m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, February 28, 2017

Bertahlil di rumah Datuk Jalaluddin Hassan

25 Februari 2017 - Mohon para pembaca menyedekahkan bacaan surah Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Hashimah (isteri kepada Datuk Jalaluddin Hassan) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira lebih tiga bulan yang lalu. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan para syuhada. Mendapat lindungan Allah dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Al Fatihah.


* * * * * * * * *


Kami mendapat jemputan untuk ke majlis tahlil di rumah artis / pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan di kediamannya di Ampang. Jemputan ini melalui group whatsapp Teater Hidayah. Setelah berbincang dengan isteri, kami putuskan untuk pergi ke majlis itu, sebab rumah Datuk Jalaluddin pun tak jauh dari rumah kami. Hanya sepelaung Tarzan aje. Lagi pun, Amier memang tersangat teruja untuk pergi.

Setelah solat maghrib, kami bersiap-siap untuk ke majis tahlil. Tapi sebelum tu, kami kena layan Sabriena yang tiba-tiba nak turut ikut. Kena pergi ke beberapa tempat lain sebelum kami menghala ke rumah Datuk Jalaluddin. Akhirnya kami sampai sesudah azan isyak berkumandang. Dan majlis baca Yaasiin dan tahlil pun dah selesai. Para tetamu nampak gayanya dah mula makan juadah yang disediakan. Masa ni aku dah jadi cuak. Tak kan datang untuk makan aje? Sepatutnya datang lebih awal, dapatlah kami bertahlil sekali.

Sebenarnya, masa dalam perjalanan ke rumah Datuk Jalaluddin, aku dah perasan kami akan sampai lewat - setelah majlis selesai. Lalu aku zikirkan Ya Baarii (salah satu nama-nama Allah yang bermaksud Maha Merancang/Mengadakan/Merencana) dengan harapan kelewatan ini akan memberikan kebaikan atau hikmah yang lain yang tidak kami jangkakan.

Waktu sampai tu, aku memang berasa agak malu. Al maklumlah, Datuk Jalaluddin pun bukannya kenal sangat kat aku. Maka aku nak makan pun segan, walaupun setelah dijemput oleh Datuk. Namun aku tetap menjamah sedikit makanan untuk memenuhi ajakan tuan rumah. Isteriku, Syahmie, Amier dan Sabriena yang ikut sama, makan dengan berselera sekali. 

Setelah seketika berada di situ, kami memohon diri untuk pulang. Aku bersalaman dengan Datuk Jalaluddin. Kemudian memohon untuk bertemu dengan ayahandanya, Tan Sri Ustaz Haji Hassan Azhari. Datuk Jalaluddin lantas memimpin tanganku dan membawa kami berjumpa dengan ayahandanya. Kami bersalaman. Sebelum beredar, kami sempat bergambar dengan Datuk Jalaluddin. Lalu kata Datuk, kenapa tak bergambar dengan ayahandanya sekali? Lalu kami masuk semula ke ruang tamu, dan bertemu dengan Tan Sri Hassan sekali lagi. Kali ini, Tan Sri Hassan pulak yang menarik tanganku. Kemas. Aku duduk di sebelah Tan Sri, sambil tangan kami masih berpegangan. Dan kami bergambar bersama - keluarga kami, Datuk Jalaluddin dan Tan Sri Hassan. 

Sempat jugak Tan Sri menduga Syahmie dengan meminta Syahmie menyambung bacaan ayat Al Quran yang dibacanya. Sebelum beredar, aku memohon izin untuk memeluk Tan Sri. Aku sendiri tak pasti apakah yang mendorong aku berbuat demikian. Mungkin kerana keakraban yang dizahirkan. Mungkin kerana sakinah/ketenangan yang dapat kurasakan ketika duduk bersebelahan dengannya. Mungkin juga kerana rindukan Allahyarham Ayahku. Aku bersalaman dan mencium tangannya sebelum pergi. Aku rasa ada dekat tiga atau empat kali aku mencium tangannya.

