m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, December 20, 2018

Sekolah agama bagi hadiah 2018: Anak-anak mendapat hadiah

Bahagian 1

21 November 2018 -  Hari penghargaan dan penyampaian hadiah bagi KAFA Integrasi Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya berlangsung lagi. Amier dijemput hadir pasal dia pun dapat hadiah di atas kecemerlangannya yang silam. Rasanya dah lama betul Amier tak naik pentas ambil hadiah. Amier memang jarang-jarang dapat nombor 1, 2 mahu pun 3. Sebab tu selalunya dia tak terlibat dalam acara yang macam ni. Tapi tahun ni ia berbeza sikit. Amier akan diberikan sedikit ganjaran. Dan aku serta isteri memang tak akan melepaskan peluang untuk hadir pada majlis yang bersejarah ini.

Guru Besar Ustaah Ainun dan Tuan Haji Norizan sedang bersedia untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar.
Hadiah nombor 2 kelas 3 Cemerlang.
Hadiah nombor 3 kelas 3 Cemerlang.
Sebahagian ibu bapa yang hadir.
Isteriku turut hadir meraikan.
Ibu bapa hadir dalam keterujaan.
Kami datang sedikit lewat. Ibu dan bapa tak begitu ramai yang hadir. Majlis dibuat dibilik darjah, di pekarangan Surau Ihsaniah juga. Aku mula mengeluarkan kamera dan mengambil gambar kesemua pelajar yang tampil ke hadapan untuk menerima hadiah. Aku beraksi macam juru foto profesional yang rasmi. Walaupun sebenarnya aku bukan. Sorang-sorang nama pelajar dipanggil. Dan flash kameraku memantulkan cahaya bertalu-talu membias cahaya di dewan kecil itu.

Ustaz Zakaria dan Ustaz Ismail duduk di barisan paling hadapan.
Hadiah nombor 2 kelas 4 Bestari - Murshid.
Hadiah nombor 3 kelas 4 Bestari.
Hadiah nombor 1 kelas 4 Cemerlang.
Hadiah nombor 2 kelas 4 Cemerlang - Irsyad.
Ibu bapa memberikan sepenuh tumpuan.
Hadiah nombor 3 kelas 4 Cemerlang - Arman.
Hadiah nombor 1 kelas 5 Bestari.
Hadiah nombor 2 kelas 5 Bestari - Ashraf.
Hadiah nombor 3 kelas 5 Bestari.
Mula-mula hadiah diberikan kepada para pelajar yang mendapat nombor 1, 2 dan 3 dalam kelas masing-masing. Yang ini tak melibatkan Amier. Kami masih menunggu giliran Amier. Panjang rasa masa berlalu. Semua nama yang dipanggil nampak gayanya masih bukan milik anak ketiga kami. Tuan Haji Norizan selaku tetamu jemputan telah diberi penghormatan untuk menganugeahkan para pelajar dengan sedikit imbuhan yang boleh menceriakan mereka. Guru Besar, Ustazah Ainun juga tekun berada di depan menghulurkan hadiah kepada Tuan Haji Norizan.

Bersambung...

Hadiah nombor 1 kelas 5 Cemerlang.
Hadiah nombor 2 kelas 5 Cemerlang.
Ustazah Ainun suruh pelajar senyum sikit tanda happy.
Hadiah nombor 3 kelas 5 Cemerlang - Aidil.
Menanti penerima hadiah selanjutnya.
Zharfan mendapat nombor satu dalam kelasnya - 6 Bestari.
Mengambil hadiah dalam keadaan gembira.
Hadiah nombor 2 kelas 6 Bestari - Syafiqah.
Hadiah nombor 3 kelas 6 Bestari - Anis.
Hadiah nombor 1 kelas 6 Cemerlang - Jafnee.
Hadiah nombor 2 kelas 6 Cemerlang - Ailif.
Hadiah nombor 3 kelas 6 Cemerlang - Khayra.

Sunday, December 16, 2018

Selamat hari jadi Sayangku

16 Disember 2018 - Semalam adalah hari jadi isteriku. Kami sambut di Hotel Holiday Inn di Glenmarie. Malamnya kami makan beramai-ramai di restoran Dr Hairi, yang diusahakan oleh anak saudaranya. Nama restoran tu ialah Aneh-aneh Cafe yang terletak di Selayang. Cerita terperinci akan aku kisahkan nanti.

