m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, January 5, 2013

Bersantai di Hilton Sentral: Makan di Penyet Express

Masa kami bermalam di Hotel Hilton KL Sentral, kami makan malam kat luar hotel. Tapi kami tak perlu jalan jauh pasal tempat makan ada kat KL Sentral. Nak fast food macam MCDonald's ada. Nak slow food macam Siput Babi Restaurant atau Restoran Kura-kura pun ada. Pilih ajelah yang mana suka. Sekarang kedai makan kat KL Sentral dah semakin banyak. Dan banyak jugak pilihannya. Kami meronda seketika kat level concourse dan terjumpalah beberapa restoran. Dalam banyak-banyak restoran tu, tekak aku telah memilih sebuah kedai yang menjual masakan Indon, ayam penyet. Dan nama kedai tu ialah Penyet Express.

Kedai Penyet Express kat KL Sentral.
Aku rasa Penyet Express mendapat nama dari kaedah dia menyediakan masakan ayam penyet tu. Mula-mula, sekumpulan ayam dari pelbagai saiz dan bentuk diletakkan di atas jalan raya highway. Kemudian dipanggil beberapa buah bas ekspres utara-selatan yang padat dengan penumpang untuk meredah segala ayam itik yang duduk kat tengah-tengah lebuhraya tu. Bila dah penyet kena langgar, terus dimasukkan ke dalam kuali untuk dimasak. Macam tulah sejarah nama kedai ni tercipta.

Wanie dan Yana tak sabar-sabar nak makan.
Amier order udang penyet.
Macam-macam makanan yang kami order. Ada yang order ayam penyet. Ada yang order udang penyet. Ada yang order kerbau penyet dan badak penyet. Sementara aku dan Syahmie pulak order lembu penyet. Tak lama menunggu, akhirnya sampailah makanan yang kami pesan. Wah! Memang ekspres betul servis dia. Dan kami pun mulalah makan dengan perasaan yang berdebar-debar. Bila aku memasukkan saja makanan ke dalam mulut, aku merasa sesuatu. Rasanya tidaklah tidak enak. Tapi tidaklah sesedap masakan di sesetengah restoran yang pernah aku makan sebelum ni. Yang paling sedap mengikut tekak aku ialah di Wong Solo lah. Walau pun tak sepenuhnya mengikut cita rasa tekakku, tapi aku makan habis jugak. Sayang nak bazirkan makanan dalam pinggan.

Makan dengan penuh selera.
Ini adalah lembu penyet yang aku order. Lembu tu dah tak rupa lembu lagi sebab dah kena penyet.
Syahmie jugak order lembu penyet.
Peminat pink. Tudung pink, air minum pink. Tapi kenapa jam warna hijau???
Pedas - pekena sambal ayam penyet.
Ber-jersey Werder Bremen - Liga German.
Di balik back-drop yang menarik.
Singgah kat ladang ternakan kejap.
Amier dengan Milo dinosour!
Lepas makan dan membuat bayaran, kami terus ke 7-Eleven untuk membeli beberapa jenis makanan sampingan buat bekal menjamah-jamah ketika di bilik nanti. Dan especially kami beli air kotak jugak untuk minum-minum tatkala kehausan. Lepas tu barulah kami terus pulang ke bilik dan sambung nengok tv dan main i-pad dan main-main dengan Sabriena.

Bersambung...

Di luar kedai Penyet Express.
Lembaga yang ditemui Amier.
Sabriena di jendela reban.
Wanie dan Yana.
Meninjau di celah lubang.
Ada apa di balik tingkap?
Makan dan beres.
Yana dalam perjalanan pulang ke hotel.

Friday, January 4, 2013

Bersantai di Hilton Sentral: Hotel demi hotel

Minggu sebelumnya kami telah bercuti di Hotel Hilton-PJ. Minggu berikutnya kami bercuti di Hotel Hilton lagi. Kali ni di KL Sentral pulak. Kami macam dah jadi Hilton fan pulak. Tapi tak apa. Yang paling seronok dapat tidur kat hotel sudah pastinya Amier. Percutian kali ni kira macam free aje, pasal jadi member. Jadi, bilik yang dia bagi pun ala kadar ajelah.

