m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, January 28, 2018

Neuformation di Avillion PD: Jerangkap samar, air dan sawang lelabah

Bahagian 3

Kini kami berada di lapangan Tough Nation Team Building. Setiap team diiringi oleh seorang Marshall yang akan mencatat masa setiap aktiviti disempurnakan oleh peserta Team Building. Tugasan pertama ialah merentasi padang luas yang dipenuhi dengan jerangkap samar. Kalau setakat jalan hati-hati aje taklah menjadi masalah sangat. Tetapi yang membuatkan tugasan ini sangat mencabar ialah mata setiap peserta perlu ditutup. Dan arahan perlu diberikan oleh rakan-rakan disekeliling. Ada beberapa peserta yang terpaksa mengulangi tugasan ini beberapa kali kerana sering saja terpijak jerangkap samar yang sangat berbahaya itu. Bila tiba giliran aku, aku terpaksa menggunakan muslihat yang telah kupelajari sekian lama dari generasi ke generasi. Aku bukak lubang kecil pada penutup mataku. Maka nampak jugaklah aku akan jalan yang perlu aku lalui, walaupun tidak begitu jelas. Aku berjaya mengharungi laluan mencabar ini dengan sangat-sangat mudah.

Tron dan isteri melalui halangan pertama - padang jerangkap samar.
Mata perlu ditutup rapi.
Penglihatan jadi gelap.
Kalau terpijak jerangkap samar, tugasan perlu diulangi semula.
Kali ketiga mencuba, barulah berjaya.
Berjaya melepasi halangan berbahaya ini.
Satu lagi tugasan yang jugak tak kurang dahsyatnya ialah mengisikan air sehingga penuh ke dalam silinder yang mempunyai banyak lubang. Susah aku nak explain secara tepat. Tetapi matlamatnya ialah untuk mengeluarkan dua biji bola ping pong yang ada di dalam silinder itu tanpa menggunakan tangan. Tugasan ini boleh dikatakan agak memenatkan jugaklah. Dan kalau salah strategi, boleh mengambil masa sehingga kira-kira lima hari untuk disempurnakan.

Berebut-rebut air di pili bomba.
Bekerjasama menutup lubang-lubang pada silinder.
Anakku Amier sangat teruja dengan permainan ini.
Semua peserta basah baju masing-masing.
Tugasan sudah hampir selesai.
Seluar Amier habis lencun.
Team Warriors sedang mencuba nasib di padang jerangkap samar.
Ramai yang telah terkorban dalam acara ini.
Giliran Amier pulak untuk mencuba.
Amier terperangkap di tengah-tengah medan berbahaya ini.
Perlu mengulangi halangan ini.
Amier memberikan fokus yang tinggi sebelum berjaya melepasi halangan ini.
Ketua Team Warriors - Ar Firdaus dengan mudah melepasi halangan ini.
Aktiviti nak mengikat lembu korban di tiang ini.
Satu lagi tugasan yang menusuk kalbu adalah acara melepasi sawang labah-labah tanpa menyentuh sawang itu. Kenapa tak boleh sentuh sawang itu? Sebab kalau tersentuh sawang, nanti akan melekat. Dan kalau dah melekat, nanti tak boleh escape. Kalau tak boleh escape, nanti akan menjadi habuan labah-labah tarantula gergasi yang akan menyengat sehingga pengsan peserta itu, lalu akan dijadikan juadah makan malam bagi tarantula itu. Eeeeeeeeeiii...... This is indeed very-very-very scary!

Bersambung...

Sarang tarantula gergasi.
Siapa yang gagal akan menjadi habuan tarantula gergasi.


Saturday, January 27, 2018

Neuformation di Avillion PD: Bermulanya acara Team Building

Bahagian 2

Setelah berehat seketika di kamar hotel Avillion Admiral Cove, kami bergegas ke laman Team Building yang terletak di bahagian hadapan hotel. Kalau tak silap aku tempat tu dipanggil Tough Nation. Maksudnya warganegara yang kental. Jadi, kami datang ke sini untuk menjalani satu latihan dan misi mengentalkan diri masing-masing. Nanti kalau kena sembur dengan Client ke, atau kena sembur dengan Project Management Consultant ke, jiwa tetap kental dan tak mudah layu. Itulah matlamatnya.

Brader ni memberikan kata alu-aluan dan briefing pasal game team building ni.
Semua mendengar dengan tekun.
Team aku diketuai oleh Afiq.
Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan ada lebih kurang sembilan orang. Campur besar kecil, tua muda, lelaki perempuan, gemuk kurus, bujang berkahwin. Aku satu group dengan anak sulung aku, Syahmie. Satu group jugak dengan Afiq, Muhaimin, Tron dan Wenq. Anak aku yang lagi sorang, Amier duduk dengan group lain. Nama group kami sangat panjang - "You Never Walk Alone". Afiq yang bagi nama. Sempena sokongan padu kepada team bola sepak EPL Liverpool. Group satu lagi namanya "All Black". Macam nama team ragbi New Zealand. Dan yang ketiga diberi nama "Warriors". Tapi tak dapat dipastikan sama ada Red Warriors atau Green Warriors atau Pink Warriors.

