di perkarangan bangunan MATIC.
Setelah solat maghrib, kami dijemput untuk makan, walaupun ketika itu tuan manager, Mr Kevin masih belum menyampaikan sepatah dua katanya. Kami makan nasi minyak serta kuih muih yang terhidang. Banyak jugak jenis makanan yang tersedia untuk dijamah. Aku makan ala kadar saja. Tapi aku sangat minat dengan kerepek kentang gorengnya. Ada juga kurma kambing yang tak kurang sedapnya. Al-maklumlah, aku ini memang peminat kambing sejati.

Jom cedok nasi, dan lauk pauk.
Jom makan!
Amier kaut semua udang  kat pinggan aku.
Tak lama selepas itu, Kevin (Manager) memberi ucapan dan kata alu-aluan kepada semua tetamu yang hadir. Kevin nampak segak berbaju Melayu, walaupun beliau orang Inggeris. Isteri dan anak perempuannya juga mengenakan baju kurung Melayu. Rakan-rakan yang lain semua kelihatan hebat untuk meraikan malam itu. Namun ramai juga yang tak dapat hadir kerana ada urusan lain yang menjadi hambatan buat mereka.

Kevin berbaju Melayu. Isteri dan anak perempuannya berbaju kurung.
Keluarga Kamarul.
Pak Wi dan Rosihan.
Salleh memilih juadah.
Menanti di tepi pentas untuk menjawab soalan.
Ice dan anaknya.
Malam keraian ini digemilangkan lagi dengan acara kanak-kanak, pertandingan teka jawapan, serta cabutan bertuah dan pertandingan pakaian terhebat. Anak aku Wanie dan isteriku cukup bersemangat menjawab soalan dan bermain permainan yang disediakan dan memperolehi beberapa hadiah cenderahati dari pihak penganjur. Anak-anak juga diberikan duit raya bernilai RM10 seorang. Pertandingan baju terhebat dimenangi oleh Kak Zu dan pasangannya.

Permainan untuk anak-anak.
Permainan anak-anak masih berlangsung.
Kak Zu dan suami - juara pakaian terhebat malam itu.
Eliza dan anak Hafiz.
Keluarga Kak Zu.
Syakira dan Ika, turut hadir memeriahkan majlis.
Bersama boss, Faiz.
Keluarga Hafiz.
Wajah ceria yang terserlah pada malam itu.
Keluarga Sani.
Setelah puas menjamu selera dan berborak kosong sesama rakan sekerja, acara mengambil gambar beramai-ramai pula diadakan. Ramai yang memohon diri untuk pulang selepas itu. Dan aku ada tugas lain, iaitu melukis gambar karikatur anak-anak yang ingin wajahnya dikartunkan. Anak-anak aku mengambil kesempatan ini untuk turut sama melukis di atas kertas yang tersedia. Bila jam menunjukkan pukul 10 malam, kami juga menyusun langkah untuk pulang ke rumah. Waktu itu badan masing-masing sudah sangat letih dan sudah terbayang akan dilabuhkan di atas tilam empuk di rumah. Majlis yang sangat simple tapi meriah itu akan berlangsung lagi tahun hadapan. Tapi tak taulah di restoran mana pula kami akan bersantap.

Syahmie dan Wanie asyik melukis.
Wanie khusyuk melukis.
Keluarga kakak iparku yang turut hadir.
Bergambar di perkarangan Saloma Bistro.

Saturday, September 24, 2011

Akibat makan yang tidak-tidak

Hari Sabtu semalam aku berjalan-jalan satu keluarga cari makan di rumah-rumah teman dan saudara-mara. Pagi Ahad ini aku bertekad nak bakar sikit lemak dan kalori yang dah terkumpul semalam. Tapi tiba-tiba pada awal pagi perutku dah mula meragam. Sakit bukan kepalang. Pagi ni saja dah tiga kali aku pergi melabur di bank. Sebelum keluar rumah tadi pun aku rasa perut aku masih belum betul-betul pulih. Tapi aku teruskan juga ke Tasik Titiwangsa untuk mencari peluang main tenis. 

Di Tasik Titiwangsa abang Hj Nordin tengah coaching budak sekolah. Jadi aku call Bob untuk join aku main tenis. Aku bayar court untuk jam 9-10 pagi. Sementara tunggu pukul 9 aku nengoklah abang Kamal dan isterinya stroke bola tenis. Bila jam 9 aje aku dan Bob pun terus melompat mencapai raket dan bola. Abang Hj Nordin dan abang Kamal jugak join kami. Dan kami mainlah bergu. Aku partner dengan abang Hj Nordin dan Bob partner dengan abang Kamal. Tapi perlu diingat, perut aku masih ada rasa sakit lagi. Dan semakin banyak aku bergerak dan berlari, maka semakin kuat pulaklah rasa sakit perut ku ini.

