Ingat lagi tak? Kira-kira sebulan lepas, negara kita dilanda jerebu yang sangat kronik. Sampai ada sekolah yang kena tutup sekolah. Sampai ada pejabat yang kena tutup pejabat. Sampai ada pengisytiharan darurat. Sampai ada yang batuk-batuk, sakit tekak, kena asma dan sesak nafas. Semua ni angkara pembakaran terbuka di ladang-ladang sawit di Sumatera. Dan rakyat Malaysia di Malaysia terpaksa menanggung kemudaratan ini setiap tahun pada sekitar bulan Jun yang sama.
|
Bangunan-bangunan pencakar langit sudah mula melenyap ditelan ketebalan jerebu. |
|
Malah Twin Towers KLCC yang tersangat gah itu pun sudah mula menghilang perlahan-lahan. |
Walaupun bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) telah menghampiri tahap sesangat berbahaya yang dahsyat dan mengerikan, tapi aku dan beberapa kawan tenis aku tetap turun main tenis kat Taman Tasik Titiwangsa. Seperti yang kami jangka, tak ramai yang datang. Malah aku dan Abang Asri pun mula-mula teragak-agak jugak untuk datang. Tapi oleh kerana kami dah berehat untuk dua minggu, maka keinginan untuk kembali ke gelanggang tenis telah meluap-luap. Akhirnya kami hadirkan diri juga ke gelanggang. Cukup-cukup empat orang untuk memenuhkan satu korum. Selain aku dan Abang Asri, Abang Md Nor dan Emi turut hadir. Kami dapat main cuma satu set aje sebelum beredar pergi.
|
Abang Asri baru aje dibeli Chelsea dan Mourinho dengan nilai hampir mencecah RM750 juta. |
Di gelanggang, kami terpaksa bawak tong gas oksigen masing-masing. Maklumlah, takut kalau-kalau tetiba nafas semput. Jarak penglihatan masa tu sangatlah dekat - kira-kira cuma dua tiga kaki aje. Masa kami main tenis tu pun, kami tak nampat bola. Main hentam pukul aje ikut instinct. Bukan saja bola yang kami tak nampak, malah reket yang kami pegang pun kami tak nampak. Bagaikan si buta bermain tenis di dalam kegelapan malam. Walau pun begitu keadaannya, kami tetap puas hati, pasal dapat jugak mengeluarkan peluh berlari-lari mengejar bola tenis yang entah di mana kelibatnya.
|
Abang Md Nor terpaksa menyedut gas oksigen dari tangki untuk mendapatkan semula power. |
Minggu selanjutnya, cuaca jerebu dah semakin berkurangan. Kami dapat bermain dengan lebih konsentrasi dan menyeronokkan. Foong yang dah lama tak join kami, turut hadir dan bermain dengan kami pada hari tu. Kami memang sangat-sangat berharap agar mutu permainan kami akan meningkat dari semasa ke semasa, walaupun ketika cuaca dilanda jerebu dengan IPU 1000!
|
Abang Md Nor sedang memeriksa bacaan IPBB (Indeks Pencemaran Bau Badan). He he he... |
No comments:
Post a Comment