m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, July 4, 2011

Angkat barang, pindah barang

Rumah tempat aku tinggal sekarang memang banyak sungguh barang. Segala macam barang ada. Almari berjenis-jenis. Katil berjenis-jenis. Kerusi berjenis-jenis. Pinggan mangkuk berjenis-jenis. Maklumlah, ramai yang duduk kat rumah tu, termasuklah ayah ibu aku dan kakak aku pun selalu lepak kat situ jugak. Untuk mengurangkan kadar kesesakan rumah tersebut, aku terpaksa mengalihkan sebahagian barang-barang milik aku dan isteri ke rumah sewa aku yang terletak berhampiran. Berkotak-kotak banyaknya. Pinggan mangkuk, permainan budak, itu antara barangan yang menyesakkan sebuah rumah yang sempit.

Nasib baik yang menyewa rumah aku pun anak buah jugak. Jadi dia tak kisahlah kalau aku nak menyemakkan tempat dia tinggal pulak. Rumah sewa aku tu dah macam setor kilang. Makin lama makin banyaklah agaknya barang yang dihumban kat situ. Aku dan Syahmie mengangkat barang dari bawah ke tempat simpanan di tingkat atas. Wife aku kat ruang tamu, dan Amier naik turun tangga buat-buat sibuk. Bila dah selesai kerja, kakak ipar aku yang jugak menetap di situ menghidangkan air sirap merah suam. Trip selanjutnya untuk pindah barang masih tak diketahui tarikhnya. Tapi aku rasa memang akan ada lagi proses angkat barang dan pindah barang.


Menikmati kesedapan air sirap merah suam.

Resipi nasi ambeng Ampang Jaya yang tersohor

Nasi ambeng adalah masakan tradisional orang Jawa @ Jerman. Selalunya dihidangkan dalam majlis-majlis kenduri-kendara di kampung-kampung. Baru ni aku berkesempatan memakan nasi ambeng masakan ibuku. Kali ini aku nak memberi resipi menyediakan masakan nasi ambeng resipi bonda yang tesangat sedap rasanya. Rujuk gambar serta nombor-nombornya:



Nombor 1: Nasi
Nasi hendaklah dimasak menggunakan beras yang terpilih dari negeri Kedah. Seelok-eloknya gunakanlah beras Cap Padi. Hendaklah menggunakan air tanpa klorin untuk menjamin rasanya yang asli. Nasi perlu berasa tawar. Jangan dicampurkan gula atau garam, nescaya tak ori rasanya.

Nombor 2: Ayam Goreng
Ayam hendaklah dipilih dari jenis ayam kampung dara yang disembelih secara sempurna. Bukan ayam yang digelek steam roll yang lebih sesuai dimasak masakan ayam penyet. Digoreng menggunakan 11 jenis rempah asli termasuk kunyit, jintan, ketumbar, buah keras, buah pala, kayu manis, lada hitam dan putih, bunga cengkih, bunga lawang, bunga orkid dan bunga raya.

Nombor 3: Sambal Belacan
Gunakan cili segar dari ladang dan bukan cili sos dari botol. Belacannya pulak hendaklah diperbuat daripada udang geragau dan bukan dibuat daripada udang harimau. Kalau dibuat dari udang harimau belacannya akan menjadi garang.

Nombor 4: Sambal Goreng
Sambal belacan yang telah siap tadi digoreng sehingga rupanya kelihatan seperti gambar di atas. Kalau masih belum jadi lagi jangalah berputus asa. Terus saja menggoreng tanpa henti.

Nombor 5: Serunding Kelapa
Ini adalah ramuan paling penting dalam masakan nasi ambeng ini. Bahan utamanya ialah kelapa yang diadun dengan 11 rempah yang dinyatakan tadi. 

