m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, September 24, 2012

Majlis campuran: Persediaan bersengkang mata

Majlis campur-campur akan berlangsung esok harinya. Oleh kerana majlis ni bolehlah dikategorikan sebagai sebuah majlis yang complicated, maka persediaannya pun kira kena beria-ia jugaklah. Majlis ni bakal diadakan di pusat tadika kakak iparku, Kak Timah. Nama tadika tu ialah Kidz Cabin yang terletak di Ukay Heights. Tempat dia luas. Maka mudahlah para tetamu dan anak-anak kecil nak berlegar-legar secara bebas.

Abang Khalid sedang hias pelamin.
Pada sebelah malam, aku nengok Abang Leman dan Abang Khalid sibuk memasang pelamin untuk Sabriena. Besoknya Sabriena akan diraikan. Jambulnya akan dicukur. Kak Long memang sangat teliti kalau buat majlis-majlis yang macam ni. Kak Long bertanggungjawab menguruskan segala operasi majlis supaya ianya dapat berjalan dengan lancar. Perhiasan, guests flow, makanan, semua diambil kira. Kakak-kakak ipar dan abang-abang iparku, serta ayah mentuaku dan ibuku  yang lain juga berperanan menyiapkan macam-macam hal. Antaranya termasuklah rebus telur, buat bunga rampai, masak acar buah, pasang bunga telur, hias bunga, decorate buah kelapa, pasang bunga telur, siapkan goodies bags dan macam-macam benda lagi supaya esok hari tak kelam kabut.

Abang Leman dah ada kat Kidz Cabin sejak petang, menguruskan rekabentuk pelamin untuk Sabriena.
Anak-anak buah membantu apa-apa yang patut. Yang laki-laki sibuk menampal nama-nama arwah kat buku Yasiiiin. Semua bersengkang mata sampai ke pagi buta. Begitu tekun dan bersungguh-sungguh masing-masing buat kerja. Aku sangat mengagumi semua orang yang terlibat. Dan aku... lepas tengok semua orang ada tugas masing-masing, balik rumahlah dan tidur. Esok aku kena fresh pasal nak dukung Sabriena berarak keliling jemaah, supaya jambul Sabriena boleh potong.

Ali, Hidayat dan Akid sedang tampal nama-nama arwah kat Yaasiiiin.
Masing-masing dah pedih mata mengantuk. Tapi ditahan jugak sampai kerja selesai.

No comments:

Post a Comment