m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, April 16, 2014

Taufiq dah bergelar suami: Majlis meriah

Bahagian 1

23 Mac 2014 - Sepupuku, Taufiq telah selamat bernikah pada kira-kira tiga minggu yang lalu, dan kini menjadi seorang suami. Majlis resepsi dibuat di Cheras. Kami tiba di dewan majlis pada kira-kira jam 1.15 tengah hari. Terus beratur mendapatkan makanan dan makan di meja bulat sampai kenyang.

Anak-anak kami empat orang semuanya ikut ke majlis meraikan pakcik saudara mereka, Taufiq.
Ayahku cukup berselera menikmati makanan tengah hari.
Bersama anak bongsu kami - Sabriena.
Kami tak bagi Sabriena makan sendiri. Nanti comot seluruh pakaian dan wajahnya.
Ibuku dalam wheelchair bertemu pakcikku yang jugak dalam wheelchair.
Bersalaman adik dan abang.
Adikku bersama sepupu kami - Hashimi.
Pakcik Tahar a.k.a. bapa pengantin bersama salah sorang jemputan.
Ibuku bersama saudara-mara.
Sepupu kami a.k.a. adik pengantin - Fazura.
Setelah habis makan, kami berlegar-legar di ruang dewan, berjumpa dengan saudara-mara yang turut hadir. Bersembang panjang tentang isu-isu semasa seperti kehilangan MH370, kehilangan budak-budak kecil yang kena culik, kehilangan kasut di masjid-masjid, dan kehilangan ingatan dalam banyak drama-drama sinetron Indonesia.

Pakcik Tahar tunggu di luar bagi menyambut ketibaan tetamu.
Yana dan Amier menanti waktu untuk pulang.
Sabriena dengan nenek saudaranya - Wak Bun.
Syahmie memimpin datuknya keluar dewan.
Beramah mesra sanak-saudara.
Isteri dan adikku bersama Fazura.
Pakcik Jamil mendengar dengan penuh prihatin bila ibuku bercerita pasal kehilangan MH370.
Adikku geli hati bila melihat Makcik Mini buat muka kelakar.
Yana dan Sabriena.
Sabriena dan Yana.
Yana tolong babysit Sabriena yang memang suka berjalan mundar-mandir.
Tetiba pengumuman akan ketibaan kedua pengantin diucapkan oleh DJ yang bertugas, "Pengumuman-pengumuman, ibu-ibu, bapak-bapak, siapa yang punya anak, bilang aku, aku yang tengah malu, ada pengantin mau lalu..." Kedua-dua pengantin berpakaian serba putih bagaikan salji. Pengantin berjalan tertib, perlahan dan berhati-hati. Bergerak selaju 1/4 kilometer sejam. Namun, lambat-lambat pun akhirnya sampai juga ke atas pentas, di singgahsana pelamin. Kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan. Dan terserlah kecerian pada wajah kedua-dua mempelai.

Bersambung...

Pengantin baru masuk ke dalam dewan.
Taufiq suruh pengapit lelaki kipas kuat-kuat sikit pasal dia sedang kepanasan.
Melangkah perlahan-lahan ke arah pelamin.
Sedondon berbusana warna putih melati.
Pengantin berasa kagum bila melihat orang ramai berasa kagum dengan kehebatan pengantin.
Budak pembawa bunga manggar nak mintak kebenaran untuk join pengantin naik ke atas pelamin.
Raja dan permaisuri sehari.
Meneruskan perjalanan ke pelamin di atas pentas.
Pakcik dan makcikku - Wak Ros dan Wak Bun.

Thursday, April 10, 2014

Tempoyak kenduri kahwin

8 Februari 2014 - Kami pergi ke satu jemputan majlis resepsi perkahwinan anak saudara kawan kami di Jabatan Saliran dan Pengairan di Ampang. Ali dan Saleh pun ikut kami jugak ke majlis yang sangat meriah tu. Kami sampai memang time orang tengah makan tengah hari. Maka sangat ramailah para tetamu yang hadir. Kebanyakan dari mereka kami tak berapa kenal pun. Tapi kami tetap meraikan pengantin dengan perasaan ceria dan happy.