Bangunan hotel dari luar.
Kami pergi bercuti berlapan orang semuanya, termasuklah Sabriena. Mula-mula kami menjejakkan kaki ke bilik, alangkah terkejut badaknya kami pasal dapat bilik yang sangat kecil. Memang bilik khusus untuk dua orang aje. Kami terfikir jugak macam mana gayanya nak memuatkan seramai lapan orang nanti. Kami mintak tukar bilik. Dia bagi saiz bilik yang sama, cuma layout perabot dia agak lain sikit. Okay. Kami pilih bilik dengan layout yang kedua. Masih sempit. Tapi kena pandai-pandailah mengatur tempat tidur.

Di luar kamar hotel.
Sampai-sampai hotel aje, kami terus makan.
Kami makan tengah hari kat bilik hotel aje. Sepatutnya kami kena pergi majlis orang kahwin. Tapi pasal dah agak terlewat, maka akhirnya kami tak jadi ke sana. Di hotel, aku cuma layan tv ajelah sambil main-main dengan Sabriena. Waktu petang, kami turun ke tingkat 8, pergi mandi kat swimming pool. Dan orang yang paling teruja bila mandi kat swimming pool ialah Amier!

Sabriena main i-pad dengan abangnnya.
Sabriena gembira dapat main i-pad. Hooorrreeeyyy!!!
Syahmie bersantai di tepi kolam renang.
Pandangan di sekitar kawasan hotel.
Pergolla di swimming pool.
Pemandangan waktu senja diambil dari kawasan swimming pool hotel.
Walaupun duduk kat bilik kecil dengan kepadatan penduduk yang ramai, kami happy aje. Minggu lepas aku pergi bercuti kena buat kerja ofis. Minggu ni aku bercuti dengan fikiran bebas dari dibelenggu oleh kerja-kerja pejabat. Barulah betul-betul dinamakan cuti.

Bersambung...

Di sekitar kawasan lobi hotel.
Masih di kawasan lobi hotel.

Thursday, January 3, 2013

Double birthday celebration

Tanggal 16 Disember adalah hari jadi isteri aku. Selang empat hari lepas tu, birthday kakak aku pulak. Jadi kami pun menyambut kedua-dua hari jadi ini pada tarikh yang sama sekali gus. Tempat pilihan ialah di Restoran Paya Serai di Hotel Hilton PJ. Wife aku yang buat arrangement dan buat booking. Maka pada hari yang telah ditetapkan, kami pun ke sanalah untuk berjamu. (Actually, kami memang dah bermalam kat hotel tu pun. Lepas check-out barulah kami pergi makan hi-tea kat Paya Serai).

Makan time di Restoran Paya Serai, Hotel Hilton, PJ.
Kek hari jadi. Ada beberapa jenis buah berry di atasnya. Korang kenal tak semua jenis berry tu?
Menikmati juadah buffet.
Yana dan Wanie.
Makanan pilihan kalau kat hotel mestilah banyak. Cuma kami makan breakfast tadi pagi agak terlewat sedikit. Maka perut masih kenyang lagi, dan tak mampulah pulak kami nak makan dan sumbat sepenuh hati kat dalam perut kami yang tak sebegitu besar tu. Aku rasa, kali nilah yang aku makan paling sedikit sekali di hotel. Selalunya, aku akan menyediakan perut sebesar perut king-kong sebelum aku melangkah masuk ke arena makan buffet kat hotel. Kekadang pulak, aku akan makan sampai muntah. Lepas muntah, makan lagi sampai muntah lagi. Dan lepas muntah tu, makan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sampai muntah, dan muntah, dan muntah lagi. Sampailah tutup kedai. Begitu dahsyatnya teknik aku makan buffet. Tapi itu dulu. Sekarang usia dah lanjut, perut dah tak boleh menampung apa-apa saja yang berunsur keterlaluan.

