m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 5, 2011

Memancing di Selayang

Malam hari Sabtu mak aku tanya aku, boleh pergi mancing esok pagi? Aku fikir sejenak, lalu aku jawab, orait! Walaupun esoknya nak pergi mancing, taklah pulak aku bersiap-siap pasang jorang dan mata kail. Cuma umpannya aje yang kena disiapkan.

Selepas subuh pada pagi Ahad, aku ajak Syahmie meneman aku ke Selayang untuk mancing ikan. Masa tu kepala aku agak berat pasal kena selesema & sakit tekak. Tapi atas permintaan mak aku, aku gagahkan jugak. Umpan yang kami gunakan cuma satu jenis aje, RM200. He he, nak mancing kat pasar borong daaa...

Dalam keadaan separuh sedar, aku redah MRR2 sampailah ke destinasi. Ikan memang banyak bersepah-sepah terutamanya cencaru. Macam takda orang nak beli ikan pulak dah. Aku plan nak beli ikan keli, tapi bila sampai kat gerai dia, yang tinggal cuma ikan-ikan keli bersaiz peha budak. Alamak! Macam tu punya besar keli nak makan pun suspen. Lalu aku belilah ikan-ikan laut yang lain seperti beliak mata, kerisi, cencaru, cermin, bebulus, sardin, selar dan jugak kerang.

Balik dari pasar aku terus lepak baring tidur. Tak larat dah nak tolong siang ikan. Syahmie masih meneruskan perjuangan memotong dan mengeluarkan isi perut ikan dan mengopek udang yang kami beli tadi.


Belajar kungfu dengan panda

Sempena cuti sekolah aku memang tak banyak plan untuk anak-anak aku pasal ada beberapa perkara yang terhad. Jadi secara spontan aku ajak anak-anak nengok wayang. Wayang tu agak ganas, penuh aksi, dinamik dan menyuspenkan.

Beratur beli tiket
8 tiket wayang untuk 8 orang.
Selepas zuhur aku dan isteri serta Amier pergi ke panggung wayang kebanggaan orang-orang Ampang iaitu MBO Galaxy yang terletak di Taman Dagang. Aku beli 8 tiket wayang. Dua orang anak buah aku dan kakak aku pun nak ikut sama. Plan asal nak tengok versi 3D, tapi dengar ceritanya yang versi 3D tu sangat merbahaya pasal masa Panda tu buat flying kick, silap-silap muka kita yang terasa penangan kick dia tu. Memang macam realistik. Jadi aku nengok kat Ampang jelah - dekat dan lebih murah.

Nengok wayang takda popcorn takda makna.
Sebelum masuk panggung, macam biasalah kami akan beli popcorn. Kalau nengok wayang takda popcorn macam kurang syarat aje. Popcorn tu menambahkan lagi mood cerita tu sebenarnya. Lepas nengok, kami memang rasa puas, maklumlah, kami semua anak beranak memang peminat kartun yang tegar. Cuma Amier aje yang entah kenapa masa kat panggung dia sibuk main I-phone mama dia. Anyway, itulah aktiviti keluarga musim cuti sekolah kali ni.





Menghampiri Roland Garros

Hangat pasal Roland Garros French Open diperkatakan oleh peminat-peminat tenis sedunia. Final wanita menyaksikan pemain Asia pertama menjulang trophy - Li Na dari China. Dan Raja gelanggang tanah liat Rafael Nadal nampaknya belum boleh digugat. Kami berempat, aku, abang Hj Nordin, Abang Md Nor dan Syed Hakim telah berkumpul di gelanggang tenis Jalan Jelatek yang terkenal dengan panas terik dan hingar kenderaan. Gelanggang yang lebih selesa seperti di Titiwangsa penuh kerana ada kejuaraan MSSM. Tak kisahlah. Asal ada court kami akan main.

Kami cuma berempat ngam-ngam. Aku partner dengan abang Hj Nordin. Dua set pertama kami main dengan konfiden dan menang 6-4, 6-1. Set ketiga bila menghadap silau mentari kami tewas 1-6. Set keempat bermula baik bila kami mendahului 3-0. Tapi entah macam mana, keletihan melanda kami, sedangkan pihak lawan seolah-olah telah mendapat rentak yang serasi, terutamanya Syed Hakim. Akhirnya kami tewas 3-6. Kalau ikut French Open kena ada satu  lagi set penentuan. Tapi abang Hj Nordin terpaksa surrender pasal ada hal lain dia kena attend. Aku rasa kalau main satu lagi set mungkin kami kalah dari segi mental & stamina. Keseluruhannya seri 2-2 lah. Dan aku sendiri tak pernah main 4 set tanpa henti. Biasanya aku akan rehat lepas 2 set. Kami puas hati. Cuma nampak sedikit kehampaan di wajah Syed Hakim, kerana beliau memang nak complete-kan 5 set dan memutlakkan kejuaraan pada hari itu. He he he... tak kesampaian hajatnya itu.