Team All Black sedang memikirkan presentation untuk memperkenalkan team.
Team kami pulak sedang berbincang.
Wenq menutup telinga kerana terlalu confuse mendengarkan idea yang terlalu banyak dihamburkan.
Team Warriors pulak membuat perundingan.
Berkumpul kembali.
Brader membuat ucapan lagi. Kali ni mengenai subsidi baja pulak.
Lepas setiap kumpulan dah ada nama, kena pulak buat introduction untuk memperkenalkan identiti kumpulan masing-masing. Bermula dengan team All Black. Presentation team All Black sebijik macam team ragbi New Zealand tu. Dipimpin oleh Salam, mereka mengetengahkan aksi war dance  haka yang sangat menggerunkan pihak lawan. Aku sendiri menengoknya pun hampir nak terkucil dibuatnya. Hampir-hampir aku nak tarik diri dari game team building ni pasal gerun dengan corak penampilan team All Black. Kemudian team kami pulak yang tampil ke depan. Team kami punya presentation paling sempoi, paling manja, paling mesra alam, paling jiwang, paling softy. Tag line dia: "Hip Hip...... Horey" sambil tunjuk isyarat peace. Tu aje. Dan yang terakhir sekali ialah team Warriors. Aku menjangkakan satu presentation ala-ala kepahlawanan seperti - "Cissss! Bedebah kau!!!" atau "Yaaaaarghhhh!!!! Serrrraaaannnnggggg!!!!!!" Tapi yang keluar macam ni rupanya: "Wow wow wow wow... WOW Shop!" Hahahaha... Bukan WOW Shop daaaa. Tapi "Wow wow wow wow... Wow-riors!" Okay-lah tu. Kira menyeramkanlah jugak macam movie Chucky!

Berlatih untuk aksi Haka war dance.
Salam sedang memimpin tarian Haka war dance.
Presentation team kami - "Hip hip..... horreyyy..."
Team Warriors pulak buat presentation.
Dipimpin oleh Ar Firdaus (paling kiri).
Kena sign attendance sheet.
Tiga orang kuat team You Never Walk Alone - Afiq, Muhaimin dan Tron.
Team All Black.
Brader nak ajak jalan-jalan kat padang pulak.
Kami diberi taklimat oleh pengendali Team Building ni. Lepas taklimat barulah kami ke padang sukan untuk beradu kekuatan, beradu kecekapan dan beradu mental. Ada lima jenis game yang perlu dilalui oleh setiap team. Semua memerlukan team work yang padu dan bersekutu. Namanya pun Team Building. Bukannya Individual Building. Dan latihan ini memang sangat sesuai untuk kami yang bekerja dalam industri Building. "Team Building" - "Building". Got it? Ha ha.

Bersambung...

Berarak beramai-ramai menuju padang juang.
Team Warriors kena main air dulu.
Brader kata, "Korang bau busuk. Pergi mandi dulu."
Shamyl dah tak sabar-sabar nak main air.
Tetiba hotel tak ada air. Kena beratur kat pili bomba untuik dapatkan air.


Monday, January 22, 2018

Neuformation di Avillion PD: Avillion Admiral Cove

Bahagian 1

23 Disember 2017 - Setelah berkurun lamanya usaha para pembesar-pembesar negara menyiapkan kertas kerja untuk sebuah acara Hari Keluarga bagi kantor Neuformation (dalam bahasa Melayu dipanggil Neuformasi), akhirnya hasrat dan cita-cita seluruh warga Neuformation tercapai juga dengan kelulusan dari pihak perlembagaan yang menyetujui cadangan Hari Keluarga ini dilangsungkan sebelum menjelang tahun 2018. Ada beberapa cadangan awal yang telah diutarakan kepada pihak pengurusan. Antaranya termasuklah percutian 7 hari 7 malam di New Zealand dan Australia. Ada juga cadangan berkelah sepanjang hari di Gurun Sahara. Dan yang paling extreme sekali ialah aktiviti berkayak di Bermuda Triangle bersama humpback whale. Namun begitu, cadangan yang telah diterima pakai adalah percutian di Avillion Admiral Cove di Port Dickson, dua hari satu malam. Tak kisahlah tu. Janji kami dapat bercuti dengan perbelanjaan ditaja sepenuhnya oleh pihak pengurusan.