Kami berasa sangat bertuah pada malam itu. Walaupun kami ini bukanlah kenalan rapat, namun layanan yang telah diberikan oleh Datuk Jalaluddin, Tan Sri Hj Hassan, serta ahli keluarga yang lain, sangatlah luar biasa. Tutur kata mereka sangat lembut dan berhemah. Aku sangat-sangat tersentuh. Barulah aku nampak hikmah di sebalik kelewatan ini, ketika hadirin-hadirat sudah mula mengurang. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Perancang. Alhamdulillah.

Aku meneman dan mengawasi Sabriena makan.
Bergambar di ruang tamu.
Seronok sungguh kami dapat berjumpa dengan dua individu yang sangat hebat ini.

Saturday, February 18, 2017

Kenduri-kendara rumah Abang Anjang: Perhimpunan tak ternilai

Bahagian 4 (Akhir)

Persidangan meja bulat tidak  merumuskan apa-apa keputusan, melainkan mengukuhkan ukhuwah di antara kami. Dari meja bulat, kami berpecah-pecah kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk beraktiviti bebas. Aniza memulakan acara dengan menjual pelbagai jenis minyak wangi dengan pelbagai jenis wangian. Antaranya termasuklah wangian bunga, wangian kasturi, wangian pokok, wangian bayu pagi, wangian laut dan wangian embun. Terdapat juga edisi terhad buat collectors item. Wangian kentut namanya. Itu pun ada dua jenis. Wangian kentut bunyi kuat dan wangian kentut tak berbunyi. Harga minyak wangi yang dijual Aniza sangatlah berpatutan. Tak ingat pulak aku harganya berapa. Tapi para makcik ramai jugak yang membelinya. Masa tu minyak wangi yang edisi terhad tu dah habis stok. Kalau ada hari tu, sudah pasti akulah orang pertama yang membelinya.

Faidz dan Abang Zai mencari port santai di meja makan panjang.
Koas, walaupun mengantuk dan letih, masih kelihatan berseri-seri. Minggu depan dah nak kahwinlah katakan!
Kaum ibu sedang sibuk memilih minyak wangi yang dijual Aniza.
"Bagi satu botol minyak wangi bau bunga raflesia", kata kak Timah kepada Aniza.
Tak tau nak pilih yang mana satu. Semuanya berbau harum.
Amier memilih berteman di tangga.
Sedang kaum ibu asyik membeli minyak wangi yang dijual Aniza, kaum bapa pulak lagi sibuk bersembang pasal pick-up truck baru Abang Zai yang baru dicat warna hitam. Masing-masing nampaknya mengagumi warna kenderaan itu yang nampak sebegitu masculine. Warna hitam melambangkan ketampanan, kejantanan, kemachoan dan kesadoan. Semua yang ada di situ bagaikan terpukau dengan kegemilangan warna hitam itu. Masing-masing terpaku, terkaku, dan tercengang melihat pick-up truck warna hitam itu. Mulut ternganga besar. Biawak masuk mulut pun tak perasan. Semua bisu tanpa berkata apa-apa. Itulah penangan warna hitam pada pick-up truck baru Abang Zai.

Sedang mengagumi keindahan pick-up truck milik Abang Zai yang berwarna hitam pekat berkilat.
Masih lagi tergamam dan terpukau.
Tiba-tia Faridz berkata, "Kalau cat merah cun jugak kan?"
Rumah kampung Abang Anjang dan Kak Leha.
Rumah Negeri Sembilan.
Koas terus maintain berseri-seri dan bergaya jugak.
Tak puas sekadar melihat, Pian siap nak pegang-pegang lagi pick-up truck tu.
Sessi terakhir sebelum kami semua bergerak pulang adalah sessi bergambar. Semua ahli keluarga yang masih ada di situ berkumpul, bersusun-susun depan rumah, dan klik! Ganbar diambil. Beberapa shot sebagai kenangan. Sesudah bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Abang Anjang, Kak Leha serta ahli keluarga yang lain, kami terus masuk ke dalam kereta dan bermulalah perjalanan pulang kami menghala ke Kuala Lumpur.

