m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, March 18, 2013

Periksa badan

Pada kira-kira bulan lepas, aku dan isteri membawa kedua orang tuaku ke Prince Court Medical Centre untuk buat pemeriksaan badan. Dulu pun aku dah pernah buat sekali kat sini. Sekarang aku bawak parents aku pulaklah. Selain dari mengambil darah, ada jugak pemeriksaan air kencing, mata, telinga, jantung, organ dalaman, kecekapan bertutur dalam bahasa Sepanyol, dan jugak dilakukan ujian SPM menggunakan soalan tahun 2008 bagi subjek Matematik Tambahan, Sejarah dan Kimia. Berpeluh jugaklah mak ayah aku nak menjawabnya. Selepas dah habis buat ujian, mereka dijamu dengan makanan ringan seperti gula-gula kapas dan roti tisu. Setelah seketika menanti, barulah kami diberi peluang untuk berjumpa dengan doktor bagi menjelaskan atau menyimpulkan keadaan kesihatan mak dan ayah berdasarkan keputusan peperiksaan tadi. Ayah aku dapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran  Sejarah. Maka doktor merumuskan bahawa ayah aku memang minat dalam bidang kesenian. Memang betul pun. Dan mak aku pulak cemerlang dalam bidang Matamatik Tambahan dan Kimia. Ini bermakna mak aku memang pandai manage duit dan pandai memasak. Huraian doktor tadi memang bertepatan dengan ciri-ciri yang ada pada kedua orang tuaku. Setelah keputusan dan penjelasan diperolehi, kami pun pulanglah ke rumah dengan perasaan senang hati.

Ayahku sedang mendengar irama lagu-lagu keroncong kegemarannya.
Petugas sedang menyuruh ayahku mengangkat dumbbell seberat sebuluh kilo menggunakan sebelah tangan.
Ayahku sedang membuat test suara menggunakan mikrofon special - testing, testing, one two three...

Thursday, March 14, 2013

Isabel dah beranak

Akhirnya Isabel pun beranak. Anak yang dilahirkan ada lima ekor semuanya. Masa baru lahir, anak-anak Isabel nampak macam colour hitam semuanya. Bila dah besar sikit barulah nampak corak badan mereka dengan lebih jelas. Nama anak-anak Isabel adalah seperti berikut: Upin, Apin, Gopal, Ying dan Yaya. Tapi sampai sekarang aku masih tak tau pemilik nama-nama anak kucing tu secara khusus. Isabel tak macam kakaknya Brownie. Dia sangat tekun dan pandai menjaga anak secara bertanggungjawab. Sedangkan Brownie, kami terpaksa kurung dia dengan anak-anak supaya dia tak lari dari menunaikan tanggungjawabnya menjaga anak-anak. Anak-anak Isabel kami simpan dalam kandang besar. Kalau nak menyusu, Isabel akan mengiau mintak masuk kandang. Kalau dah menyusu, Isabel akan mengiau lagi nak mintak keluar kandang pulak. Kami ada jugak ajar Isabel suruh sebut "masuk" dan "keluar". Tapi lidah Isabel nampaknya sangat payah nak menyebut perkataan-perkataan yang kami ajarkan kepadanya. Nanti kalau anak-anak Isabel dah semakin remaja, kami akan pindahkan pulak mereka ke sangkar belakang rumah, sampailah mereka cukup besar untuk dibebaskan. Aku rasa kat belakang rumah aku nanti akan jadi zoo kucing gamaknya. Asalkan kucing-kucing kami ni semua tak menyusahkan jiran-jiran, sudahlah.

Isabel melayan anak-anaknya.
Isabel - ibu kucing yang bertanggungjawab.

Apa dah jadi pada keretaku?