Sedang menikmati juadah yang sangat hebat.
Ali turut berasa terharu dengan kesedapan tempoyak kampung asli.
Tak berapa lama kami berada di sana, pasangan pengantin pun tibalah dengan diiringi paluan kompang yang menggegarkan dewan dengan hingar yang membauri angkasa. Pengantin berpakaian sedondon warna merah saga. Mereka bagaikan buah strawberi merah dibelah dua. Masing-masing menguntum senyuman manis bak air sirap warna merah. Maklumlah, kini dah ada peneman hidup mendampingi sepanjang hari.

Pasangan pengantin baru tiba ke dalam dewan dengan wajah berseri-seri. Mesti sebab pakai sabun Breeze!
Sedondon merah.
Ustaz jemputan membacakan doa selamat dan berkat buat pengantin. Dan kami dan seluruh para tetamu mengaminkan doa. Amin. Kemudian doa makan dibacakan oleh kami. Ini bermakna masa untuk makan telah tiba. Dan aku terus beratur di meja hidangan. Aku nampak ada nasi minyak, dan ada juga nasi putih. Aku memilih nasi minyak. Setelah kucedok sepinggan nasi, aku baru perasan ada lauk-pauk hebat seperti daging masak lemak cili api, dan ada tempoyak spesel jugak. Aku taruh semua lauk tu dalam pinggan. Tak kisahlah walau pun tak berapa matching lauk dan nasi. Janji boleh masuk dalam mulut dan simpan dalam perut.

Mengaminkan doa.
Saleh dan Amier turut berdoa.
Tempoyak misteri nusantara yang menjadi bualan hangat dan menjadi kegilaan para remaja generasi X dan Y.
Ali sangat teruja bila menikmati tempoyak.
Mata Ali terbeliak besar bila tempoyak mencecah tekak.
Dan di tempat duduk, aku pun mula mengunyah makanan yang telah kuambil tadi. Bila lemak daging yang tergaul dengan tempoyak kampung asli menyentuh lidahku, aku bagaikan terkedu bercampur terharu dengan kehebatan rasa makanan itu yang sangat-sangat tidak kujangka. Dan untuk seketika waktu aku bagaikan terkhayal dan ter-high dengan penangan tempoyak tadi. Melihat keadaanku yang bagaikan sedang ting-tong dek ganja, para tetamu yang kebetulan merupakan pegawai polis datang menyergahku. "Apasal awak macam mabuk ganja je ni? Awak ambil dadah ya?" Aku terkejut, lantas menjawab, "Tak encik, errr... datuk! Saya makan tempoyak ni aje. Tetiba saya jadi macam gini." Macam-macam soalan ditanya pegawai-pegawai polis tadi sebelum akhirnya aku dilepaskan. Kerana apabila mereka merasa tempoyak yang disajikan, mereka pun turut sama-sama tersandar dan terkhayal macam aku tadi.

Sedang berborak dengan Azleen.
Bersama Azleen.
Masing-masing mencedok nasi untuk disuapkan ke mulut pasangan.
Bukak mulut! Aaaaammmm...
Bergambar dengan pengantin.
Tumpang glamer pangantin.
Kek kondominium tiga tingkat.
Selepas puas makan, sempat jugak kami bergambar dengan pengantin, beramah mesra dengan kengkawan yang kami kenali, dan dengan ahli keluarga tuan rumah. Setelah seketika berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling kami, kami pun memohon diri dari ibu dan bapa pengantin. Terima kasih kepada tuan rumah dan seluruh keluarga. Dan tahniah jugak kepada pengantin dua sejoli. Semoga kehidupan selepas ini lebih diberkati dan dirahmati Allah. Amin.