TAMAT.

Bergaya dengan minyak wangi masing-masing.
Bauan yang sangat istimewa.
Bergambar beramai-ramai.
Kenangan berpanjangan.
Okay. Muka aku pun dah masuk dalam frame. Ehem!
Free style sekejap.
"Kalau ada sumur di ladang boleh kami menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, boleh kami menyinggah lagi!"

Friday, February 17, 2017

Kenduri-kendara rumah Abang Anjang: Persidangan meja bulat

Bahagian 3

Setelah seluruh tetamu yang hadir menyempurnakan hajat tembolok masing-masing dengan juadah enak masakan kampung, ramai yang telah memohon diri untuk berangkat pulang. Ahli keluarga, sepupu-sepapat kepada Abang Anjang meluangkan sedikit masa duduk berkumpul di meja bulat. Bagaikan bersidang. Berkisah tentang masa silam. Ketika mereka lebih rapat dan mesra. Diiringi gelak ketawa. Dan sesekali terselit juga kisah-kisah sayu apabila Allahyarham Ayah Atan dan Allahyarhamah Mak disebut-sebut nama mereka.

Mendukung anak dan cucu tersayang.
Pian dan Abang Zai.
Giliran Opah pulak yang memangku cucu.
Faridz dan Koas di satu sudut rumah.
Persidangan meja bulat. Suasana seperti ini tak ternilai harganya.
Berkumpul ahli keluarga dan saudara-mara.
Setelah tetamu semakin berkurang, anak-anak Abang Anjang-Mai dan Ani mengeluarkan kek hari jadi untuk meraikan hari lahir Abang Anjang yang kebetulan jatuh pada tarikh hari itu. Sejurus terlihat kek dengan tulisan Happy Birthday, Abang Anjang menjadi sebak. Kami beramai-ramai menyanyikan lagu hari jadi buat Abang Anjang. Kek dipotong. Dan kami bergambar beramai-ramai. Setelah itu barulah kek diagih-agihkan kepada yang masih ada di situ. 

Abang Anjang sangat-sangat terharu dengan sambutan majlis ringkas itu yang sangat bermakna. Dan persidangan meja bulat pada siang hari itu sangat-sangat merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan di antara kami. 

Bersambung...

Abang Anjang dan kek hari jadi.
Terusik hati Abang Anjang sejurus melihat kek ini.
Masih di meja bulat.
Bersama-sama menyanyikan lagu hari jadi untuk Abang Anjang.
Membuka kotak kek red velvet ini.
Mempersilakan tetamu menjamahnya.
Mai menyediakan kek untuk ayahanda tercinta.
Abang Anjang merasa kek yang terhidang.

Kenduri-kendara rumah Abang Anjang: Makan lagi selepas tahlil

Bahagian 2

Kita masih di Labu. Bukan di Tembikai. Bukan di Petola. Dan sudah pasti bukan di Kundur. Kita masih di Labu. Dan setelah para tetamu selesai bertahlil dan berdoa, kami terus beratur mendapatkan makanan tengah hari yang telah pun disediakan oleh keluarga Abang Anjang. Lauk yang pelbagai menanti untuk disambar oleh peminat-peminat yang setia. Semuanya lauk-pauk kampung. Lauk-pauk bandar kira tak kawan. Sesudah masing-masing memenuhkan pinggan dengan makanan, maka masing-masing mencari tempat atau port yang cantik untuk melabuhkan punggung bagi menikmati masakan yang telah pun berada di dalam pinggan. Doa makan pun dibacakan sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.

