Bahagian 1
28 Disember 2013 - Abang Zai dan Kak Long dan Faridz jugak memang dah merancang nak pergi mengerjakan umrah pada bulan Disember tahun lepas. Jangkanya akan bertolak kira-kira seminggu lagi. Tetiba dapat maklumat dari agen, tarikh penerbangan akan dipercepatkan ke esok harinya. Maka dalam keadaan kelam-kelibut yang luar biasa, kenduri doa selamat pun terpaksa dilaksanakan pada malam itu jugak. Memang dah tak ada time lain. Esok harinya dah nak terbang ke kota suci Makkah. Tetapi oleh kerana ada cable yang power, maka segala aturcara dapat jugak dilaksanakan dengan cepat dan jayanya.
|
Pian mengetuai dapur barbeque. |
|
Memasak barbeque memerlukan penelitian yang sangat terperinci. Itulah yang Pian sering lakukan bagi memastikan barbeque dimasak dengan sempurna. |
|
Dari pemerhatian Pian, ayam di atas grille baru masak sebanyak 77.36 % sahaja. |
Walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, sempat jugak ahli keluarga menyediakan alatan barbeque. Maka berlakulah operasi panggang-memanggang atau lebih dikenali dengan gelaran Ops Panggang. Yang dipanggang adalah ayam. Pelbagai jenis ayam ada dipanggang. Ini termasuklah ayam srandard, ayam kampung, ayam serama, ayam hutan, ayam sabung, dan ayam penyet. Ubi kentang pun ada jugak. Siap dipakaikan baju lagi kentang tu. Pakai baju besi pulak tu. Atau lebih specific, baju aluminium foil. Barulah rasa kentangnya akan lebih terserlah lagi.
|
Pian mempunyai seorang pembantu - Hidayat yang digaji RM150 sejam. |
|
Hidayat tengah take-over kerja Pian. |
|
Ali jugak nak dapat duit lebih. Lalu dia turut membakar barbeque. Hidayat bayar Ali sebanyak RM2 sehari. |
|
Adam - seorang jejaka pemalu. |
|
Ali sedang melaungkan azan sebelum solat maghrib. |
Majlis kenduri baca Yaasiiiiin dan tahlil serta doa selamat bermula dengan laungan azan oleh Bro Zainal atau lebih tepat lagi Tuan Syed Ali Zainal Abidin a.k.a. Ali. Laungan azan yang serba sederhana itu sudah memadai untuk menghalau kelompok syaitan buat seketika. Bukankah azan itu merupakan satu dakwah yang sempurna? Selepas solat maghrib berjemaah, kami tunggu sehingga orang surau datang, dan majlis pun bermulalah dengan lancar sehinggalah tamat membaca doa tahlil dan doa selamat.
|
Jemaah sedang membaca Yaasiiiiiin. |
|
Masih membaca Yaasiiiiiin. |
|
Para jemaah mengaminkan doa. |
|
Amin ya rabbal alamin. |
Lalu Abang Zai selaku tuan rumah meniupkan wisel, lantas menjemput para tetamu ke ruang makan dengan berteriak, "Jom kawan-kawan semua. Mari kita makan!!!" Dan wisel terus ditiup berkali-kali bagi memastikan setiap para tetamu tidak ketinggalan bagi mendapatkan makanan yang telah tersaji.
|
Abang Khalid mengetuai rombongan makan nasi. |
|
Beratur mendapatkan makanan. |
|
Pian membuat final inspection bagi memastikan kualiti bahan barbeque. |
|
Para jemaah sangat teruja dengan juadah yang pelbagai yang disajikan. |
|
Hafez dan Aniza mencedok lauk. |
|
Abang Ngah dan Abang Naim di meja makan. |
Makanan yang disediakan agak banyak dan pelbagai. Dan enak-enak jugak. Memang lumrah kalau ada majlis kenduri di rumah Kak Long, mesti juadahnya agak luar biasa dan hebat. Aku dapat melihat para tetamu bagaikan tak tau nak pilih lauk mana kerana kesemuanya nampak sangat menyelerakan. Para ahli keluarga masing-masing membawa masakan masing-masing yang menjadikan juadah yang terhidang di atas meja sangat warna-warni menu-nya.
|
Nadia gembira pasal dapat makan. |
|
Akid terpaku di depan makanan. Akid dalam dilema - nak makan atau nak diet. |
|
Abang Leman dan Abang Karim berdiskusi pasal penemuan pesawat MH370 di Brazil, sempena Piala Dunia Bola Sepak. |
|
Pian merekrut Acap dan Ali sebagai pembantu dengan gaji RM 80 sejam. |
|
Pakar membancuh air antarabangsa - Koas. |
|
Amin sedang nak makan rumpai kering. Di sebelahnya Kak Ita dan Ika. |
Mula-mula kaum bapa ambil makanan dulu. Lepas tu barulah kaum ibu pulak. Errr... bagi kaum bujang dan kaum dara mereka tak makan gamaknya, pasal mereka ini bapa bukan, ibu pun bukan. Lalu terpaksa diadakan pulak dua kategori baru - kaum bujang, dan kaum dara. Barulah semua orang dapat makan dengan penuh berselera.
Bersambung...
|
Giliran kaum ibu mendapatkan makanan. |
|
Kak Ita, Ika dan Wanie. |
|
Hidayat, Ardi dan kawan Ardi di laman luar. |
|
Syahmie sedang termenung. |
|
Dua orang kawan karib. |
|
Berkumpul kaum kerabat. |
No comments:
Post a Comment