Nombor 6: Tempe Goreng
Tempe goreng perlu disediakan bagi memekatkan lagi lidah ke-Jawaan seseorang itu. Malahan mat saleh yang makan tempe jugak agak berbunyi seperti Jawa. Tempe yang dibungkus dengan daun ketapang hendaklah digoreng dengan minyak sawit. Jangan sekali-kali menggoreng tempe dengan minyak petrol.

Nombor 7: Timun
Gunakan timun Melayu. Jangan guna timun cina. Timun cina berisi merah dan berasa manis. Tak percaya, tanya orang Kelantan.

Nombor 8: Daun Pisang
Pilihlah daun pisang yang berwarna hijau. Jangan pilih yang dah berwarna kuning, apatah lagi yang warna cokelat. Daun pisang yang terbaik boleh dijadikan ulam dimakan bersama nasi ambeng. Selamat mencuba resipi baru ini dari Chef Adisarah.



Ulwan yang hebat

Sebelum weekend Abang Hj Nordin call cakap weekend ada game tennis kat Titiwangsa. Tapi dapat booking court cuma satu jam aje. Okay. Satu jam pun jadilah. Maka pada hari Ahad aku pun memacu proton Wira warna kelabu ku (yang kaler original dia putih, tapi pasal dah bertahun tak basuh dah jadi kelabu) merentas lebuhraya Akleh dan Jalan Tun Razak ke gelanggang. Kat sana telah sedia menunggu abang Md Nor. Tak lama lepas tu Bob pun datang. Dan adik Ulwan (12 tahun) pun datang. Aku partner dengan abang Md Nor. Manakala Bob partner dengan adik Ulwan. "Eleh, budak kecik 12 tahun aku jentik je", bisik hatiku. Sekali bila melayan hayunan reketnya pada bola, serta servisnya yang laju dan melantun, naik cemas kami dibuatnya. Kecik-kecik cili api nampaknya Ulwan ni! Team aku tewas 1-6. Rupanya adik Ulwan adalah juara Gombak dan seeded nombor 3 seluruh Selangor. 

Bila Foong datang, adik Ulwan pun beredar dengan perasaan hampa pasal tak dapat main lagi. Macam biasa, aku akan partner dengan Foong sebab antara kami berempat akulah yang paling tak konsisten main. Aku ingatkan bila partner dengan Foong aku boleh lebih relaks, tapi Bob dan abang MdNor telah memaksa aku berlari sekeliling court sampai tercungap-cungap. Nasib baik gelanggang tak jauh dari HKL, Hospital Pusrawi dan IJN. Sempat jugaklah aku menyedut oksigen sebelum meneruskan permainan. Dan keputusannya... yeah! Kami menang 6-0 dan 6-1 sebelum kami beredar pulang kerana dah cukup sejam.

Bob mempunyai hayunan bagai Nadal.

Sunday, July 3, 2011

Kasi betul itu tulang belakang

Dah kira-kira seminggu bahagian belakang aku agak sengal-sengal. Jadi, hari Sabtu lepas aku pergi ke tempat urutan Korea - CERAGEM kat Ampang Waterfront. Aku pergi dengan wife, kakak, ibu, dan ibu mentuaku. Urutan pakai batu jade ni memang efektif sebagai assebab menyembuhkan pelbagai penyakit. Selepas berurut selama 40 minit di atas katil urut khas yang disediakan, badan terasa lebih ringan dan sengal-sengal pun hilang. Pesakit-pesakit kronik jugak sangat baik berurut menggunakan katil urut ini. Sesiapa ada kelapangan bolehlah cuba. Free aje pun.

Ibu yang berpakaian serba putih sedang berurut.

Amier dan buku

Emak bapak bawak anak pergi kedai atau supermatket atau shopping complex memang biasa sangatlah. Aku & wife pun hari tu bawak anak-anak aku ke Tesco lepas balik dari lawat ayahanda dan bonda kat Cheras. Niat di hati cuma nak beli barang-barang  harian yang dah habis stok. Bila kami lalu aje kat seksyen buku-buku di rak hadapan, Amier dah jadi agak gelisah. Dalam hatinya tertanya-tanya. Kenapa tak singgah kat rak buku tu ya? Kami buat dirt sampai time nak bayar kat kaunter. Amier masih tak puas hati. Nampak Amier resah, kami pun tanya dia. "Amier nak apa?" Secara seakan berbisik Amier berkata, "Book".