Jumaat lepas aku pergi meeting kat Bangsar South, dekat dengan Kampung Kerinchi. Meeting yang aku jangka sekejap, telah berlanjutan hingga berhari-hari, malah berminggu-minggu lamanya. Habis meeting kira-kira jam 12.30 tengah hari. Aku bergegas ke tempat letak kereta kat basement. Aku bercadang untuk solat Jumaat kat Subang. Aku perlu memandu laju, meredah highway yang sesak macam pasar basah Chow Kit. Aku perlu memandu seperti pro. Macam Alonso. Macam Schumacher. Macam Hamilton. Macam lipas kudung! Yah! Aku pun membuka pintu kereta menggunakan kunci. Eh! Pintu tak boleh dibuka. Oh! Silap kunci rupanya. Aku terguna kunci pintu rumah. Setelah pintu kereta dibuka, aku masukkan kunci kereta ke dalam ignition. Tak boleh masuk! Eh! Silap lagi. Aku terguna kunci kereta ayah aku rupanya. Setelah kunci keretaku berada pada posisi yang sebenar, aku lantas memulas kunci. Tak bolehlah pulak! Adohai! Rupanya aku salah putar. Aku pergi putar arah lawan jam. Memanglah tak boleh. Aku pun putar ikut arah jam. Keluarlah bunyi " Hikhikhik heeeeeeeiiiiikkkkk...." Eh! Kenapa pulak ni. Enjin macam nak hidup, tapi minyak macam tak sampai. Aku cuba berkali-kali. Kalau tak silap aku ada dekat empat juta kali aku try. Enjin kereta masih tak boleh dihidupkan. Aku hampir kecewa...

Bangsar South - tempat di mana aku bermesyuarat.
Lalu aku kontek sepupu aku, Hisham yang kebetulan merupakan sorang mekanik kereta. Hisham mengatakan kepada aku tentang beberapa teori yang boleh menyebabkan perkara sedemikian berlaku. Teori pertama, mungkin kerana minyak dalam tangki kereta aku tu telah menjadi minyak sawit secara tiba-tiba. Teori kedua, mungkin tayar keretaku itu kurang angin. Teori ketiga, mungkin air untuk wiper cermin dah habis. Teori keempat, mungkin minyak dalam tangki dah habis. Dan teori kelima, mungkin pam minyak dekat dalam tangki dah rosak. Lalu kami rumuskan bahawa kereta aku telah mengalami kerosakan pada pam minyaknya. Aku tau, aku tak boleh ke mana-mana tanpa keretaku. Dan aku bagaikan telah terkandas di padang pasir Gurun Sahara, seorang diri di bawah terik mentari merah di ufuk timur. Aku cari jalan, macam mana nak ke masjid yang paling hampir untuk solat Jumaat.

Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan warga Bangladesh berkain pelekat  dan berkupiah sedang berjalan kaki di kawasan parkir. Agak aku, tentu mereka ini hendak ke masjid. Lalu aku pun mengekori mereka dari belakang, secara berhati-hati. Bila sampai ke satu jalan mati, warga Bangla tu bagaikan terpinga-pinga dan hilang arah tuju. Alamak! Rupanya mereka pun tak tau jugak arah ke masjid. Lalu aku explore sendiri, dan menemui sebuah masjid bersebelahan Bangsar South. Sangat dekat! Yes. Dan aku pun terus ke sana untuk mendirikan solat Jumaat.

Limpahan minyak dari keretaku di atas lantai.
Setelah solat, aku ke pondok polis berdekatan. Aku tanya, kat mana ada bengkel kereta yang paling dekat. Sorang pegawai polis dari Sabah memberi panduan kepada ku cara-cara untuk ke sana. Aku ingatkan dia nak tumpangkan aku pakai motor ke, pakai kereta peronda ke, pakai kereta kebal ke, pakai kapal selam ke... Rupanya aku kena menapak dekat setengah kolimeter untuk ke sana. Aku jumpa orang bengkel, Dan memberi tahu beliau akan posisi kereta ku. Dia kata kejap lagi dia akan datang, dan suruh aku tunggu kat pondok polis. Aku berbuat yang demikian. Nampak gayanya aku kena menapak lagi setengah kilometer untuk ke pondok polis pulak.

Setelah menanti untuk seketika, orang bengkel pun datang dan menengok keadaan keretaku. Beliau membuat beberapa kajian dan percubaan untuk menghidupkan enjin. Gagal! Lalu orang bengkel tu kata kena tarik  aje kereta tu. Kena bawak ke bengkel untuk di-repair. Aku tak ada pilihan lain melainkan terpasa bersetuju dengan cadangannya itu. Mamat bengkel tu lantas bagi nombor kontek lori tunda milik adiknya. Oh ya, sebelum tu, mamat bengkel tu ada cabut beberapa bijik screw dari enjin kereta. Masa aku suruh dia pasang balik, dia kata dah pasang. Dan aku pun percayalah cakapnya. 

