m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, July 26, 2012

Awal Ramadhan bersama Syahmie

Hari Jumaat lalu, aku dan isteri ke Gemencheh selepas solat Jumaat untuk jemput Syahmie bercuti awal Ramadhan dengan kami kat Ampang. Masa tu wife aku baru aje keluar hospital pasal sakit perut yang amat sangat. Masa sampai kat Gemencheh, kami perasan MRSM tempat Syahmie belajar tu dah agak lengang. Kebanyakan pelajar pulang bercuti sebelum solat Jumaat. Kami aje yang datang lambat pasal wife aku discharge dari hospital pun agak lewat.

Dengan Syahmie sebelum pulang ke KL.
Semasa Syahmie berada di rumah, kami ambil kesempatan suruh Syahmie mengimami kami dalam solat tarawih. Kami suruh dia baca surah yang panjang-panjang sikit. Kalau baca Quran dalam solat, lebih mudah diingat dalam hati. Aku, isteriku, Wanie, ibu ayah serta kakakku semua solat jadi makmum di belakang Syahmie yang membaca sebahagian surah Al-Baqarah. Bak kata orang tua-tua sejuk perut mak mengandung. Perut mak aje yang sejuk. Perut bapak tak sejuk. Tapi yang aku rasa sejuk ialah muka aku. Eh! Tak pernah pulak aku dengar bidalan sejuk muka bapak mengandung. Setelah kajian dibuat, barulah aku perasan, angin aircond tu menghala straight ke muka aku. Patutlah sejuk.

Syahmie dengan mamanya.
Kami jugak bertadarus selepas solat tarawih. Satu malam satu juzuk. Kami baca semuka dua muka aje. Yang lainnya kami bagi Syahmie yang baca, pasal dia baca laju macam jet pejuang Rusia, sedangkan aku sendiri terkial-kial nak habiskan satu muka.

Beg galas Syahmie dah rabak. Tapi dia jahit bagi boleh pakai lagi.
Memeriksa barang-barang yang perlu dibawa Syahmie ke asrama.
Syahmie kami hantar pulang ke Gemencheh pada hari Ahad. Travel waktu puasa agak meletihkan jugak. Tak boleh makan-makan dan minum-minum untuk hilangkan ngantuk. Dua setengah hari berpuasa bersama Syahmie macam terlalu sekejap. Lepas ni kami akan jemput lagi Syahmie untuk beraya puasa pulak. Masa ni cuti dia mungkin lebih lama sikit. 

Syahmie posing sendiri.
Kolam tadahan ini betul-betul buat aku geram. Dari atas tebing tinggi pun aku boleh nampak ikan-ikan berenang-renang. Siap buat akrobatik lagi.

No comments:

Post a Comment