Aku main sangat teruk. Mungkin sebahagain mindaku masih terfikir soal perutku yang tak berapa stabil. Dan ketika kami tengah ketinggalan 2-3, sakit memulasku makin menjadi-jadi. Dan kebetulan Syahwal pun datang. Jadi aku pun jeritlah kat Syahwal, "Syahwal! Ganti aku. Nak kena pergi bank. Sakit perut." Aku pun bergegas ke tandas awam yang berdekatan. Bayar 20 sen dan terus masuk ke dalam. Sesampainya kat dalam tandas, semua pintu tertutup. Tandas penuh, dan siap ada dua orang lain sedang tunggu giliran. Aku pun menjerit, "Aduhai! Habislah perutku!!!" Sambil menahan sakit perut, dalam hatiku berkata-kata:

"Adduuhhh,, sssakkkittnyaa perrrutt kkkuu innii. Mmmemmmullass-mmullasss bbbaggaii bbbuahh pppuulllasssann yanggg dipulllasss-pullllasss. Cepppattllahh kkkorrraannngg kkaat dalllamm. Kennnapppa korranngg llammmbbbattt ssaangatt nnnii... Koorranngg berrrrakkk battttuuuu kkeee???" Tiba-tiba satu pintu terbuka. Seorang pakcik keluar dengan wajah berseri-seri dan penuh ceria. Aku kelam-kabut masuk dalam dan melunaskan hajatku yang dah lama tertangguh tadi. 

Selepas memerut, aku sambung main. Kali ni aku partner dengan Syahwal dan Bob masih partner dengan abang Kamal. Kami kalah 2-6. Kehebatan Syahwal sebagai pemain rank no. 1 di ATM (Angkatan Tentera Malaysia, bukan ATM Bank) tak dapat membantu kelemahan yang aku pamerkan pada perlawanan tadi. Dan hujan pun turun sebaik set habis. Kami berhenti main dan duduk rehat seketika sebelum aku  melangkah pulang. Syahwal dan Bob masih sambung main setelah hujan berhenti. Aku puas sebab dapat beraksi di gelanggang, walaupun kalah. Minggu lepas dah menang, minggu ni giliran untuk kalahlah pulak.

Yang merah tu kasut Syahwal. Yang selipar buruk tu aku punya - buat pergi toilet.

Bob dan Syahwal sedang berinternet.

Friday, September 23, 2011

Menyambut hari tua tahun ke-46

Semalam umur aku meningkat lagi setahun. Semakin mencecah setengah abad usia aku. Pokcik dah tuo. Sehari sebelum semalam, anak bongsu aku, Amier kata dia nak buat surprise untuk aku. Nak tutup lampu bilik, nanti bila aku masuk bilik, dia tiga beradik akan jerit "SURPRISE!" Dalam hati aku, dah tak surprise-lah kalau dah diberi tahu dulu. 

Jadi pada hari semalam, sewaktu aku parking kereta kat luar rumah, aku nampak Amier kelam kabut lari masuk bilik. Dia nak beri tau abang kakak dia yang aku dah balik. Bila masuk rumah, wife aku kata, "Jomlah pergi bilik sekarang. Budak-budak dah tunggu tu". Kami pun masuk. Dan seperti dijangka, anak-anak aku menjerit, "Surprise!" Tapi Amier tak puas hati. Ada benda yang tak kena. So, dia suruh buat sekali lagi. Dan kami pun keluar bilik dan kemudian masuk balik ke dalam bilik. Dan sekali lagi terdengar jeritan, "Surprise!"

"Surprise!" Tulisan Happy Birthday tu idea Syahmie.

Nota tulisan Amier.
Amier dan Syahmie bagi card birthday buatan sendiri. Wanie pulak bagi robot kertas buatan sendiri sebagai hadiah. Simple but meaningful presents. Lepas solat isyak, kami buat potong kek sikit. Mak aku buat kek cokelat yang baru dipelajarinya di buku resipi. Lepas nyanyi lagu hari jadi, tiup lilin (anak-anak aku yang tiup), potong kek, makan kek dan bergambar, majlis pun bersurailah. Itulah dia sambutan ringkas hari menua aku yang ke-46.

Kad dari Syahmie.

Robot dari Wanie.

Kad dari Amier.

Kek hari jadi.

Upacara potong kek.

Upacara bergambar.

Famili aku yang sangat aku sayangi.