Wanie dan adikku.
Adik dan ibuku.
Adik, ibu dan kakakku.
Sabriena tumpang makan buffet sikit.
Aku memang cukup geram nengok gambar Sabriena sengih macam ni. Eeeee!!!!
Walaupun santai, kami sangat enjoy dapat makan-makan dan borak-borak, serta mencuba semua jenis masakan yang disajikan. Ada beberapa makanan yang aku rasa sangat sedap di Restoran Paya Serai. Antaranya ialah kuih bom berbijan. Dia tak macam yang biasa dijumpai di gerai-gerai kuih tepi jalan. Kuih bom yang ini, kalau makan, dia tak pulak meletup. Sebaliknya, kesedapannya dapat dinikmati secara menyeluruh. Dan satu lagi feberet aku ialah kambing bakar. Walaupun bukan yang paling sedap yang aku pernah makan, tapi asal nama kambing aje, aku memang sangat suka. Chicken pie dia jugak boleh tahan rasanya. Cepat betul laris. Tapi sempat jugak aku menjamahnya. 

Farid dan Syahmie - dua orang DBKL.
Birthday girls.
Satu kek untuk dua orang.
Setelah acara potong kek dan bergambar, kami terus makan sekadar yang termampu. Lepas tu barulah kami menyusun langkah untuk pulang ke rumah dalam keadaan perut yang sendat dan kenyang. Terima kasih kepada isteriku yang telah meng-organise jamuan ini. Dan terima kasih untuk semua kerana sudi meraikan jamuan ini.

Bergambar ramai-ramai.
Amier main nyorok-nyorok pulak.
Last shot sebelum bersurai.

Wednesday, January 2, 2013

Menyambut birthday isteri di Paris?

Menyambut birthday isteri di Paris? Itulah yang menjadi tanda tanya seluruh masyarakat Malaysia kini. Adakah sebenarnya kami ke Paris pada 15 Disember tahun lalu? Sebenarnya... tidak. Tidak sama sekali. Kami hanya meraikan di Petaling Jaya saja. Di sebuah hotel milik keluarga Pak Hilton, termasuklah anaknya si Paris Hilton tu. Dari situlah munculnya nama Paris yang aku katakan tadi. Kami memang bermalam di situ - satu malam aje. Anak aku Amier memang sejak dari awal cuti asyik menanya mama dia, bila lagi boleh dia duduk kat hotel. Nombor satu pasal dia suka berenang kat swimming pool di hotel. Itu aje. Dan kini, hajatnya telah pun kami penuhi.

Bergambar di lobi lif.
Masa ni kami tengah nak keluar pergi makan malam.
Aku ke hotel dengan membawa aku punya set komputer yang lengkap. Termasuklah CPU, keyboard, mouse dan monitor. Sebab kerja ofis aku punyalah banyak gila babus. Deadline-nya pulak pada 17 Disember. Memang aku tak ada pilihan lain, melainkan kena cuba jugak menyudahkan semua kerja dan report ketika bermalam di hotel. In fact, pada malam tu, aku tak tidur langsung, sampailah selepas kami check-out dari hotel. Fuuuhhh... letih sungguh!

Detik jam 12 malam. Upacara menyambut birthday isteriku.
Sabriena tak dapat join, pasal dia dah tidur kat bilik sebelah.
Setelah makan malam kat TTDI, kami duduk lepaklah kat bilik hotel sambil nengok tv, main gadget seperti I-pad dan I-phone. Dan aku terus menerus membuat report untuk ofis. Bila tiba aje detik 12 malam, maka masuklah tarikh 16 Disember, tarikh lahir a.k.a. birthday isteri aku. Kami semua memang belum tidur lagi time tu. Jadi kami pun menyanyilah lagu birthday dan mengucapkan selamat hari jadi kepada isteriku. Dan semua hadiah diberikan kepada isteriku. Aku menghadiahkan satu frame gambar karikatur. Syahmie bagi kad buatan sendiri serta sebijik cokelat. Wanie ada buat kad jugak, tapi dia tak bawak ke hotel. Amier pulak bagi beberapa helai lukisan yang dibuatnya sendiri. Kemudian memberikan kek yang kami perolehi dari majlis orang kahwin pada siangnya, dan menjadikan kek comel itu sebagai kek hari jadi. Isteriku jugak dapat beberapa hadiah dari kengkawannya di ofis.

