m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, May 17, 2013

Ikatan Hazwan dan Eida: Bertunang-tunang dahulu

Bahagian 5

Bila kedua-dua rombongan pengantin lelaki dan perempuan dah bertemu dan bertentang mata, maka masing-masing pun dipersilakanlah duduk di atas tapak perundingan. Memandangkan pihak pengantin perempuan biasanya akan dianggap sebagai tuan rumah, maka pembuka bicara pun dari pihak pengantin perempuanlah jugak.

Wakil pengantin lelaki diketuai oleh Abang Zai.
Masing-masing sedang menanti dengan penuh debaran akan pembuka kata dari pihak pengantin perempuan.
Memberi perhatian terhadap ucapan wakil pengantin perempuan.
Wakil perempuan: 
"Ramai sungguh orang kat sini,
Berbaju cantik berwarna-warni,
Apa hajat datang ke mari?
Ada Jom Heboh ke dekat sini?"

Wakil lelaki (Abang Zai):
"Terima kasih kerana memuji,
Penampilan kami memanglah tampan,
Ada hajat besar kami ke mari,
Hendak menyunting bunga di taman."

Wakil perempuan:
"Bunga kat Putrajaya ni tak boleh disunting,
Nanti kena saman dengan majlis bandaraya,
Dengarlah nasihat ini yang sangat penting,
Suntinglah anakanda kami yang ayu jelita."

Wakil lelaki:
"Memanglah kami nak sunting anakanda saudara,
Sunting pokok bunga nak buat apa,
Kalau dah confirm, jelas dan nyata,
Kita teruskan ajelah proses pertunangannya."

Dan disertai dengan hilai tawa para hadirin. Dan upacara bertunang pun dijalankanlah dulu sebelum upacara akad nikah. Dan barang-barang hantaran pun ditukar suka sama suka. Masing-masing nampaknya sangat berpuas hati dengan segala adat istiadat yang telah dijalankan tadi. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang menarik di antara wakil pengantin lelaki dan wakil pengantin perempuan. Lalu aku pulak yang berpantun:

"Barang hantaran dibeli di London,
Dari London, baliklah ke Malaysia,
Pakaian wakil lelaki dan wakil perempuan nampak sedondon,
Memang dah berjanji ke abang-abang berdua?"

Bila semua hadirin terperasan akan kesamaan pakaian antara Abang Zai dan pakcik kepada Eida, kami pun macam terpaku, terkagum, terharu, dan berasa lucu jugak. Dan berderailah ketawa dari kami semua. (Tapi ketawa kami tak terlalu kuat pasal kat dalam masjid).

Wakil pengantin perempuan menjual pantun.
Kata-kata yang disusun sungguh mendalam maknanya. Ada di antara kami yang tak dapat memahaminya.
Menanti kata balas dari pihak pengantin lelaki pulak.
Perundingan sedang dijalankan.
Kata sepakat telah dipersetujui.
Kak Esah sebagai bakal ibu mentua telah menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Eida. Dan Eida lantas bersalaman dan mencium tangan Kak Esah dengan penuh kasih sayang. Maka telah sahlah Kois dan Eida kini sebagai pasangan tunang. Belum sempat pun mereka ber-dating sebagai tunangan, tetiba Tok Kadi telah panggil mereka. "Jom ke sini kamu berdua. Kita kawin dulu, baru kita pergi dating". Dan semua hadirin pun pergilah menghala ke tempat juru nikah duduk bersila.

Bersambung...

Kak Esah menyarung cincin di jari Eida.
Mencium tangan bakal mak mentua.
Sah menjadi tunangan orang.
Reporter dari CNN dan Al-Jazeera turun membuat liputan secara langsung.
Menanti saat untuk bertukar-tukar barang hantaran.
Majlis berjalan lancar.
Wakil pengantin perempuan memberi kata penutup majlis.
Jom kita bersalaman tanda sepakat muafakat.
"Salam aje ke? Tangan tak isi apa-apa ke?"
Semua tetamu berasa lega. Satu hal sudah selesai.

No comments:

Post a Comment