m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, January 24, 2013

Amier melangkah ke sekolah baru

Pada 28 Disember 2012 (tahun lalu) Amier kena pergi ke Sekolah Kebangsaan Ampang untuk sessi orientasi. Pagi-pagi lagi dia dah bersiap dengan pakaian uniform sekolah. Amier pun nampak teruja jugak. Memang dia agak bersemangat untuk ke sekolah. Selepas berkumpul di tempat letak kereta, semua murid dibawa ke kelas masing-masing. Kelas darjah satu semua terletak kat tingkat tiga. Sementara tu mak bapak kena berkumpul kat dewan sekolah untuk dengar taklimat dari guru besar dan guru-guru lain yang berkenaan.

Ibu bapa sedang berkumpul di dewan mendengar taklimat dari guru besar sekolah.
Budak-budak tahun satu berkumpul di tempat letak kereta.
Amier nampak releks aje.
Guru Besar sekolah - Hajjah Khodijah.
Matahari mula meninggi. Kejap lagi Amier akan masuk kelas.
Guru penyelia petang - Puan Mahani Hamzah (Kakak Mazuin Hamzah).
Selepas habis taklimat, aku dan isteriku bergegas mendapatkan Amier yang berada di kelas. Sebelum tu, isteri aku pergi dapatkan buku pinjaman kat satu ruang kat sekolah tu. Berasak jugaklah gamaknya. Dan aku terus ke kelas Amier untuk membuat bayaran tertentu kepada guru yang bertugas. Entah kenapa, panjang pulak barisan aku kena beratur untuk membuat bayaran tu. Hari memang tengah panas terik. Angin pulak tak ada. Memang semua mak bapak yang beratur sampai berpeluh-peluh dan belengas tubuh badan. Untuk satu ketika tu, tiba-tiba garisan tak bergerak-gerak, macam kereta kena traffic jam. Apa sudah jadi sebenarnya? Rupa-rupanya ada satu bapak budak ni dia banyak pulak tanya soalan pada guru kelas. Lepas dah bayar tu, dia siap tanya macam-macam pulak lagi. Antara soalannya ialah:

Berapa ramaikah pelajar kat kelas tu? Itu kira soalan yang relevanlah. Kami tak kisah. Kemudian ditanya pulak, tahun berapa sekolah tu ditubuhkan? Masih kira okay lagi. Lepas tu, berapa luas kawasan sekolah secara keseluruhannya? Kami masih boleh terima. Tapi yang kami tak tahan dan tak sabar tu bila dia siap tanya, siapakah Presiden Nigeria yang ke-19? Apakah makanan kegemaran rakyat Nicaragua? Apakah nama pelanggan pertama yang masuk ke Pasaraya Tesco di Cheras pada tahun 2013? Dan banyak lagi soalan-soalan yang tak masuk akal diajukan kepada guru kelas. Mak bapak yang lain terpaksa menunggu dekat lima hari lima malam sebelum tiba giliran untuk membuat bayaran pulak.

Amier sedang khusyuk mewarna kertas yang diberikan guru.
Mak bapak beratur panjang kat luar kelas untuk membuat bayaran kat guru kelas.
Sementara menunggu tu, aku sempat melihat gelagat beberapa pelajar yang sekelas dengan Amier. Ada yang agak agresif. Siap buat demo sesama sendiri cara-cara nak membelasah orang. Aku dan ada sorang lagi mak budak yang beratur agak tergamam melihatkan gelagat bebudak kelas tu yang banyak dipengaruhi budaya yang dipamerkan di televisyen tentang keganasan. Budak yang duduk sebelah Amier tu pulak asyik kacau Amier aje. Pinjam pensel lah. Pinjam colour lah. Pinjam kertaslah. Pinjam beg, pinjam meja, pinjam baju. Segala benda dia nak pinjam. Aku sendiri pun rimas dengan kelakuan budak tu.

Dah nak pukul 12 tengah hari. Dan aku masih beratur dalam keadaan yang kurang sabar.
Kelas Amier.
Antara kengkawan sekelas Amier.
Pemandangan dari koridor depan kelas Amier.
Mak bapak yang beratur terkemudian dah faham benar perasaan beratur lama-lama dalam barisan di luar kelas. Maka segala proses pembayaran dibuat secepat mungkin tanpa banyak menyoal apa-apa soalan kepada guru kelas. Dan bila tiba giliran aku, untuk mengekspresi betapa aku tak nak banyak membuang masa membuat bayaran, aku telah mengeluarkan sekeping duit matawang USD100, meletakkan di atas meja guru lalu berkata, "Keep the change". Dan terus berlalu pergi. Guru kelas yang melihat perbuatan aku itu agak terkedu, dan telah terpaku, tergamam dan tercengang selama tiga hari tiga malam. Aku dan isteri terus mendapatkan Amier dan beredar dari situ dengan segera. Hari tu hari Jumaat. Aku kena segera pulang untuk bersolat Jumaat di masjid.

Amier masih mewarna dengan tekun.
"Pinjam ko punya kaler", kata budak sebelah Amier.
Masa untuk pulang.

2 comments:

  1. Hahaha :D

    Untung budak yg duduk sebelah Amier! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak tu buli Amier, walaupun badan Amier lebih besar dari budak tu. Lepas kena sound dgn sepupu Amier & cikgu kelas, barulah dia behave sikit dan jadi kawan balik.

      Delete