m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, May 24, 2021

Hari Olahraga MAHISS: Meraikan para olahragawan

Bahagian 16

27 April 2019 - Ketika para olahragawan diraikan dengan pemberian pingat dan hadiah, pelajar-pelajar lain dan tetamu hadirin hadirat berhimpun di bawah bumbung teduhan atau di tepi padang untuk menyaksikan segala acara yang berlangsung. Amier dengan kawan-kawannya mencari lokasi santai di tepi longkang yang mengalir air jernih. Aku masih lagi berlegar-legar di sana sini mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar-gambar menarik sepanjang upacara berlangsung.

Anakku Amier bersama teman-temannya memilih lokasi di lereng bukit pinggir sungai untuk bersantai.

Ada kalanya masa dirasakan terlalu panjang.

Aku dan Amier - Team Rumah Biru.

Menyampaikan pingat dan sijil kepada pelajar-pelajar perempuan pula.

Ini acara larian berganti-ganti.

Lagi pelajar perempuan yang memperolehi pingat dan sijil.

Serikandi MAHISS di atas pentas.

Sijil PT3 baru keluar tadi.

Pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mesyuarat tergempar ad-hoc di tengah padang.

Semakin ramai pelajar yang menerima pingat. Tokoh olahragawan dan olahragawati juga telah dipilih dan dipakaikan jaket kuning berceloreng belang harimau melambangkan kejaguhan dan keunggulan jaguh terpilih dalam arena olehraga MAHISS. Tahniah kepada semua yang telah berjaya merangkul kemenangan.

Bersambung...

Tokoh olahrawati MAHISS.

Ayahanda Pengetua dan Puan Mazita bersama tokoh olahragawati.

Ayahanda Pengetua memakaikan jaket harimau ke tubuh tokoh olahragawan.

Memastikan jaket dipakai kemas.

Tokoh olahragawan jatuh kepada Aizaac Ezzham Putra.

Aizaac membuka jaket harimaunya.

Tugas selanjutnya ialah untuk menaikkan bendera MAHISS.


Saturday, May 22, 2021

Hari Olahraga MAHISS: Bujang Senang terus mengganazzz!

Bahagian 15

27 April 2019Pingat terus diberi tak henti-henti. Kepada pemenang. Tak putus-putus. Tak jemu-jemu. Berterusan. Oleh Ayahanda Pengetua. Tanpa rasa letih. Tanpa lelah. Penuh keceriaan. Penuh kebanggaan. Meraikan anak-anak MAHISS yang disayangi. 

Di satu penjuru kelihatan Si Bujang Senang dibawa berarak oleh pengikut-pengikut setianya ke sana dan ke sini. Ke hulu dan ke hilir. Ke utara dan ke selatan. Ke merata-rata tempat dan ceruk rantau. Seronok aku tengok Si Bujang Senang dapat berjalan-jalan, bersiar-siar di sekeliling sekolah dan keliling daerah tanpa perlu mengeluarkan sedikit tenaga pun. Ada kalanya aku ingat Si Bujang Senang hendak dikorbankan. Tapi ternyata tanggapanku  salah. Pengikut-pengikut setia masih terlalu menyayangi Si Bujang Senang. Itu hakikatnya.

Bujang Senang dibawa berarak.

Pengikut-pengikut Bujang Senang memang ramai.

Bujang Senang berjemur di atas podium.

Sambil Ayahanda Pengetua mengalungkan pingat.

Team Rumah Hijau adalah juara mutlak pada tahun ini.

Ramai yang dapat pingat.

Seorang pun tak terlepas.

Menerima pingat dengan penuh kesyukuran.

Bergegas untuk bergambar.

Bergambar sebagai juara.

Megah berdiri.

Selain daripada mengalungkan pingat ke leher para pemenang, turut diadakan acara menaikkan bendera, menyanyikan lagu sekolah, dan memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh sukan secara individu. Lelaki dan perempuan. Tingkatan bawah dan atas. Mereka yang bakal memberikan saingan hebat dan sengit di arena olahraga negara nanti. Kepada mereka ini semua, diucapkan selamat maju jaya.

Bersambung...

Bendera sekolah di pasang dan dikibarkan.

Penghormatan buat panji-panji terulung.

Team Bujang Senang mengamuk lagi.

Menang lagi entah kategori apa pula.

Guru-guru penasihat yang medukung kemenangan ini.

Team Rumah Kuning juga meraikan kemenangan mereka.

Kemenangan yang telah dijangka.

Ayahanda Pengetua berbesar hati bergambar dengan Team Rumah Kuning pula.

Bendera Rumah Kuning dikibarkan penuh bangga.

Keceriaan terpancar pada setiap wajah.

Anugerah kepada tokoh olahraga individu lelaki.

Tokoh olahraga wanita.

Seorang lagi tokoh olahraga lelaki menerima hadiah.


Thursday, May 20, 2021

Hari Olahraga MAHISS: Tak habis-habis pingat diberi

Bahagian 14

27 April 2019 - Kita telah pun menyaksikan pingat-pingat dikalungkan ke leher para atlet yang telah berjaya menduduki tangga pertama hingga ketiga. Seperti yang telah aku kisahkan sebelum ini, pingat yang tersedia untuk diagih-agihkan kepada pemenang sangatlah banyak. Berbillion-billion!!! Jadi pada episod kali ini, tengok sajalah gambar-gambar pemberian pingat yang banyak dan tak habis-habis ini.

Bersambung...

Peter Pan adalah penjaga mutlak Si Bujang Senang.

Ayahanda Pengetua masih lagi diberi penghargaan untuk mengalungkan pingat kepada pemenang.

Rumah Hijau menjadi juara lagi.

Acara pakaian beragam kot?

Selain pingat, turut diberikan sijil penghargaan / penyertaan.

Team Rumah Hijau menang sebab dia ada lima orang. Team lain cuma ada empat orang aje.

Ini acara lumba lari pecut.

Acara larian sambil melompat pagar sekolah.

Mereka semua telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan kerana larian yang sangat pantas.

Lebih pantas dari cheetah.

Yang ini nampak gayanya macam pemenang acara tarik tali.

Hadiah diberikan kepada semua badang MAHISS.

Otot power di sebalik tubuh yang sasa.

Hadiah istimewa untuk para pemenang.

Kali ini bukan berbentuk pingat.

Tetapi sebingkis cenderahati yang tak ternilai harganya.

Ayahanda Pengetua memberikan hadiah kepada Team PIBG.

Bersalaman dengan Ayahanda Pengetua dengan penuh hormat.

Mengucup tangan Ayahanda Pengetua.

Teruja dapat bersalaman dengan Ayahanda Pengetua.

"Selamat Hari Raya, Ayahanda."

Wajah-wajah pemenang.

Team PIBG dan pelajar senior.

Ini team tarik tali dari Rumah Biru.

Semuanya gagah perkasa.

Bendera Rumah Biru dikibarkan dengan megah.

Siapakah si pemalu yang berselindung di sebalik bendera biru.

Bergambar sebagai sebuah pasukan.

Bangga dengan pencapaian yang cemerlang.