Bahagian 5
Tetamu semakin ramai memenuhi ruang dewan yang luas. Sebahagiannya aku kenal. Sebahagian lagi adalah tetamu yang dijemput oleh abang iparku. Suasana dewan semakin meriah. Alangkah akan lebih meriah dan berseri lagi bila pengantin pula yang masuk ke dalam dewan?
Dan pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, pengerusi majlis pun mengumumkanlah ketibaan pengantin, Farid dan Mira. Para tetamu terjenguk-jenguk mahu melihat kelibat pengantin yang segak tampan, dan ayu itu. Sabriena mengepalai rombongan pengantin. Sabriena telah ditugaskan untuk menabur kelopak mawar di atas hamparan permaidani merah. Wajah Sabriena agak serius. Memberikan tumpuan penuh seratus peratus terhadap tugasannya.
Abang-abang Sabriena, Syahmie dan Amier membacakan selawat ke atas Nabi ketika kedua mempelai masuk ke dalam dewan. Kedua pengantin berjalan tertib melewati permaidani merah. Dua orang anak-anak memegang selendang panjang yang dipakai oleh Mira. Farid melemparkan bukan saja senyumannya buat khalayak, tetapi juga sengihnya yang lebar sambil melambai-lambai. Tetamu berasa sangat teruja apabila kedua-dua mempelai ini masuk berarak bersama-sama keluarga dari pihak Mira.
Bersambung...
Abang Dato' Sunar hadir bersama anak-anaknya. |
Keluarga Makcik Linda bersama ibuku. |
Teman-teman rapat adikku. |
Bergambar bersama ibuku. |
Lagi tetamu datang masuk ke dewan. |
Abang Mansor mengalu-alukan tetamu. |
Sila jemput duduk. Tempat duduk bebas, tak perlu nombor. |
Rombongan pengantin sedang bersedia untuk masuk ke dalam dewan. |
Sabriena agak gementar. Tapi masih fokus. |
Telah sampai di muka pintu. |
Farid dan Mira tersenyum lebar. |
Sabriena mula menaburkan kelopak mawar. |
Farid tayang giginya yang putih bersinar. |
Masih banyak lagi kelopak mawar yang perlu ditabur oleh Sabriena. |
Mama memastikan Sabriena mengikut tertib yang betul. |
Syahmie dan Amier sedang berselawat ketika ini. |
Ditegur para tetamu, Farid tergelak kecil. |
Pengantin yang cantik sepadan. |
Sabriena masih serius. Masih maintain in character. |
Menghampiri pelamin. |
Pengantin duduk di atas pelamin. |
Pelamin telah dihias oleh Cikgu Nizam. |
Pengerusi majlis mengalu-alukan pengantin dan tetamu dengan rangkap-rangkap pantun. |
"Pisang emas dibawa belayar. Masak sebiji di atas peti. Perut saya sudah lapar. Bagi saya makan sebiji?" |
Keluarga di pihak Mira. |
Dari jauh mereka datang. |
Melihat pengantin masuk berarak. |
Sanak-saudara kami dari kampung. |
Sepupuku Wadi dan isterinya. |
No comments:
Post a Comment