Menyuapkan kek ke mulut Amier.
Giliran Wanie kena suap.
Setelah tu, isteriku pun menyuapkanlah kek cokelat kecil tu ke mulut anak-anak dan ke mulut aku jugak. Amalan macam tu biasa dibuat oleh arwah ibu mentuaku dulu. Bila ini juga selesai, barulah majlis bersurai. Masing-masing sambung buat aktiviti yang tadi. Dan aku sambung buat kerja ofis yang sangat stressful. Tatkala semua orang dah tidur, aku masih lagi berjuang menyudahkan kerja yang macam payah bebenor nak selesainya...

Syahmie turut disuap.
Okay. Suap Amier sekali lagi.
Aku pun kena suap jugak. He he he... jangan marah...
Hadiah-hadiah yang diperolehi isteriku.
Tudung merah tu pemberian kawan ofis isteriku.

Mosin yang sesak

Ya. Aku memang bercuti selama enam hari sejak minggu lepas. Tapi tak bermakna aku duduk lepak tak buat satu benda pun. Nama aje cuti, tapi masih sibuk dengan hal-hal yang dah lama tertangguh. Makanya, bila tiba malam, aku dah agak kepenatan untuk meninjau apa hal dengan aku punya blog. Baru sekarang nilah aku rasa dapat nak menulis sikit.

Ingat tak dulu aku bercerita pasal ada satu kedai mamak kat TTDI yang jual roti nan spesel yang sedap? (Rujuk http://adisarahberkisah.blogspot.com/2012/12/betul-punya-mamak.html). Kalau korang masih ingat, nama restoran tu ialah Restoran Mosin. Pada 15 Disember 2012, kami telah check-in kat Hotel Hilton PJ. Sesaja je nak menyambut birthday wife aku pada keesokan harinya. Lepas check-in dan solat maghrib, kami terfikir-fikir jugak nak makan kat mana. Ada jugak menanya adik aku yang agak expert pasal lokasi pemakanan kat kawasan PJ. Adik aku suggest makan kat Taman Tun. Nama kedai dia aku dah tak ingat. Tapi, setelah berdiskus anak-beranak, akhirnya kami bersetuju nak pergi makan kat restoran mamak yang ada buat roti nan spesel. Dan kami pun ke sanalah...

Amier kata dia kenyang. Last-last aku punya maggi sup habis dibedalnya. Aku kena makan nasi campur..
Ayah aku sangat berselera nak makan mi goreng.
Aku sebagai tukang driver, memang tak tau jalan short cut. Jadi aku bedal lah ikut jalan panjang. Aku fikir, Tun Dr Ismail ada kena mengena dengan Perdana Menteri Malaysia yang lain-lain jugak. Maka dari Hotel Hilton PJ, aku menghala ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (ini Agung, bukan PM rasanya). Lepas tu aku ikut Jalan Tun Razak. Pintas pulak kat Jalan Sultan Ismail (pasal nama dia dekat-dekat sama). Lepas tu barulah aku potong straight ke Taman Tun Dr Ismail a.k.a. TTDI. Jauh sungguh rasanya perjalanan tadi. Dekat nak lapan jam jugaklah, sampai sakit-sakit pinggang aku. Tak apalah. Pokok pangkalnya kami dah sampai ke destinasi. 

Menikmati juadah yang memang enak. Cuma slow servis aje.
Kami pun keluar dari kereta dan mengambil tempat masing-masing. Alamak! Ramai pulaklah orang. Nampak gayanya macam jemaah dari masjid berdekatan telah menyerbu ke restoran tu untuk makan malam. Walaupun ramai, kami berjaya jugak mendapatkan satu meja panjang untuk memuatkan kira-kira lapan orang. Kami pun meminta order. Ada roti nan spesel, ada maggi goreng, ada maggi sup dan ada mi goreng. Dan kami order air jugak.

