Bahagian 2
3 September 2017 - Memohon para pembaca yang budiman untuk menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah buat saudara-mara kita yang telah pergi meninggalkan kita menuju ke alam abadi. Wajah-wajah mereka ada sebahagiannya terpapar di sini. Mendoakan roh mereka tergolong bersama roh para syuhada, para mukhlisin. Al -Fatihah.
Baik. Kita sambung lagi kisah persidangan Kerabat 10 TOI. Sukaneka kanak-kanak diteruskan lagi. Kali ini untuk kanak-kanak yang lebih berusia. Jadi kami suruh Amier ambil bahagian. Amier menurut tanpa membantah. Tubuh badan Amier memang agak besar sedikit berbanding kanak-kanak yang lain walaupun usia Amier pada hari itu baru 11 tahun. Acara yang dipertandingkan ialah acara meniup belon sehingga pecah. Wow! Agak mencabar juga game ini. Bab-bab tiup belon ni memang bukan kepakaran Amier. Belon kuning yang ditiup Amier memakan masa lebih lama untuk membesar. Apatah lagi untuk meletup dan pecah. Tak apalah. Yang penting participation.
![]() |
Amier dan anak-anak yang lain sedang beratur menanti arahan. |
![]() |
Masing-masing memegang belon. |
![]() |
Standby untuk memulakan tiupan. |
![]() |
Amier dah masukkan belon ke dalam mulutnya. |
![]() |
Dan mula meniup sekuat hatinya. |
![]() |
Tapi belon kuning seperti tak mahu mengembung dan membesar. |
![]() |
Banyak karbon dioksida telah dimasukkan ke dalam belon. |
![]() |
Dan belon semakin membesar. |
![]() |
Dan terus membesar. |
![]() |
Malah ada belon yang telah ditiup terlalu besar. Menanti masa untuk meletup. |
![]() |
Belon kuning Amier masih maintain comel. |
![]() |
Anak ini telah meniup belon birunya sehingga begitu besar sekali. |
![]() |
Adikku bersama Yana. |
![]() |
Isteriku dah selesai makan. |
![]() |
Ibuku bersama ipar dan sepupu-sepupunya. |
![]() |
Menikmati juadah yang disajikan. |
![]() |
Acara cabutan nombor/nama bertuah. |
![]() |
Jip memperolehi hadiah bertuah ini. |
![]() |
Lagi hadiah diagih-agihkan. |
![]() |
Sabriena bersama Mama. |
![]() |
Pakcik Rizali turut hadir. |
![]() |
Saimo - orang kuat Kampung Assam Jawa. |
![]() |
Wak Yan dan Pakcik Matshah. |
![]() |
Sepupuku, Andi juga hadir. |
![]() |
Wak Bun sibuk melayan tetamu. |
![]() |
Lantas ditemubual. |
![]() |
Wak Bun membantu ibuku untuk minum air. |
![]() |
Ibuku diminta untuk mencabut nama tetamu yag berutah. |
![]() |
Sehelai kertas bertulis nama dipilih dan dikeluarkan. |
![]() |
Makcik Maznah juga hadir. |
![]() |
Emin mendapat hadiah cabutan bertuah. |
No comments:
Post a Comment