Kami terus membayar harga barang-barang yang telah diambil. Lalu singgah ke kedai buku Popular yang berdekatan. Kami capai beberapa buku yang telah diluluskan oleh Amier dan membelinya. Itulah tabiat Amier dan kepantangannya. Kalau masuk kedai buku, atau lalu dekat dengan kawasan ada jual buku, mesti dia akan mintak kami belikan buku untuknya. Kalau tak, resah panjanglah dia. Kalau tak kena gaya boleh merajuk dan tak nak balik. Walaupun cuma sebuah buku kecil yang murah pun jadilah, asalkan dia boleh mentelaah bila sampai di rumah.

Sambutan birthday ZD yang spontan

Hari Jumaat dulu aku & wife ke Mc Donald's Taman Dagang jumpa kawan-kawan. Bincang pasal benda-benda yang nak dibuat pada masa akan datang. Antaranya ialah main bowling. Aku cuma jadi tukang dengar aje sambil makan kentang yang diimport dari Perancis dan digoreng setelah dipotong panjang-panjang. Setelah habis bincang, tiba-tiba keluarlah satu kotak ajaib yang berisi kek kecik @ kek cawan yang berhias cantik. Rupanya ada sambutan birthday secara spontan dan mengejut untuk salah sorang kawan kami. Zie Dingkil nama dia. Nama glamor dia Zie Dingkil jugak. Zie menyambut hari lahirnya yang ke..... yang ke.... aku pun tak tau. Kalau tak silap aku yang ke-19 ataupun 21. (He he he). Camtulah agaknya. Zie terpaksa buat-buat terkejut sampai nak pengsan untuk mengambil hati kawan-kawan yang buat surprise celebration untuknya. Apa-apa pun selamat hari jadi versi "belated" untuk kawan kami ini. Dan "keep on rocking".


Friday, July 1, 2011

Hari Bapa di Impiana: Karikatur

Aku biasa melukis wajah kawan-kawan, saudara-mara dalam bentuk kartun atau karikatur. Wajah aku jugak pernah dilukis oleh kawan-kawan ketika di UTM dan pernah jugak dilukis oleh anak-anak aku yang bertiga tu. Tapi wajah aku tak pernah dilukis oleh seorang pelukis karikatur profesional. Pada jamuan Hari Bapa di Hotel Impiana 2 minggu lepas aku mengambil kesempatan membiarkan wajaku dilukis oleh seorang pro secara percuma. 

Pelukis itu memang handal. Dalam masa beberapa minit aje satu wajah telah dihasilkan dengan baik. Pelukis ni jugak agak baik hati kerana dilukisnya semua pria supaya kelihatan tampan, dan dilukisnya semua wanita supaya kelihatan ayu. Kalau aku, semua muka aku kartunkan habis, sampaikan aku rasa pernah jugak ada orang yang kecil hati melihat wajahnya dilukis oleh aku. Kehebatan pelukis ini sangatlah aku tabik spring!

Yang paling comel ialah bila dia melukis wajah Amier. Dan Amier sendiri pun merasa teruja bila melihat wajahnya dilukis. Daripada karikatur jugak kita boleh melihat feature wajah kita yang paling menonjol yang menjadi identiti pengenalan kita bila berinteraksi dengan orang lain. Contohnya, feature paling menonjol aku adalah pada mata, telinga dan dahi. Seronok buat karikatur ni. Kalau ada masa lapang try-lah buat muka kawan-kawan atan sesiapa saja yang lalu depan kita.

Amier dan karikatur kebanggaannya.

Artis melakar wajah kakakku.

Wajah Amier.

Wajah aku dan isteri.