Bahagian 1
23 Mac 2014 - Sepupuku, Taufiq telah selamat bernikah pada kira-kira tiga minggu yang lalu, dan kini menjadi seorang suami. Majlis resepsi dibuat di Cheras. Kami tiba di dewan majlis pada kira-kira jam 1.15 tengah hari. Terus beratur mendapatkan makanan dan makan di meja bulat sampai kenyang.
 |
Anak-anak kami empat orang semuanya ikut ke majlis meraikan pakcik saudara mereka, Taufiq. |
 |
Ayahku cukup berselera menikmati makanan tengah hari. |
 |
Bersama anak bongsu kami - Sabriena. |
 |
Kami tak bagi Sabriena makan sendiri. Nanti comot seluruh pakaian dan wajahnya. |
 |
Ibuku dalam wheelchair bertemu pakcikku yang jugak dalam wheelchair. |
 |
Bersalaman adik dan abang. |
 |
Adikku bersama sepupu kami - Hashimi. |
 |
Pakcik Tahar a.k.a. bapa pengantin bersama salah sorang jemputan. |
 |
Ibuku bersama saudara-mara. |
 |
Sepupu kami a.k.a. adik pengantin - Fazura. |
Setelah habis makan, kami berlegar-legar di ruang dewan, berjumpa dengan saudara-mara yang turut hadir. Bersembang panjang tentang isu-isu semasa seperti kehilangan MH370, kehilangan budak-budak kecil yang kena culik, kehilangan kasut di masjid-masjid, dan kehilangan ingatan dalam banyak drama-drama sinetron Indonesia.
 |
Pakcik Tahar tunggu di luar bagi menyambut ketibaan tetamu. |
 |
Yana dan Amier menanti waktu untuk pulang. |
 |
Sabriena dengan nenek saudaranya - Wak Bun. |
 |
Syahmie memimpin datuknya keluar dewan. |
 |
Beramah mesra sanak-saudara. |
 |
Isteri dan adikku bersama Fazura. |
 |
Pakcik Jamil mendengar dengan penuh prihatin bila ibuku bercerita pasal kehilangan MH370. |
 |
Adikku geli hati bila melihat Makcik Mini buat muka kelakar. |
 |
Yana dan Sabriena. |
 |
Sabriena dan Yana. |
 |
Yana tolong babysit Sabriena yang memang suka berjalan mundar-mandir. |
Tetiba pengumuman akan ketibaan kedua pengantin diucapkan oleh DJ yang bertugas, "Pengumuman-pengumuman, ibu-ibu, bapak-bapak, siapa yang punya anak, bilang aku, aku yang tengah malu, ada pengantin mau lalu..." Kedua-dua pengantin berpakaian serba putih bagaikan salji. Pengantin berjalan tertib, perlahan dan berhati-hati. Bergerak selaju 1/4 kilometer sejam. Namun, lambat-lambat pun akhirnya sampai juga ke atas pentas, di singgahsana pelamin. Kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan. Dan terserlah kecerian pada wajah kedua-dua mempelai.
Bersambung...
 |
Pengantin baru masuk ke dalam dewan. |
 |
Taufiq suruh pengapit lelaki kipas kuat-kuat sikit pasal dia sedang kepanasan. |
 |
Melangkah perlahan-lahan ke arah pelamin. |
 |
Sedondon berbusana warna putih melati. |
 |
Pengantin berasa kagum bila melihat orang ramai berasa kagum dengan kehebatan pengantin. |
 |
Budak pembawa bunga manggar nak mintak kebenaran untuk join pengantin naik ke atas pelamin. |
 |
Raja dan permaisuri sehari. |
 |
Meneruskan perjalanan ke pelamin di atas pentas. |
 |
Pakcik dan makcikku - Wak Ros dan Wak Bun. |
No comments:
Post a Comment