m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, January 17, 2019

Tenis TTC lawan Ambank: Pertarungan sengit

Bahagian 3

Sebelum ini aku dah kisahkan pasal personaliti pemain TTC - Ikrami, dan keputusan perlawanan juga dah aku singkapkan ulasannya sedikit  sebanyak. Pertarungan Team TTC menentang Team Ambank untuk regu ketiga dan keempat berjalan serentak. Ikrami berpasangan dengan Cikgu Rusli. Dan Awee bergandingan dengan Fashli. Gelanggang terletak bersebelahan. Side by side. Cuaca yang dingin menjadi panas kerana wujudnya dua pertembungan gergasi ini. Sama kuat sama hebat. Sama hensem dan sama sado. Bezanya Team Ambank bergelumang dengan duit. Team TTC pula tak taulah bergelumang dengan apa.

Ikrami berganding dengan Cikgu Rusli.
Empat orang jejaka terhensem di abad ini.
Kalau ikut timbang kati, team mana agaknya yang menang?
Masing-masing dah tak sabar nak main.
Sebelum bertarung, macam biasa, kita bergambar dulu. Gambar ini akan diedarkan ke dalam akhbar-akhbar utama seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Malay Mail, Star, New Straits Times, Nanyang Siang Pau dan Tamil Nesan. Juga ke dalam majalah-majalah hiburan seperti URTV, Varia Pop dan Mastika. (Eh! Wujud lagi ke majalah-majalah ni?) Setelah bergambar hampir tujuh jam setengah di atas gelanggang dengan aksi pelbagai termasuk yang melentok-lentok dan bergolek-golek macam filem Hindustan, barulah Umpire permainan membunyikan wisel permulaan permainan. Selamat brejuang untuk semua.

Bersambung...

Awee berpasangan dengan Fashli.
Ini adalah formula baru TTC dalam menggandingkan kedua-dua orang pemain yang unik corak permainan mereka.
Gandingan tangan kanan dan tangan kiri.
Masing-masing ingin melihat, apakah Awee akan tergelak kegirangan dalam perlawanan ini.
Masing-masing sedang memberikan fokus yang tinggi.
Selepas ini kita bertarung!

Tenis TTC lawan Ambank: Ikrami!!!

Bahagian 2

Setelah tewas dalam regu yang pertama, regu yang kedua nampaknya berjaya mempamerkan persembahan yang lebih memberangsangkan. Kalau tak silap aku regu kedua TTC adalah padanan Lengchai berpasangan dengan Helmy. Aku tak sempat menyaksikan perlawanan yang ini. Tapi aku tau kemenangan berpihak kepada Team TTC. Lepas menang, Helmy terus pulang kerana ada urusan kerja yang lain. Setakat ni keputusannya TTC -1 dan Ambank-1. 

Ikrami berganding dengan Cikgu Rusli.
Warming up sebelum game bermula.
Bersedia untuk mengambil backhand.
Regu ketiga - Ikrami berpasangan dengan Cikgu Rusli. Yang ini aku tengok hampir keseluruhan game. Nampaknya macam seimbang. Masing-masing mengeluarkan jurus pukulan padu yang dahsyat dan luar biasa impaknya. Keringat bersepah terhambur dari tubuh-tubuh sasa Ikrami dan Cikgu Rusli. Gelanggang jadi lencun dan sedikit tengik baunya. Namun permainan diteruskan juga demi menggapai sebuah kemenangan yang mutlak. Dipendekkan cerita, kali ni Team TTC tumpas kepada Team Ambank. Keputusan menjadi TTC-1 dan Ambank-2.

