m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, November 9, 2011

Blackie palsu tiba-tiba muncul

Suatu petang yang damai, aku balik dari ofis setelah penat bekerja mencari rezeki yang halal. Sesampainya di rumah, aku nampak kelibat Blackie (anak Snowcat) berlari ke bawah kereta. "Eh! Blackie terlepas kandang! Macam mana boleh lepas?" bisikku dalam hati. Aku pun terus menerjah ke kandang kucing. Di dalamnya ku nengok Blackie sedang asyik bermain dengan adik-beradiknya yang lain. "Eh, kalau yang ni Blackie, yang tadi tu siapa?" hati kecil aku bertanya kat kaunter pertanyaan. Setelah diamat-amati, barulah aku pasti, rupanya ada seekor kucing yang mirip Blackie sedang menyamar sebagai Blackie untuk curi makan kat tempat kami.

Dari hari ke hari kami mencari peluang untuk menangkapnya. Tapi gagal. Blackie palsu terlalu licik. Saiz badannya sedikit besar dari Blackie yang original. Satu hari, dengan tipu muslihat dan taktik yang lama, aku berjaya memperdaya Blackie palsu. Aku jerit, "Tengok! Siti Nurhaliza!" Blackie palsu pun menoleh. Ketika dia menoleh itulah aku cekup tengkuknya. Dan dia akhirnya berjaya diberkas.

Aku dan isteriku puas menyoal siasat Blackie palsu. "Siapa hantar kamu? Kamu kerja dengan siapa? Kamu perisik dari daerah mana?" Blackie palsu yang nampak pucat dan ketakutan cuma berdiam diri dan enggan berkata-kata. Akhirnya kami menyerah kalah. Kami fikir dia mungkin juga dari kerabat Snowcat. Tapi bila kami masukkan ke dalam kandang, nampaknya Snowcat jadi gelisah dan tak senang duduk dengan kehadirannya. Berkali-kali aku dengar Snowcat memarahi Blackie palsu. Maka sahlah bahawa Blackie palsu bukanlah dari keturunan Snowcat. Apa tah lagi setelah ujian DNA turut dilakukan untuk mendapatkan keputusan muktamad.

Akhirnya Blackie palsu kami lepaskan. Kami berikan amaran supaya tidak lagi berdamping dengan keturunan Snowcat. Sesekali kami biarkan jugak Blackie palsu makan makanan Snowcat. Dan Snowcat pun nampaknya tak berapa kisah akan hal itu.

Blackie palsu di dalam lock-up.

Blackie palsu ketakutan yang amat sangat.

No comments:

Post a Comment