Aku tak terus memilih untuk mendapatkan khidmat lori tunda milik adiknya itu. Sebaliknya, atas nasihat sepupuku Hisham, aku telah menelefon ejen insuran keretaku dan berjaya mendapatkan perkhidmatan menunda kereta secara percuma. Dan aku juga bebas untuk memilih mana-mana bengkel kereta untuk me-repair keretaku. Akhirnya lori tunda pun sampai. Sewaktu nak menaikkan kereta aku ke atas lori, ternampak limpahan minyak petrol yang agak banyak di atas lantai. Dalam hatiku terfikir, mungkinkah paip minyak yang bocor sebenarnya hingga menyebabkan minyak tumpah? 

Keretaku ditunda ke sebuah bengkel berhampiran dengan rumahku. Mekanik kat situ pulak buat kajian. Amboi! Banyaknya minyak tumpah! Periksa punya periksa, rupanya mamat yang mula-mula check kereta aku tu, tak pasang balik screw dia. Ish ish ish... Jahat sungguh orang itu membiarkan enjin keretaku terkontang kanting tak diperbetulkan. Aku terpaksa meninggalkan kereta aku kat bengkel untuk seharian. Hari esoknya aku bawak pulang keretaku. Confirm! Pam minyak keretaku memang bermasalah. Kos repair kereta kira-kira RM260. Banyak jugak duit yang perlu aku belanjakan. Tapi at least kereta aku dah sihat walafiat sekarang. Syukur...

Keretaku di atas lori tunda. Merasa juga kereta aku naik lori.



Tuesday, March 12, 2013

Berjumpa dengan pemain tenis handalan

Komuniti pemain tenis di Titiwangsa dah semakin besar gamaknya. Dan kenalanku jugak dah bertambah ramai. Dulu aku banyak bergaul dengan golongan senior dan orang-orang pencen. Tapi kebelakangan ni, aku bertambah kenalan dari golongan pemain tenis berusia dalam lingkungan 30an. Dan kebanyakan mereka ini adalah pemain-pemain yang agak hebat. Tak terkejar aku dengan tempo permainan mereka. Antara kenalan baru aku tu ialah Faisal dan Emi. Sorang orang Terengganu. Sorang lagi orang Pahang. Dua orang player ni memang jenis pukul sekuat hati punya. Punyalah kuat pukulan mereka, kalau kena dinding, boleh pecah dinding. Kalau kena lantai, boleh retak lantai. Kalau menghala ke langit, boleh terkena satelit di angkasa. Itu yang kekadang korang nengok siaran Astro gambar tak clear tu. Pasal diorang nilah sebenarnya. Apa-apa pun, aku sangat beruntung dapat sparring dengan dua orang ni. Mudah-mudahan skil permainan aku sendiri akan meningkat sedikit demi sedikit.

Faisal dan Foong.

Monday, March 11, 2013

Birthday Amier yang ke-7

Sebenarnya birthday Amier dah berlangsung pada bulan lepas, pada 7 Februari lepas. Tapi cuma baru sekarang aku sempat nak mengisahkannya pada semua orang. Sambutan birthday kali ni sangatlah simple. Mak aku a.k.a. nenek Amier buatkan kek cokelat. Wife aku a.k.a. mama Amier buat decoration pada kek tu. Dan kami berkumpul kat ruang tamu, menyanyi dan makan kek ramai-ramai kat situ. Nasib baik jugaklah Amier pun tak mintak apa-apa yang lebih dari tu. Cukuplah sambutan yang macam ni aje tatkala ekonomi tengah tak berapa mantop ni. Tahun ni umur Amier cukup 7 tahun. Masuk darjah satu sekolah rendah. Semoga Amier terus membesar menjadi insan yang tinggi taqwanya kepada Allah, dengan akhlak yang mulia, dan menjadi da'i serta menggenggam kukuh sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Semoga menjadi insan yang berjaya cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin!

Kek birthday Amier.
Bersiap sedia untuk meniup lilin.
Lilin dah ditiup. Api dah dipadamkan sebelum sempat pihak bomba sampai ke rumah.
Bersiap sedia untuk potong kek pulak.
Kek dah dipotong.
Amier gembira dapat potong kek.
Masa untuk tidur pulak.