Membuat persediaan.
Bola dipukul.
Follow through.
Bersedia lagi.
Nak ambil backhand lagi.
Tubuh berpusing 180 darjah.
Satu swing yang luar biasa kuatnya. 
Dah pukul bola barulah berasa lega.
Kali ni aku nak fokus kepada permainan Ikrami. Merupakan salah seorang pemain elite TTC dan sangat konsisten permainannya secara keseluruhan. Personaliti yang disenangi oleh teman-teman kelab. Antara jeritan yang paling ingin didengari oleh peminat-peminatnya adalah laungan "KEMON!!!" oleh Ikrami. Itulah laungan pembakar semangat untuk diri sendiri. Pukulan bola Ikrami bukan saja deras dan tepat, tetapi juga sangat berseni. Berikut dipaparkan aksi Ikrami dalam gerak berseninya ketika memukul bola.

Bersambung... 

Yah! Bersiap siaga lagi.
Langkah silat cekak musang pun turut dibuka.
Dan bola pun dipukul dengan sangat konfiden.
Kali ini mempamerkan seni tarian zapin asli pula.
Tunggu sekejap. Nak pukul bola dulu.
Swooosh! Pukulan selaju 540 km/j baru saja dilaksanakan.
Kali ini jurus pendekar Gunung Sakti pula yang diketengahkan. 
Dan bola pun mendatang pada kelajuan halilintar. 
Dan bola dipukul lagi dengan azam yang tinggi.
Cikgu Rusli tak nak mengalah.
Kalau Ikrami pukul bola pakai tangan kanan, Cikgu Rusli nak pakai tangan kiri pulak.
Berakhirnya satu pukulan pembinasa.


Tuesday, January 15, 2019

Tenis TTC lawan Ambank: Buka gelanggang

Bahagian 1

27 Oktober 2018 - Salam sukan. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca semua, sekarang adalah musim tenis Grand Slam Australian Open siri 2019. Sempena itu, aku rasa sangat sesuai kalau aku selitkan kisah tenis dalam entry aku kali ini. Bagi teman-teman tenis pula, ambillah iktibar dan pengajaran dari kisah syahdu yang hendak aku sampaikan ini. Selamat membaca.

Pada hari Jumaat 26 Oktober 2018, aku mendapat mesej whatsapp dari group TTC bahawa kelab TTC telah dicabar oleh geng Ambank. Masa sangat singkat. Memang Team TTC tak dapat nak menyediakan pasukan terbaik untuk menentang geng Ambank ini. Jadi bak kata orang tua-tua, tak ada rotan, akar pun berguna. Maka sesiapa aje yang available pada hari Sabtu tu diarahkan turun untuk berjuang menentang pihak lawan.

Geanggang Titiwangsa cantik tenang di pagi hari.
Lengchai dan Ashraf yang sampai awal.
Penuh bersemangat waja, bersemangat saga dan bersemangat exora.
Masing-masing sedang whatsapp team mate - "Woi! Cepatlah turun!!!"
Aku antara yang terawal turun ke gelanggang setelah Mr President Ashraf dan Lengchai. Terus aku buat warming up dan stretching. Yang lain nampaknya masih belum sampai lagi. Setelah seketika Ashraf mengajak aku stroking dekat court. Wahhh! Terujanya aku bila Mr President ajak aku pukul bola tenis dengan dia. Tanpa berlengah, aku terus melompat masuk ke dalam gelanggang dan mempamerkan aksi profesional ku dengan bersahaja.

Ashraf masih memanggil pemain-pemain TTC yang lain.
Lengchai memanggil pom-pom girls untuk memberi semangat kepadanya.
Mr President Ashraf sentiasa berfikiran optimistik dan konfiden.
"Woi! Korang tak nak main ke?" tanya Ashraf kepada pihak lawan.
Ashraf dah tak sabar-sabar nak membelasah.
Berkumpul di depan net dulu.
"Zarul Umbrella" bermain untuk Team Ambank. (Ye ke?)
Waktu bergerak semakin pantas. Players TTC lain masih belum tiba lagi. Sedangkan Team Ambank telah semakin ramai memenuhi ruang stadium. Untuk tidak membuang masa, lalu Ashraf mengajak aku berganding dengannya untuk menentang Team Ambank yang pertama. Punyalah aku terkejut dan sangat-sangat teruja sampaikan bagai nak pitam aku dibuatnya. Al maklumlah, dilamar oleh Mr President untuk team-up. Ashraf level kapalterbang - tinggi di angkasa. Aku pulak level kapal selam - nun jauh di dasar. Bagi aku ini satu penghormatan tertinggi dari Mr President kepada aku. "I will not let you down," bisik hati kecilku. Cewaaaahhhh...