Sesaja aje aku ambil gambar brader hensem ni.
Ratu pun kelihatan berseri-seri demi meraikan kakak sepupunya.
Abang Hashim bertugas sebagai pengawal pintu gerbang merangkap penyambut tetamu.
Bergambar dengan sebahagian keluarga pengantin.
Wajah-wajah ceria di hari meraikan pengantin.
Bersama kengkawan akrab.
Di bawah gerbang diraja.
Tuan rumah menyambut tetamu.
Ayah pengantin.
Bersama ayah dan ibu pengantin.
Terima kasih kerana menjemput kami.

Saturday, April 5, 2014

Jemputan ke majlis perkahwinan di Cheras

29 Mac 2014 - Kawan ofis wife aku, Kak Hazi dan suami mengahwinkan anak mereka pada hari ni kat Cheras. Kami sampai kat lokasi kejadian agak lewat. Memang selalu jugaklah kami pergi jemputan wedding bila dah lewat petang. Itu kira dah menjadi kebiasaan kami. Tapi kami tak kisah. Yang penting kami kena datang bagi meraikan kawan kami ini.

Amier sedang menikmati nasi minyak.
Syahmie sedang mengukur keluasan bukaan mulut sebelum menyuap nasi.
Semua orang makan nasi. Tapi Sabriena lebih cenderung untuk makan cokelat.
Sabriena kemam cokelat. Tapi tak telan. Mama terpaksa keluarkan cokelat dari mulut Sabriena.
Sampai-sampai aje kami terus makan. Memang makanan dah tinggal sikit. Tapi untuk kami berenam beranak, sudah lebih dari cukup. Apa yang menarik mengenai makanan yang dihidangkan adalah, dia punya teh tarik, dan aiskerim macam kat MacDonald's. Terujanya aku! 

Mulut Sabriena penuh dengan cokelat.
Menyediakan aiskerim. Terbaek!
Amier seronok dapat makan aiskerim.
Bergambar dengan skuter vintage.
Cantik berkilat skuter ni.
Selepas makan, sempat jugak kami bergambar dengan pengantin. Siap ada motor skuter yang klasik kat depan pentas. Cantiknya skuter tu. Kilat menawan! Mungkin skuter tu akan digunakan oleh pengantin untuk pergi honeymoon nanti kot. Selamat pengantin baru kepada pengantin. Dan selamat menerima menantu kepada Kak Hazi dan suami.

Bergambar bersama pengantin baru.
Kami pakai baju konsep purple.
Seluruh anak beranak bersama pengantin baru.

Jiranku kahwinkan anak di Risda

23 Mac 2014 - Jiranku Abang Haji Mohd Nor dan Kak Hajjah Ros mengahwinkan anak keduanya yang bernama Husni pada hari ini. Kebetulan pada hari ni jugak ada majlis perkahwinan sepupuku, Taufiq. Jadi kami tiba di Risda, tempat majlis kahwin anak jiranku agak lewat jugaklah. Dekat pukul 4 petang jugak rasanya. Aku ingatkan makanan dah habis, tapi bila sampai sana, masih banyak lagi makanan tersaji. Dan kami bukan yang paling last sampai situ rupanya. Ada lagi tetamu yang sampai lebih lewat dari kami.

Farid turut membantu keluarga Abang Haji Mohd Nor.
Farid bersama kengkawannya.
Dah lewat, tapi masih ramai tetamu yang hadir.
Aku personally memang dah kenyang. Tapi bila aku nampak ada kuih tako, tapai pulut, dan kuih bahulu, dipadankan pulak dengan teh tarik kelas pertama, aku sangatlah teruja. Aku ambil teh tarik sampai dua gelas. Kuih bahulu aku celup dalam teh tarik. Memang terbaik! Dan tapai pulut, memanglah favourite aku jugak. Setelah puas makan petang, kami mintak diri untuk pulang. Tahniah buat seluruh keluarga Abang Haji Mohd Nor.

Kami yang gembira sebab puas makan makanan yang sedap.
Farid dan Haris (adik Husni).
Husni dan isteri.
Isteri dan Husni.