Friday, June 3, 2011

Tangkis melayang-layang macam angsa mabuk

Ketika para pekerja berusaha keras mengejar angsa-angsa liar di sebuah tasik di selatan China, melintaslah sekumpulan angsa putih yang bagaikan mabuk dan tak menentu arah tujuannya. Pemburu angsa menangkap mereka dan mentogelkan tubuh mereka. Bulu angsa-angsa itu habis dicabut untuk dijadikan bulu tangkis bagi dipersembahkan kepada raja badminton China - Tuanku Lin Dan. Angsa-angsa yang marah tadi telah bersumpah jika sesiapa yang pakai tangkis diperbuat dari bulu-bulu mereka, makan permainan mereka akan jadi teruk seperti angsa mabuk.

Aku rasa sebab tulah semalam main badminton rasa pelik semacam je. Selalu kami pakai tangkis jenama RSL harga dekat RM50. Semalam pakai tangkis Protech dengan harga lebih kurang sama. Memang tak biasalah. Dia ringan, takda weight. Itu aku memang sedia maklum. Tapi dari segi ketahan, biasanya tangkis Protech ni tahan lama sikit, tak mudah hancur. Tapi semalam aku dapati shuttle Protect ni pun lebih kurang dua kali lima jugak. Apa nak buat, dah beli. Pakai ajelah. Yang peliknya, kalau pukul kuat dia pergi slow. Kalau pukul slow dia pergi jauh. Payah betul nak control. Ni mesti pasal bulu angsa mabuk ni.

Balik dari main badminton, sesampainya di rumah aku disambut oleh seekor kucing yang memang biasa lepak kat rumah aku. Cuma itulah first time dia mintak makanan dari aku. Jadi aku bagilah dia Whiskas yang memang ada stok kat rumah aku bagi menjamu kucing-kucing yang bertandang. Lapar betul kucing tu. Mentua kucing tu lalu depan mata pun dia tak perasan. Ish ish ish...




Thursday, June 2, 2011

Berehat di Hotel Impiana

Kami mengambil kesempatan dari acara Annual Dinner Talisman Sabtu lalu untuk lepak-lepak kat Hotel Impiana yang terletak sepelaung je dari Hotel Mandarin. Dengan mendapat diskaun 70% kami bawak sekali anak beranak berehat santai kat hotel. Dapatlah aku dan Syahmie menonton live telecast perlawanan bolasepak Liga Juara-juara Final, Manchester United lawan Barcelona. Kat rumah takda sports channel. 

 
 
Lapar selepas swimming.


Bilik Hotel Impiana agak selesa dengan sebijik katil king size. Kami tidur lima beranak atas satu katil. Memang muat walaupun kami semua badan memang kiut-miut. Pagi-pagi anak-anak mandi kat kolam renang. Breakfast pun dalam bilik. Bila cukup masa kami pun check-out. Itulah vacation kami yang sangat simple.


Balik time!

Check-out


Talisman Malaysia Limited Annual Dinner: Acara bebas

Kembali ke acara makan malam tahunan @ makan besar Talisman di Mandarin Hotel. Sebenarnya acara ini juga sempena menyambut 10 tahun Talisman beroperasi di Malaysia. Jadi sambutannya agak lebih gemilang dari tahun-tahun yang  sebelumnya.

Menuntut subsidi beras dah minyak masak dari hartawan yang pemurah.
Sambutan kali ini agak menghiburkan jugak. Pengacara majlis diimport khas dari negara "down under" Australia - Donna Danielle. Tak pernah dengar pun nama ni, tapi beliau memang pengacara yang baik dan suka mengenakan orang. Pada sepanjang malam tu ada berbagai acara yang diadakan. Antaranya adalah mengibar napkin macam tentera surrender kalah perang. Dengar je lagu "I like to move it move it..." terus kibar bendera. Ada imbuhan yang akan diberikan nanti. 

Kalah perang - surrender.