Perlawanan bermula sangat sengit. Back to back. Bersaing-saing. Berkejar-kejar mata. Tapi entah macam mana, aku hilang rentak. Ashraf pulak tak dapat nak payung aku selamanya, walaupun Ashraf sempat coaching aku ketika dalam gelanggang. Tapi aku simply tak boleh nak follow the pace. Akhirnya kami tewas 4-6 kepada Ambank. Tapi sebenarnya yang aku tak boleh tahan ialah apabila penyokong-penyokong Team Ambank menaburkan beribu helaian nota ringgit bernilai seratus RM sekeping di atas gelanggang. Mataku jadi rambang. Langsung hilang fokus.

Team TTC kini ketinggalan 0-1.

Bersambung...

Kami akan berentap seketika nanti.
Kalau ikut timbang kati, mungkin Team TTC dah menang awal.


Apa khabar teman di Raub?

11 September 2018 - Ini ada satu lagi cerita lama. Masa ni Amier belum bersekolah kat SEMESTA lagi. Sabriena belum masuk darjah satu lagi. Malah Syahmie pun masih belum berangkat ke Mesir lagi. Tapi masa tu kawan rapat wife aku, Ienah telah ditimpa kemalangan yang menyebabkan beliau terpaksa banyak berehat dan kurang bergerak. Sebagai kawan rapat, isteriku berhasrat untuk menziarahi beliau yang tinggal di Raub. Sebab Ienah dan suami (Mohamad) memang selalu jugak berkunjung ke rumah kami ketika sihat. Ini adalah lawatan balas dari kami pulaklah.

Isteriku sedang check out kat kaunter.
Duduk berehat di lobi yang lengang sebelum berangkat pulang.
Memang cuma ada kami aje kat sini pada masa ni.
Full house. Seluruh anggota famili ada di sini.
Kami berada di rumah Ienah sehingga tiba waktu isyak. Jadi kami putuskan untuk duduk lepak kat Raub satu malam dan akan bertolak ke Kuala Lumpur pada esok paginya, ketika kami lebih segar. Kami cari hotel di pekan Raub. Lalu terjumpalah satu hotel yang diberi nama Hotel Raub. Kalau tengokkan dari segi design dia, luaran dan dalaman, aku rasa usia hotel ni dah agak lama. Dan kalau ikut tulisan yang tertera di papan tanda, katanya Hotel Raub ni telah wujud sejak tahun 1968 lagi. Lama betul tu! Tak taulah aku kesahihannya. Dari luar hotel ni nampak agak buruk pasal di luarnya menjadi tempat beristirahat burung-burung merpati. Faham-faham ajelah, di mana ada kawanan merpati, di situlah ada najis burung dalam kuantiti yang banyak. Tapi bila kami masuk ke dalam, suasananya agak berbeza. Walau pun design interior-nya agak lama, tapi masih terjaga rapi dan agak bersih. Kami berpuas hati duduk bermalam di sini. Harganya pun boleh tahan jugaklah. Tak silap aku sekitar RM140 kot semalam.

Amier membandingkan kalkulator miliknya dengan kalkulator yang dipamerkan di ruang lobi hotel.
Lama versus baru.
Sabriena bergambar dengan kuda.
Hidungnya dikembangkan macam hidung kuda. Hahaha... kelakarlah Sabriena ni!
Bangun dari tidur keesokan paginya, kami berasa cergas. Sempat bergambar seketika di lobi hotel dan di luar hotel. Kami pulang ke Kuala Lumpur tidak tergesa-gesa. Perjalanan sangat tenang dan alhamdulillah, selamat. And we all live happily ever after. The end.

Bergambar di luar hotel.
Nampak macam buruk aje kan?
Tapi dalamnya boleh tahan.