28 September 2019 - Kurang setahun yang lalu, Makcik Mini menjemput kami datang ke rumah barunya di atas tapak rumah yang lama di Assam Jawa, Kuala Selangor. Katanya nak memanaskan rumah. Maksudnya nak buat house warming-lah. Jemput jemaah baca doa sikit. Kami datang agak lewat. Masa tu majlis membaca doa selamat dah pun selesai. Jadi kami datang tinggal nak makan sajalah.
|
Hasyimi tak dapat menahan sebak apabila melihat daging kambing yang masih mengembek di dalam talam. |
|
Taufiq juga sedang menikmati juadah luar biasa itu. |
|
Kali ini Hasyimi memberikan sepenuh tumpuan ketika memakan daging kambing masak kari. |
|
Aduh!. Enaknya bagaikan berada di alam fantasia. |
|
Seorang lagi sepupuku, Khairil turut menjamu selera. |
Aku turut sama-sama beratur bersama para jemaah yang baru saja selesai membaca doa selamat. Bila tiba giliran aku, terus mencapai pinggan, mencedok lauk pauk yang beraneka rupa, warna, bau dan rasa. Tetapi yang sangat-sangat menarik perhatian aku ialah juadah kambing masak kari. Lauk yang itu aku kaut lebih sikit biar aku boleh mengembek labih kuat nanti. Wah! Bukan main puas lagi aku ketika mengunyah daging kambing yang sangat lembut seperti sotong itu. Lauk-pauk sampingan juga sangat banyak. Ulam-ulaman juga penuh di atas meja bagaikan belukar yang tumbuh melata. Begitu juga dengan kuih-muih yang pelbagai dari seantero benua dan dunia, serta planet di cakerawala. Dan sudah pasti disudahi dengan teh tarik special terlebih kaw yang sangat unik, menarik dan the bomb rasanya.
Oh! Kebetulan hari tu jatuh pada tarikh hari jadi sepupuku Hisham. Jadi kami buatlah majlis potong kek pulut kuning sambil menyanyikan lagu Happy Birthday versi Islamic. Setelah ibuku agak puas berada lama di samping adik beradiknya - Makcik Mini, Pakcik Tahar dan Pakcik Rizali, kami pun memohon diri untuk beredar. Kepada Makcik Mini sekeluarga, terima kasih kerana telah melayan kami dengan baik serta menjamu kami dengan makanan dan minuman yang hebat-hebat. Semoga Makcik Mini lebih seronok dan berasa selesa di rumah baru itu. Serta menjalani kehidupan harian dengan penuh berkah dan rahmah.
|
Ibuku bersama adik perempuan kesayangannya - Makcik Mini. |
|
Birthday boy - Hisham berdiri di tengah-tengah. |
|
Pakcik-pakcik dan makcik-makcikku, serta ibuku. |
|
Seronok dapat berkumpul adik-beradik macam ini selalu. |
|
Ha tepuk! Ha tepuk!! |
|
Selesai sesi bergambar. |
|
Sekejap lagi kami akan beredar. |
|
Terima kasih Makcik Mini. Ada kelapangan, kami akan datang melawat lagi. |