Thursday, March 7, 2013

Farewell & good luck Amin

Petang tadi ada makan-makan sate sikit. Jumaat lepas pulak ada buat makan-makan tengah hari. Sorang contribute dalam RM10. Aku tak terkecuali. Makan-makan yang ini bukan makan-makan yang biasa. Tapi pasal ada staf ofis aku yang nak resign atas sebab-sebab yang Private & Confidential. Jumlah orang yang nak resign ada tiga orang. Dan salah sorangnya ialah Amin a.k.a. pemuzik jalanan. Amin memang hebat dalam kerja-kerja profesional. Tapi yang lebih uniknya mengenai Amin ialah kehebatannya bermain gitar dan menghiburkan staf kat ofis ni dengan petikan jemarinya yang bagaikan lipan dan ulat gonggok. Sebab tu aku gelar dia pemuzik jalanan. Amin main gitar memang hebat. Mungkin yang terhebat sekali kat ofis aku. Apa-apa pun aku mengucapkan selamat berkenalan dan selamat sukses dalam apa jua lapangan yang diceburi pada masa hadapan ini. Dan terima kasih kerana telah banyak membantu aku dalam kolaborasi menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dengan ofis. Good luck!


Amin di pejabat.

Friday, March 1, 2013

Bermain berlibur di Great Eastern Mall

Nama tempat tu ialah Kizsport & Gym. Ia  berada di Great Eastern Mall Jalan Ampang. Kat situlah kami bawak anak-anak dan sorang anak saudara bermain pada awal tahun hari tu. Ia adalah sebuah tempat libur, playground kanak-kanak versi indoor, yang amat sesuai dikunjungi pada musim tengkujuh. Nak masuk kat tempat ni, orang besar tak payah bayar apa-apa. Tetapi bebudak memang kena bayar, pasal diorang yang nak main. Tapi kalau orang besar pulak yang nak main, aku pun tak tau sama ada mesti bayar atau tak payah. Bayaran satu orang budak kira boleh tahan jugak mahalnya. Jadi kalau korang dah terbawak anak-anak main kat situ, make sure bebudak tu main sakan sampai turun kurang-kurang 10 kilo berat badan.

Makan dulu sementara anak-anak bermain sakan.
Amier lebih minat makan dari bermain.
Di sekitar Great Eastern Mall.
Sementara bebudak bermain, aku dan wife duduklah kat sebelah luar kawasan permainan sambil minum-minum dan makan makanan ringan yang dibeli kat kafeteria yang ada kat situ. Jadi, bila bebudak tu penat dan haus aje, mereka akan drop by dan minum dulu sebelum sambung bermain lagi. Masa mula-mula datang tu nampak gayanya Amier, Saleh dan Wanie nampak macam excited jugak. Tapi lama-lama nampak mereka macam boring pulak, especially Wanie, pasal Wanie mungkin rasa dia dah terlalu besar untuk main kat tempat kanak-kanak kecil kat situ.

Menjamah samosa dan kentang goreng.
Amier sedang bermain.
Nak main kat sini kena pakai stokin.
Amier di papan slide.
Saleh tiba-tiba mengantuk. Dia nak tidur sekejap.
Wanie terperangkap di ruang misteri.
Amier berenang di kolam bebola warna-warni.
Terperangkap lagi.
Masa kami datang tu memang tak ramai orang.
Amier gembira pasal dapat mengeluarkan peluh.
Kami balik sekitar time maghrib. Sebelum tu, sempat jugak nengok satu kedai haiwan yang ada kat tingkat bawah. Tapi tak banyak sangat binatang kat situ. Yang ada cuma ikan dan kucing aje. Binatang-binatang lain seperti biawak, tupai, tarantula, badak sumbu, harimau belang dan zirafah tak ada pulak. Kami solat maghrib kat Great Eastern Mall sebelum bergerak pulang. Selain ada tempat bermain, Kizsport & Gym ni jugak menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti pakej hari jadi, tempat kraf tangan, dan entah apa benda lagi. Nak tau lebih detail, check-lah kat internet sendiri ya...?

Wanie dan Amier di luar kawasan permainan.
Argh! Mengantuklah pulak!
Masa untuk minum, setelah penat bermain.
Lepas ni kita balik, ok?