m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, July 22, 2021

Cameron Highlands: Selamat datang ke Pusat Teh BOH

Bahagian 13

26 Disember 2015 - Setelah check out dari Hotel Copthorne, kami terus memandu ke Sungei Palas untuk ke Pusat Teh BOH. Tempat ini bolehlah dikatakan sebagai tempat yang wajib dilawati bila berada di Cameron Highlands. Teh BOH memang sangat sinonim dengan tanah tinggi ini. Di pusat BOH ini ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai proses pembuatan teh. Kebetulan pula bangunan Pusat BOH ini telah direkabentuk oleh salah seorang kawan aku dan mantan superior aku, Huat Lim. Maka lebih teruja lagilah aku untuk melihat sendiri bangunan itu secara dekat.

Bergambar di papan tanda dulu.

Wanie dan Amier peminat teh tarik BOH.

Bukan saja teh BOH yang sedap, signboard dia pun sedap jugak.

Wanie seperti tak nak berenggang dari papan tanda ini.

Sabriena dan Mama pula nak bergambar di sini.

Amier juga dapat merasakan keenakan papan tanda ini.

Walau sesedap mana pun, kita tak boleh selamanya berdiri di papan tanda ini. Hehehe...

Bergambar di luar kilang.

Inilah kilang memproses teh BOH yang legend dan epic.

Sebelum ke bangunan utama, kami melawat kilang memproses teh dahulu. Semerbak bau wangi teh yang telah diproses. Kilangnya taklah sebesar mana. Kami pun tak tahu sama ada ini adalah satu-satunya kilang memproses teh BOH, atau sekadar kilang kecil untuk dipertontonkan kepada pengunjung. Apa-apa pun sedikit pemahaman tentang pembuatan teh BOH memang kami perolehi dari sini. Rasa macam tak nak keluar dari sini kerana aroma teh BOH yang telah diproses sangat menyenangkan hidung kami. Harummm...

Bersambung...

Laluan masuk ke kilang untuk pengunjung melalui pintu ini.

Bergambar dulu sebelum masuk ke dalam.

Kalau dah masuk takut tak nak keluar pula nanti.

Ini  bergambar di pintu keluar pula.

Sabriena mengangkat tangan tanda kemenangan.

Kami dah masuk ke dalam kilang.

Pengunjung dipisahkan dengan mesin memproses teh BOH dengan tembok batu dan dinding kaca.

Di satu sudut kilang.

Mesin memproses teh serta penerangannya.

Ini tempat membuat roti roll.

Penerangan proses membuat teh yang akan disoal dalam SPM.

Ini bahagian dapur.

Inilah daun teh yang berbau harum.

Sedang belajar cara-cara menghasilkan daun teh gred A.

Kami dah keuar dari kilang.

Lepas ini kami akan masuk ke bangunan Pusat Teh BOH pula.


Saturday, July 17, 2021

Cameron Highlands: Hari terakhir di sini

Bahagian 12

26 Disember 2015 - Rasanya macam tak puas kami berada di sini, walaupun setelah dilanda mimpi ngeri pada malam semalam. Kami terus berlegar-legar dan bersiar-siar di laman dan pekarangan hotel, memastikan setiap inci pelusuk penjuru hotel ini kami jelajahi dan hargai. Entah berapa kali kami bergambar di main entrance hotel, di taman bunganya, di hadapan bangunan apartment, dan di kebun sayur kubisnya. Jom kita layan gambar-gambar ini dulu...

Allahyarham Ayah menanti kami menolak kerusi roda.

Bergambar di termometer gergasi.

Di hadapan bangunan hotel.

Masih di depan hotel.

Allahyarham Ayah layankan aje tingkah kami bergambar di sana sini.

Bergambar di hadapan Hotel Copthorne.

Inilah landmark utama bagi hotel ini.

Duduknya betul-betul di hadapan porch hotel ini.

Bangunan belakang dengan design ala-ala English Tudor itu adalah apartment tempat kami menginap.

Masih di tempat yang sama.

Berterusan di sini.

Tanpa jemu.

Tanpa bosan.

Giliran aku pula untuk bergambar.

Bersama Allahyarham Ayah dan anak-anak.

Suhu di luar adalah 18 darjah celsius.

Dah puas bergambar, barulah kami pulang ke bilik apartment dan bersiap-siap packing pakaian untuk check out. Masa tu rasanya dah hampir tengah hari kot. Lepas check out nanti, kami plan nak ke Pusat Teh BOH di Sungei Palas. Ingat tak semalamnya kami tak dapat masuk sebab lewat sampai, gate dah tutup? Hari ini kami akan pergi juga ke sana lebih awal lagi. Yang ini memang hajat aku sendiri untuk melawat tempat ini sebab nak tengok bangunan cantik yang kawan aku, Huat Lim design. Jom kita berkemas!

Bersambung...

Bergambar di hadapan apartment.

Kami dah sedia untuk check out.

Dah tak sabar-sabar nak check out.

Tak sempat nak lawat ladang sayur, tengok kebun kubis kat sini ajelah.

Sabriena yang tak suka makan sayur pun teruja bila dikelilingi oleh sayur kubis.

Inilah sayur kubis pilihan Sabriena.

Sabriena dah teleport ke taman bunga pulak.

Sabriena guna super power "adik-ke-baby" nya untuk buat teleport.

Time untuk check out.

Aku rasa ini program yang ada disediakan oleh pihak Copthorne untuk para pengunjung.