Intan dan Syura sedang menjamu selera. Syura makan nasi sampai dua pinggan pasal terlalu lapar.
Happy pasal dapat makan sedap.
Wajah Koas pada hari tu sangatlah berseri-seri. Pasal seminggu dua lagi dia dah nak jadi suami orang. Keh keh keh...
Koas bersama Allahyarham Abang Hj Khalid.
Siapalah pulak mamat enter frame ni? Siap tumpang makan pulak tu!
Para tetamu yang datang memang ramai.
Kaum ibu makan sambil bersimpuh di ruang tamu.
Kak Nopi dan Kak Esah sedang bersembang.
Kak Shidah dah selesai makan.
Sedang berbincang tajuk JKKK gamaknya.
Masih menikmati juadah.
Nyomp nyomp nyomp. Begitulah kira-kira bunyi para tetamu makan. Mulut tak menuturkan kata. Terlalu konsentrasi ketika makan. Tak satu komplen pun yang terkeluar dari walau seorang pun tetamu. Semuanya makan dengan penuh keasyikan dan sangat berselera. Dan sesudah makan, masing-masing mencari dinding untuk bersandar. Nasib baik rumah ni banyak dinding. Cukuplah untuk menampung sebilangan tetamu yang sangat ramai ini. Dari dinding ruang tamu, ke dinding bilik tidur dan dapur, sehinggalah ke dinding bilik air, dipenuhi dengan para tetamu yang menyandar dengan mata masing-masing layu hampir terlena.

Abang Naim bersandar di tiang seri rumah kampung ini.
Amier tak cari dinding. Amier terus cari katil untuk landing.
Syura dan Mak Teh nya.
Abang Zai dan Faridz baru nak makan.
Berbincang anak-beranak, lauk apakah yang sesuai dimakan dengan nasi ini.
Bergambar sebelum makan.
Koas masih lagi berseri-seri duduk di sebelah adiknya.
Yang datang lambat pun ada bahagian masing-masing. Pasal makanan yang disediakan memang banyak. Dikhabarkan untuk menampung tetamu seramai 2 juta pax. Tapi yang datang cuma 1.3 juta pax aje. Setelah habis makan, barulah kami bersembang santai dan panjang. Tajuknya pun pelbagai jugak. Tapi tuan rumah dah bagi syarat, kalau nak sembang, kena sembang pasal hal-hal kampung aje. Hal bandar tak boleh masuk port. Antara hal-hal kampung yang telah disenaraikan untuk dibualkan oleh para tetamu adalah seperti berikut:

1.   Cerita pasal musim buah-buahan
2.   Cerita pasal landak raya
3.   Cerita pasal ular sawa makan ayam
4.   Cerita pasal pokok durian depan rumah
5.   Cerita pasal JKKK
6.   Cerita pasal sungai cetek
7.   Cerita pasal kebun sayur
8.   Cerita pasal bunyi seram kat pokok besar
9.   Cerita pasal ayam dan itik dan angsa dan lembu dan kerbau
10. Cerita apa-apa saja yang berunsurkan kampung.

Bersambung...

Faridz memulakan makan. Bismillah.
Tetiba terkenang pulak zaman kanak-kanak ketika mandi parit di kampung.
Abang Zai cukup happy pasal dapat makan.
Allahyarham Abang Hj Khalid setelah selesai makan tengah hari.
Kak Esah sedang menuang air jus delima perasa cokelat ke dalam gelas.
Kak Long nak menjamah kuih-muih.
Faridz dan Allahyarham Abang Hj Khalid.
Tiga beradik duduk bersantai.
Kak Long masih tekenang-kenangkan kesedapan kuih yang dijamahnya sebentar tadi.
Aaahh! Lupakan pasal kuih. Kita makan nasi pulak.
Allahyarham Abang Hj Khalid dan Abang Anjang.
Duduk bersama Intan. Tapi Intan tak faham topik yang sedang dibincangkan ini. Peranan JKKK dalam kampung.