m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, October 11, 2015

Jangan tiru aksi ini di rumah

4 Oktober 2015 - Amaran! Untuk adik-adik di luar sana, jangan tiru aksi ini di rumah! Aksi apa yang tak boleh ditiru tu? Meh aku nak kisahkan sedikit.

Ini kisah negara kita Malaysia dilanda jerebu yang diimport dari negara jiran, Indonesia. Ingat tak minggu lalu? Masa tu bacaan jerebu kat Kuala Lumpur telah mencecah 1 juta IPU. Maknanya, cuaca sangat tidak sihat pada tahap gaban. Jarak pemandangan hanyalah kira-kira 10 milimeter sahaja. Tetapi, pada hari tu jugaklah aku dan kengkawan tenisku telah turun ke gelanggang Titiwangsa untuk bermain tenis. Memang jerebu tengah tebal. Malah bola pun tak berapa nak nampak. Kami main hentam libas aje reket kami. Kalau kena, kenalah. Kalau tak, tidaklah. Bola dah sampai kat depan batang hidung barulah kelihatan. Namun demikian, aku tetap mengambil langkah-langkah keselamatan demi kesihatan diri. Aku telah memakai topeng muka ketika di sana. Ada kengkawan aku yang siap sandang tong gas oksigen kat belakang dia. Dah macam penyulah pulak, kan? Kami habiskan jugak kesemua game yang kami main. Setelah selesai bermain, kami minum air banyak-banyak, sampaikan air kat Tasik Titiwangsa tu dah hampir kering kami kerjakan. Untuk adik-adik, sekali lagi aku nak ingatkan, ukur baju di badan sendiri. Ukur pernafasan di paru-paru sendiri.

Berehat seketika setelah menamatkan 25 set permainan.

No comments:

Post a Comment