Kami antara yang terawal sampai.
Anak-anakku tak sabar-sabar nak mandi kolam.
Inilah keluarga ku.
Sedang meneliti tulisan pada poster.
Seluruh keluarga aku seramai 6 orang telah bersiap-siap pagi itu dengan penuh semangat untuk ke Port Dickson. Dan kami tiba di destinasi pada kira-kira jam 2 petang. Sesampainya di sana, aku nampak kelibat Akmal, Hafeez dan Salam. Salam barangkali yang paling awal sekali tiba. Khabarnya sebelum subuh sudah tercegat di depan pintu hotel. Pak guard pun belum tersedar lagi dari lenanya. Kami yang awal terus mendaftar. Keluargaku dapat dua bilik pasal ahlinya ramai. Kami ambil dua bilik jenis single bedded. 

Tuan Salam - yang terawal tiba di lokasi.
Tiga yang terawal.
Tiga yang paling bersemangat.
Amier dan Sabriena bersantai-santai di ruang lobi.
Melihat kelibat ikan yang bermain-main di air.
Amier ternampak kelibat killer whale dan ikan lumba-lari.
Antara yang mengujakan kami sudah tentulah marina di bahagian belakang hotel yang menakung air laut yang cantik dan menyimpan khazanah ikan-ikan gred A1 yang mendiami kawasan itu. Kami sempat memberi ikan-ikan di air makan roti. Roti yang kami lempar disambut baik oleh penghuni air. Dalam benakku terfikir-fikir, mungkinkah aku akan berpeluang memancing di sini? Aku telah membawa bersamaku  5 batang joran untuk menjadi nelayan bila ada kelapangn nanti. Aku bertanya dengan salah seorang pekerja hotel yang kebetulan lalu di sebelahku. Kata anak muda itu, kawasan marina itu adalah kawasan larangan memancing. Punah luluh harapanku bila mendengrkan jawapan itu. Kakiku melemah. Aku rebah melutut dan terbaring kerana kekecewaanku itu (over lah pulak, kan?)

Setelah mendaftar dan mengambil kunci, kami terus ke kamar untuk melabuhkan tubuh-tubuh kami yang sangat letih di atas tilam bilik hotel yang sangat empuk. Acara selanjutnya adalah acara Team Building di laman extreme. Acara akan bermula setelah solat asar.

Bersambung...

Melihat kawasan marina di belakang hotel.
Syahmie membawa gitar ke mana-mana sahaja.
Keluargaku sangatlah teruja.
Akmal dan Salam di kawasan lobi hotel.
Kunci telah diambil. Kami akan ke bilik untuk berehat seketika.

Friday, January 19, 2018

Tenis tahun baru dengan teman lama

13 Januari 2018 - Selamat tahun baru semua! Lama jugak aku tak menulis kan? Selalu ada saja hal yang lebih penting yang perlu aku dahului. Bila lapang aje, tubuh dan mental sudah agak keletihan. Lalu tak menulislah aku.

Okay. Tak apa. Tahun ni aku nak membuka tirai blog 2018 dengan berkisah pasal tenis. Pada hari tersebut, kelab tenis TTC ada buat close tournament main double. Aku tak dapat join. Jadi aku booking lah court kat Kompleks Tenis Jalan Duta. Aku ajak kengkawan lama aku. Yang confirm nak datang ialah Hj Noris dengan Hariz, dan Hanafi. Manakala aku akan membawa Syahmie untuk join main tenis. Cukuplah korum.

Main tenis dengan Syahmie, Hj Noris, Hariz dan Hanafi.
Main kat indoor court Jalan Duta pasal cuaca sedang hujan.
Asalnya aku booking outdoor court. Tapi pagi tu hujan masih renyai-renyai turun. Court masih basah. Orang kat kaunter tu tanya aku, "Nak main indoor court?" Aku terus jawab, "Nak!" Kebetulan memang ada court kosong masa tu. Cuma indoor court ni mahal sikit sewanya. Dan agak gelap jugak. Tapi tak kisahlah. Asal dapat main tenis dengan teman lama kira okay lah tu.

Dengan kawan lama UTM  - Hj Noris.
Bersama Syahmie, Hariz dan Hanafi.
Baru lepas berentap selama hampir tujuh jam dalam perlawanan single yang berkesudahan seri.
Kami semua ni bukanlah pemain tenis yang hebat. Asal boleh pukul bola sikit-sikit kira okay lah tu. Anak sulung Noris, Hariz baru first time main kat court. Good experience for him. Kami main dua set aje. Lepas tu bersurai pasal dah pukul 11 pagi. Tu ajelah. The end.

Combination dua ayah dan dua anak lelaki.
Kita berentap lagi pada lain masa.