Isteriku mendapat hadiah istimewa dari anak kami Syahmie yang sedang menuntut ilmu di Mesir. Sebuah lagu khas dari kejauhan:


Untuk isteriku, aku mendoakan agar kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Diampuni segala dosa kini dan yang telah silam, mahu pun yang akan datang. Diberkati hidup ini dengan segala macam kebaikan. Turut diberkati dalam kehidupan yang akan datang dengan magfirah dan ketenangan yang berpanjangan. Semoga kita disatukan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, orang-orang mukhlisin dan para ambia, di syurga tertinggi bersama sekeluarga. Ameen.



Thursday, December 13, 2018

Festival Teater Malaysia 2018: Hari keenam - Asrama-Ra

20 Oktober 2018 - Hari kelima aku menyaksikan Teater Warga S dari Melaka. Hari keenam, aku menyediakan diri untuk menyaksikan teater yang terakhir sempena Festival Teater Malaysia 2018, yang berjudul Asmara-RA, persembahan dari Universiti Malaysia Pahang. Karya Khairunazwan Rodzy, dan Arahan Fendi Shah.

Asalnya aku tak tau apa nak expect dari tajuk yang agak pelik ni. Kalau rujuk kepada posternya, macam cerita seram dan misteri. Adakah ianya sebuah cerita hantu? Ataukah ia sebuah cerita mistik dan suspen? Tatkala aku masuk ke dalam dewan auditorium, aku nampak ada katil dan almari tersusun kemas di atas pentas. Atas katil tu dah ada orang sedang baring, duduk lepak, dan ada jugak yang tengah tidur. Lama betul mereka kena berada di atas katil pasal pementasan bermula agak lewat. Para pelakon sudah tentu telah mendapat feel yang terlebih banyak.

Poster Asmara-RA.
Bila cerita bermula, dan berlangsung kira-kira 15 minit, barulah jelas ada unsur-unsur humor dalam kisah ini. Semakin lama menonton, semakin aku ingin tahu apa yang akan berlaku selanjutnya. Dalam keenam-enam naskhah, naskhah yang inilah yang aku paling suka. Cuma sayangnya FTM 2018 ini bukanlah soal olahan naskhah semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah mentafsir naskhah kepada sebuah persembahan nyata yang disaksikan oleh khalayak. Aku cukup suka kisah mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam..... Kalaulah kesimpulannya (yang diungkapkan oleh watak Nor) dapat kedengaran lebih jelas, sudah tentu aku dapat memahami kisahnya dengan lebih terperinci. 

Elemen yang menarik hatiku termasuklah perkara-perka berikut:

1. Tersedar dari mimpi kali pertama
2. Cikgu Adam menjelaskan definisi "Histeria" berkali-kali
3. Watak Tomboy sangat menghiburkan
4. Watak Cikgu Sabariah sangat mengesankan. Dan penuh humor.
5. Adegan gantung diri. (Tapi aku risau jugak tengok adegan tu, bila Nor terkial-kial nak betulkan kedudukan kepalanya ketika di tali gantung. Takut tergantung betul-betul pulak nanti).

Itu ajelah pengisahan aku tentang teater ini. 


Bergambar sesudah pementasan.
Seronok mereka. Penonton jugak seronok.
Dari Pahang mereka mari!
Tunjukkan si petualang itu!
Free style. Okay. Jom bersurai.

Monday, December 10, 2018

Festival Teater Malaysia 2018: Hari kelima - Warga S

19 Oktober 2018 - Sabar dulu tuan puan sekalian. Ada lagi beberapa episod untuk aku habiskan kisah Festival Teater Malaysia 2018. Walaupun kalian dah bosan tahap gaban, namun sabor ajelah. Tak lama lagi habis jugak kisah yang dah basi ni.