Mencuba makan roti nan spesel pulak.
Nampak agak kelam-kabut sikit tempat tu. Kami menanti dengan agak lama jugak kat meja untuk mendapatkan pesanan kami. Kami berjaya mendapatkan air. Itu pun aku kena buat self servis sikit-sikit, baru boleh dapat. Yang paling last sekali kami dapat ialah roti nan spesel. Ada jugak orang yang datang lambat sikit tapi dah dapat dulu. Jadi mak aku suruh aku tunggu kat tempat orang buat roti nan tu untuk memastikan pesanan kami tidak tertinggal. Aku pun berdirilah kat sebelah mamak yang buat roti nan tu. Aku siap dah boleh tau resipi dan cara-cara nak buat roti nan tu. Penantian aku akhirnya berbaloi. Pesanan kami akhirnya dipenuhi jugak. Tapi, sebahagian roti nan tu kami terpaksa bawak balik pasal dah terlalu lewat baru dapat. Rupanya, pelanggan-pelanggan lain pun menghadapi masalah penantian yang sama. Dan ramai jugak yang komplen kat kaunter bayaran.

Inilah roti nan spesel - roti nan Mumtaz!
Sewaktu membayar di kaunter, mak aku siap komplen, katanya menunggu dahlah lama. Lepas tu ada pulak orang yang dapat pesanan tak ikut urutan giliran. Lalu mamak kaunter tu tersenyum sambil berkata, "Ini hari boss tada. Semua kuli juga. Itu Malayu punya style memang ikut itu giliran punya. Tapi mamak punya style, biasalah ini macam..." Dan kami pun beredarlah dengan perut kenyang, tetapi telah meluangkan masa terlalu lama pulak kat situ. Dalam keadaan kelam kabut tu, aku sampai terlupa nak bayar makan nasi campur lauk kambing masak kari. Hari esoknya barulah aku datang balik ke restoran tu (tak pasal-pasal) dan membuat bayaran untuk makanan yang aku makan semalamnya.

Kenyang jugak kami makan.

Sunday, December 30, 2012

Berunding dengan Din Sakun

Pada hari yang sama aku bermain tenis dengan Eke, si warga Nigeria, kawan lama aku, yang jugak room mate aku masa kat MRSM, Din Sakun namanya, telah datang ke court bersama anaknya, untuk berjumpa denga aku dan Syahmie. Anak Din Sakun dapat tawaran interview kat MRSM Ulul Albab Gemencheh. Jadi mereka nak jumpa Syahmie untuk mendapatkan sedikit sebanyak nasihat dan berkongsi pengalaman tentang kaedah temuduga yang dilangsungkan di MRSM Gemencheh. Sementara aku dan Din Sakun bercerita pasal hal-hal kebapaan, Syahmie dan Afiq (kalau tak salah aku nama anak Din Sakun) pula berbincang soal cara-cara nak menempuh saat-saat ditemuduga.

Syahmie duduk di tepi gelanggang menengok orang main tenis.
Afiq: Macam mana nak bersiap sedia untuk pergi interview ni, bang?
Syahmie: Errr... Kita perlu mempunyai fokus yang mendalam. Jati diri kena ada. Pokok jati pun kena ada jugak. Selain dari tu, konfiden kena tinggi.
Afiq: Macam mana nak dapat semua tu, bang?
Syahmie: Kena makan telur setengah masak dua bijik sebelum berangkat ke Gemencheh. Kena pumping seratus kali. Mandi pagi kena pakai air limau nipis. Lepas mandi dan pakai baju, pergi tengok cermin, dan cakap pada cermin tu, "Kau sapa? Ada apa hal? Apa tengok-tengok?" Lepas tu boleh straight naik kereta dan pergi interview.
Afiq: Waaahhh... Hebat sungguh! Terima kasih, bang. Nanti saya akan try petua yang abang bagi. Terima kasih banyak pasal bagi saya tips untuk interview tu.

Syahmie sedang memberi motivasi kepada Afiq dan Din Sakun sekali gus.
Sessi motivasi dah selesai. Tapi Afiq terus mengagumi Syahmie. Tak berkelip matanya menengok Syahmie.
Semua itu telah berlaku agak lama dulu. Maknanya by now, Afiq telah pun menjalani interview dengan jayanya. Harap-harap nanti dapatlah anak Din Sakun belajar sama sekolah dengan anak aku kat Gemencheh, dan menjadi kawan baik masa kat MRSM nanti. Kami doakan yang terbaik untuk semua.

Aku dan kawan baikku - Din Sakun.