Bahagian 8 (Akhir)
21 Oktober 2021 - Kami bagai sedang berkampung seketika di laman selera sambil menjamah juadah dan bersembang santai tentang teater, tentang seni, tentang keluarga, tentang bisnes, tetapi bukan tentang bola, sebab masa itu memang bukan musim bola. Bayang Ronaldo dan Messi pun tak terlihat di layar tv.
Entah mengapa, sebahagian daripada kami yang memang bukan kaki sembang pun berasa sangat selesa berada di situ. Kami jadi kaki dengar. Semua cerita yang dikisahkan kami telan bulat-bulat tanpa perlu ada reaksi. Tak perlu bersetuju. Dan tak perlu juga menolak. Berdamping dengan kelompok yang memiliki minat dan kecenderungan yang sama memang menyamankan. Biarpun ada kalanya orang-orang yang ada di sekeliling bukan pemilik wajah-wajah yang biasa dilihat.
|
Dua juri duduk semeja - Puan Aminah Raphor dan Puan Soosan Hoh. |
|
Bersama Halim Zainal dan Abang Brahem. |
|
Abang Rasdi nak ber-wefie dengan teman-teman semeja. |
|
Marup Mustapah dan Anwar Pisang yang sedang menyalakan rokok untuk mengusir nyamuk. |
|
Geng Teater Sanggar Kreatif Kuching dari Sarawak. |
|
Masih dengan geng Sarawak. |
|
Nohman mendengar dengan tekun kisah sejarah negeri Melaka. |
|
Pak Yob Ibrahim Akir sedang mencari port yang sesuai untuk melabuhkan punggung. |
|
Para seniman dan penggiat teater mengambil peluang bergambar dengan Tan Sri Datuk Norliza. |
|
Semeja bersama Halim, Abang Brahem, Tuan Badrul, Roslan dan Abang Rasdi. |
|
Air dalam gelas dah habis. Tekak masing-masing mulai kering. |
|
Saudara Amran, Abang Mubarak dan Dato' Ahmad Tamimi meluangkan masa berharga ini di laman selera. |
|
Tiba-tiba topik perbualan berubah menjadi serius - soal peperangan Rusia dan Ukraine. |
|
Arja Lee, Puan Aminah Raphor dan Ain Sufia sedang menjamu selera. |
|
Geng TOPENG dari Perlis. |
|
Meraikan kemenangan besar malam ini. |
|
Along Yusry, Shahril dan Raja Hafiz sedang berbincang pasal raya zaman pandemik. |
|
"Tambah air sikit". |
Biar aku pendekkan cerita. Malam itu adalah malam terakhir Festival Teater Malaysia bagi tahun 2018. Esok sudah hari lain. Suasananya akan berbeza. Dah tak ada lagi festival. Tak ada lagi berkumpul dan melepak dengan kawan-kawan penggemar teater dalam kuantiti yang agak besar. Sudah pasti kami ingin memanfaatkan malam ini sepenuhnya dengan bersembang puas-puas sampai kering idea. Dan yang paling penting, mesti ada gambar yang boleh dijadikan bukti dan kenangan bahawa kami pernah bersama dengan orang-orang tertentu pada malam bersejarah ini. Tahun-tahun mendatang belum pasti ada peluang untuk berhimpun seperti ini. Kita tengoklah nanti.
T A M A T
|
Tiba-tiba ada orang buat lawak antarabangsa yang menyebabkan semua orang ketawa besar. |
|
Kelihatan Saudara Zuhairi juga ada bersama kelompok ini. |
|
Hairi Safwan joined the group. |
|
Tumpang tuah juara teater. |
|
Abang Rasdi dan Abang Lan Zailan pun macam teringin nak bergambar dengan Hairi Safwan. |
|
Tiba-tiba Salman berteriak sambil memegang mikrofon, "Sekarang saya akan menyanyikan sebuah lagu happy berjudul Di Matamu". |
|
"Kenapa kau tiru nama aku?" soal Abang Rasdi. |
|
"Nama saya Rashdi, bukan Rasdi", jawab Rashdi. |
|
Tumpang bergambar dengan Raja Syair Nusantara. |
|
Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. |
|
Bukan selalu dapat bersua muka sebegini. |
|
Ain Sufia mendendangkan lagu penutup Festival Teater Malaysia 2018. |
|
Lunak juga suara Ain Sufia. |