Malam semalam aku kagum menonton teater Mat Derih Kola Perlih persembahan grup TOPENG dari Perlis. Malam ini aku sepatutnya menonton teater Warga S, persembahan dari Kelab Teater Smart (KERTAS) dari Melaka. Teater ini karya dan arahan Norhan Fahmie Rayza. Tapi malam tu aku sampai MATIC agak lambat. Pintu auditorium dah tutup. Aku putuskan untuk menonton melalui layar besar putih di amphi-theatre. Di situ tiada ramai penonton. Cuma aku, dan seorang lagi penonton yang tidak kukenal namanya. Gambar di atas layar sangat jelas dan cantik. Siap ada zoom in dan zoom out lagi. Cuma audionya saja yang sangat tak memuaskan. Aku tak dapat faham butir bicara para pelakunya. Bagaimana mungkin dapat aku faham ceritanya, dan menghayati lakonan yang dibawakan. Akhirnya aku mengangkat punggung dan terus beredar dari situ. Terus ke gerai tempat makan. Perutku pun tengah lapar. Wajar aku layan kehendaknya dulu.

Warga S - kisah komuniti gelandangan bawah kolong.
Persembahan di amphi-theatre.
Panggung kosong.
Aku duduk di tempat makan sampai persembahan Warga S selesai. Sebelum tu sempat jugak aku bertemu Dean Sitara yang keluar auditorium lebih awal. Sempat bersembang ringkas dengannya. Gerai makan yang tadinya lengang kini telah dipenuhi dengan warga penggemar teater tanah air. Masing-masing membuat pesanan makan dan minum. Tembolok berasa lapar. Dan tekak berasa kering tiba-tiba.

Di warung, ada juga yang bercerita tentang teater Warga S yang baru dipersembahkan tadi. Rata-rata memuji lakonan pelaku yang membawakan watak Siti. Aku tak menonton. Terasa rugi pun ada jugak, kerana teater yang lain semua aku duduk menonton dalam auditorium. Cuma yang satu ini saja aku agak terlepas. Tak apalah.

"Wahai orang-orang kampung!" laung Pat Ibrahim.
"Hendaklah kita hidup bersatu padu".
"Izinkan saya mendendangkan sebuah lagu melankoli."
Ewan Deen datang menghampiri Pat Ibrahim.
"Sekejap lagi giliran saya pula yang akan menyanyi. Harap bersabar!"
Roslee Mansor tersentap dengan pengumuman Ewan Deen tadi.
Menanti Pak Malit.
Rashdi, BK dan Mardau.
Halim Zainal bersalaman dengan peminat-peminat dari fan club-nya.
"Jom kita menyanyi duet," ajak Pat Ibrahim.
"Tapi saya kalau menyanyi solo lagi sedap," jawab Ewan Deen.
"Kalau macam tu kita menyanyi solo, tapi serentak," jawab Pat pulak.
Menikmati jamuan di Hari Raya.
Pak Malit dan isteri menantikan ketibaan rendang ayam pencen dan ketupat.
Persidangan yang lebih serius berlangsung di sini.
Roslan Muhammad menjadi pmengerusi majlis.
"Semua under control," kata Roslan.
Rahim Jailani dan Mubarak Majid.
Strategi mantap perlu disusun.
Anwar Pisang berbincang dengan Dean Sitara mengenai buah-buahan tempatan yang mendapat sambutan di Malaysia.


Di sini juga aku berkenalan dengan beberapa teman baru seperti Supra dan Aril Ganu yang bercerita banyak pasal perkembangan teater di Terengganu. Ini sangat menarik perhatianku. Asyik aku mendengar cerita Aril. Antara tokoh teater yang disebut-sebut termasuklah Pak Marzuki Ali, salah seorang teman karib Allahyarham Ayah ku. Anwar Pisang juga tak kurang hebat ilmu teaternya. Mereka berbicara soal teater secara ilmiah. Tidak mengkritik mana-mana pihak. Semuanya ilmiah. Penuh pengisian teori dan sejarah perkembangan teater. Aku tak kisah kalau itu sekadar borak kosong. Pokok pangkalnya memang seronok mendengarkannya.


Malam ini memang tak sama dengan malam-malam yang lepas. Kita tunggu malam esok pula dengan kisah "Asmara RA!"

Supra dan Aril Ganu.
Azri Iskandar juga terlihat ada di sini.
Geng-geng TOPENG.
Hairi Safwan juga ada.
Hero Mat Derih Kola Perlih - Che Mat.
Wajah-wajah konfiden terserlah.
Selesai menjamu selera.
Siapakah gerangannya yang membuat kelakar antarabangsa di hujung sana.
Azri Iskandar terpaksa beredar dulu.
Yang lain terus bersidang.
Sampai pagi esok...