Aku pulak melibatkan diri dalam satu permainan teka lagu kebangsaan dan bendera. Masa lagu dimainkan, siapa yang paling cepat sampai kat pentas layak untuk menjawab soalan yang akan diajukan. Masa tu aku siap berlumba dengan satu mamat tu nak cepat-cepat naik pentas. On the way tu aku siap tersepak tangga pentas dan macam stuntman men-dive dan lantas tergolek atas pentas macam nangka busuk tergolek atas tanah daaaa... Malu campur bangga pun ada. Nak ikutkan mamat lagi sorang tu yang lebih cepat sampai pentas. Tapi oleh kerana pengacara kesian kat aku pasal dah tergolek dog, maka dia bagi jugak aku jawab soalan. Aku dapat jawab satu soalan betul dan satu lagi salah. Kalau masuk video ni memang memalukan. Arghhh...!

 
Ada juga acara menari berarak macam Keretapi Tanah Melayu. Kalau tak silap aku dia panggil Conga dance. Yang ini aku tak join-lah. Sekadar nengok aje. Selain dari tu ada jugak cabutan bertuah, best dress awards, meja bertuah dan pertunjukan silap mata.
 

Penutup acara adalah persembahan dari artis tempatan. Artis pilihan tahun ini ialah Mizz Nina, tunang si Noh Hujan tu. Persembahan dia tak berapa catchy sangat tapi kira boleh jelah. Lepas nyanyi 3 lagu, pengacara pun menutuplah majlis. Sekianlah adanya...

Mizz Nina in action.








Wednesday, June 1, 2011

Talisman Malaysia Limited Annual Dinner: Atlantis-Under The Sea

Pada 28 Mei 2011 Sabtu lalu ada majlis Annual Dinner bagi company tempat wife aku kerja. Biasalah kalau company besar-besar buat annual dinner mestilah gah dan hebat. Majlis diadakan di Mandarin Hotel sebelah KLCC. Kalau majlis sebesar ini biasanya mesti ada tema. Dulu pernah ada tema 60's, Oscar, Glamour & Glitter, Purple dan kali ni temanya "Atlantis: Under The Sea". Maka wife aku pun pakailah dress biru yang melambangkan laut. Sementara aku... sepatutnya pakai pakaian lanun (cuba refer blog lepas). Sempat jugak bergambar pakai pakaian lanun dengan backdrop tema. Tapi lepas tu aku terus bukak pasal seganlah pulak nak pakai, especially bila aku nengok majority semua orang pakai baju biasa je. Heran jugak aku, selalunya dia orang memang sporting participate bergaya ikut tema, tapi kali ni macam kuranglah pulak. Kalau aku terus pakai baju lanun, mesti orang-orang yang duduk sebelah aku suspen je dan simpan wallet dan beg duit masing-masing dengan kemas. Macamlah aku nak sebat diorang punya duit, padahal memang pun! He he he...! (ketawa jahat).

Pancaran laser yang mengerikan!
Kami sampai dewan agak terlambat sebenarnya. Semua orang dah dapat tempat duduk. Jadi kami duduk mana tempat yang available ajelah. Semua orang kat meja tu aku tak kenal. Wife aku of course-lah kenal. Masuk-masuk dewan aje ada pancaran laser yang berapi-api merata-rata tempat. Laser tu jenis yang betul-betul power pulak tu. Beberapa orang yang terkena laser telah cedera dan dimasukkan ke hospital untuk dibedah siasat. Lalu pihak pengurusan telah diarahkan untuk menukarkan pancaran laser yang merbahaya tu kepada lampu laser untuk show punya. Rupanya lighting man dah tersalah beli laser daaa... Dia pergi beli laser dari askar daaaaa... Patut beli kat kedai lampu je... Setelah diganti, barulah semua orang enjoy nengok persembahan laser yang memukau itu. Memang suasana sebijik macam dalam laut sehinggakan ada beberapa orang pemancing tegar entah dari mana siap bawak perkakas pancing nak memburu ikan marlin dan sailfish. Sempat jugak aku meng-interview lighting man tadi, dan dia mengaku bahawa dialah orangnya yang bertanggung jawab memancarkan laser hijau kat mata goalkeeper Indonesia masa lawan bola AFC dulu.


King Neptune pun ada datang dinner kami.







Menu makanan kami adalah makanan barat ala Perancis kot. Ada udang harimau yang masih mengaum yang diimport khas dari zoo Taiping. Ada ikan salmon dari Alaska. Ada ayam dari reban ayam. Dan ada steak lembu dari Jamaica. Selain tu ada jugaklah dessert seperti cokelat, biskut dan entah apa lagi. Cukuplah buat lapik perut.

Aku berjaya menjinakkan udang harimau yang ganas ini sebelum aku menjamahnya.