Bahagian 6
Di Dewan Felda Perdana, semua hadirin tiba-tiba menjadi senyap sepi seketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik bersahut-sahutan di segenap ruang dewan yang sangat luas. Masing-masing tertanya-tanya, apakah yang sedang berlaku? Setelah seketika masing-masing dalam keadaan kebingungan, tiba-tiba muncullah pasangan pengantin berpakaian sangat indah masuk ke dalam dewan dengan senyuman semanis pesakit diabetes dipancarkan pada wajah kedua-dua mempelai. Mendahului mereka adalah tetamu-tetamu istimewa yang terdiri dari kaum keluarga, ayah dan ibu pengantin. Aku turut terperasan seperti terlihat kelibat Tun Hanif Omar berarak bersama dengan tetamu yang lain.
|
Pakcik Udin sedang malangkah masuk ke ruang dewan menuju tempat duduk khas. Di sebelahnya adalah seorang VIP. Adakah itu Tun Hanif Omar? |
|
Antara tetamu istimewa di tempat duduk khas. |
|
Tempat duduk khas depan pelamin. Antaranya ialah Makcik Datin Jamiah. |
Pasangan pengantin berpakaian ala western berjalan berpegangan tangan. Pengapitnya jugak pada asalnya nak berjalan berpegangan tangan jugak. Tapi telah kensel pada last minute pasal takut menjadi tumpuan ramai pulak nanti. Hana memakai gaun putih labuh sambil memegang jambangan bunga warna merah yang sangat striking. Azlimi pulak memakai jaket tuxedo warna kelabu perak dan bertali leher cokelat. Pun sangat segak bagaikan pengantin baru. Eh! Memang pun mereka ni pengantin baru, kan? Lumrah pengantin baru, mereka berjalan sangatlah perlahan. Kebetulan ada pulak seekor siput daun masuk ke dewan dan berjalan di atas red carpet, siap boleh over take lagi pasangan Azlimi dan Hana.
|
Itu dia pasangan pengantin sudah mari! |
|
Pengantin berganding berpakaian cantik. |
|
Wajah pengantin sangatlah ceria tak terhingga. |
|
Pengantin kena berhenti kejap pasal juru kamera tak puas-puas nak ambil gambar. |
|
Wajah berseri terserlah pada penampilan. |
Majlis dimeriahkan lagi dengan acara hiburan dan permainan seksofon oleh sebuah kumpulan muzik. Kalau tak silap aku dari UiTM kot. Dendangan mereka memanglah sangat memukau telinga. Lagu yang dimainkan pun berentak santai dan bersahaja. Tiada lagu rock kapak. Tiada lagu jazz. Tiada jugak lagu hip hop. Bukan jenis lagu untuk orang menari dan bersorak. Sekadar lagu untuk orang mendengar sambil lalu.
|
Dendangan lagu santai dari kumpulan penghibur dari UiTM. |
|
Tetamu istimewa duduk di depan pelamin. |
|
Pengantin naik atas pelamin sangat berhati-hati. |
|
Memberi sembah hormat kepada tetamu istimewa. |
|
Duduk tenang di atas pelamin indah. |
Setelah kedua mempelai naik dan duduk di atas pelamin, doa pun dibacakan oleh seorang ustaz jemputan. Para hadirin menadah tangan dan mengaminkan doa, khusus buat pengantin baru. Setelah doa dibacakan, ada pulak acara merenjis dan menepung tawar. Tepung tawar itu telah disediakan oleh chef negara yang tersohor yang namanya perlu dirahsiakan. Namun sempat jugak aku mendapatkan resipi tepung tawar yang disediakan itu. Beginilah resipinya:
1 kilogram tepung gandum (pastikan jenis yang tawar)
2 cawan tepung beras (pastikan jenis yang tawar)
3 sudu tepung jagung (pastikan jenis yang tawar)
1 gelas besar air masak yang tawar
1 camca tepung penaik (juga yang tawar)
5 sudu minyak zaitun yang tawar
Semua ramuan tadi hendaklah digaul hingga sebati sehingga kelikatannya amat sesuai untuk majlis menepung tawar. Sebelum menepung tawar, perlu rasa sedikit ramuan tadi untuk memastikan ia betul-betul tawar. Kalau letak gula, nanti ramuan tadi jadi manis. Kalau letak garam, sudah pasti ramuan tadi menjadi masin pulak. Nanti istilahnya dah jadi lain. Bukanlah lagi menepung tawar, tapi jadi "menepung manis" atau "menepung masin" pulak!
|
Bacaan doa sebelum acara dilangsungkan. |
|
Tiga orang adik Azlimi - Azfar, Wati dan Ema. |
|
Abang Azlimi - Andi. |
|
Amier menunjukkan tanda 1 Malaysia - dua kali. |
Acara menepung tawar dan merenjis berlangsung dengan sangat lancar. Antara yang naik ke atas pentas untuk menyempurnakan acara ini ialah ayah dan ibu pengantin, pakcik dan makcik pengantin, penyelia Dewan Felda Perdana, penjaga perpustakaan sekolah Cochrane dan noja Masjid Alam Shah Cheras. Maka pakaian kedua-dua pengantin penuhlah dengan ramuan tepung tadi. Jenuh jugak pengapit pengantin lelaki dan perempuan nak membersihkan pakaian pengantin. Siap kena pakai sabun Dynamo lagi.
|
Pakcik Datuk Zahari dan Makcik Datin Jamiah menepung tawar pengantin. |
|
Pakcik Udin dan Makcik Razmah pulak merenjis dan menepung tawar. |
|
Ayah dan ibu pengantin lelaki di atas pentas. |
|
Makcik Razmah mengucapkan tahniah kepada Hana. |
|
Pakcik Rizali mengungkapkan sesuatu kepada menantunya. |
|
Selesai sudah menepung tawar dan merenjis. |
Kami semua semakin teruja apabila acara merenjis dan menepung tawar telah selesai. Bau makanan yang terhidang di atas meja semakin menusuk hidung. Air liur meleleh membasahi lapik meja. Ruang dewan semakin bergema dengan bunyi perut lapar yang bagaikan suara sorakan di stadium bola sepak. Wajah para tetamu nampaknya dah semakin ceria. Kerana masing-masing tahu, waktu makan telah hampir tiba. Tinggal menanti detiknya sahaja.
Bersambung...
|
Amier dah bersedia untuk makan malam. |
|
Melihat menu pada malam itu - Ketam masak 3 rasa, ayam belanda salai bercili, daging kijang masak kicap, abc jagung, dan sebagainya. |
|
Pengantin telah selamat direnjis dan ditepung tawar. |
|
Pengapit pengantin perempuan sedang membersihkan segala kotoran dari tepung tadi pada baju Hana. |