m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, May 19, 2018

Amier berhari jadi:Jom sambung main game

Bahagian 7

Memang betul kek telah dipotong dan gambar telah diambil berkali-kali. Tetapi, sesi majlis hari jadi masih belum berakhir lagi. Seterusnya anak-anak dipanggil berkumpul untuk permainan yang selanjutnya yang lebih mencabar. Bukan saja mencabar minda, tetapi juga mencabar fizikal dan ketahanan mental tahap gaban. Permainan ini merupakan satu permainan tradisi sejak zaman kesultanan Melaka. Kami telah memberi nafas baru dan kami namakan permainan ini "Terkaku di Kepulauan Sepi". 

Ismahani berpasangan dengan Sabrina dalam game yang selanjutnya.
Arissa berpasangan dengan adiknya, Arianna.
Ariel berpasangan dengan Farid.
Ismahani dan Sabrina menanti arahan.
Asyraf berpasangan dengan Farish.
Faris berpasangan dengan Zhar.
Cara bermain game ini taklah susah sangat. Tapi cabarannya sangatlah menusuk jiwa dan menikam kalbu. Sehelai surat khabar diberikan kepada setiap kumpulan yang mengandungi dua orang ahli. Pemain perlu mengitari surat khabar itu ketika muzik dimainkan. Bila muzik dihentikan, masing-masing perlu memijak surat khabar tadi sambil berdiam diri. Surat khabar itu bagaikan sebuah pulau kecil, yang terletak di tengah-tengah lautan yang dipenuhi dengan ikan jerung putih yang ganas dan lapar. Pulau surat khabar itu akan semakin mengecil pada setiap pusingan. Sesiapa yang kakinya terpijak lantai, atau bergerak ketika muzik dihentikan, mereka akan dikira terkeluar. Faham tak apa yang aku cerita ni? Kalau tak faham buat-buat faham ajelah. SPM aku pun dulu dapat C6. Faham-faham ajelah.

Amier berpasangan dengan Zharfan.
Umar berpasangan dengan Danial.
Saling bantu membantu.
Memegang rakan. Memastikan tidak ada yang terjatuh ke dalam lautan.
Kembali tawaf surat khabar.
Muzik masih dimainkan.
Muzik berhenti. Semua kaki perlu memijak surat khabar.
Surat khabar semakin dikecilkan.
Tawaf lagi.
Memijak pulau kecil.
Saling berpelukan sebab sudah terlalu lama tak berjumpa.
Kalau badan besar lagi mencabar untuk bermain permainan ini.
Permainan menjadi semakin mencabar apabila kerta surat khabar semakin mengecil. Masa ni lah nak belajar peluk kawan seerat mungkin. Saling paut-memaut. Saling bantu-membantu. Saling percaya-mempercayai. Saling bergantung harap. Dan saling bekerjasama. Anak-anak nampaknya sangat seronok bermain game yang sangat mencabar ini. Akhirnya kemenangan berpihak kepada Arissa yang berpasangan dengan adiknya, Arianna. Tahniah buat mereka berdua.

Bersambung...

Amier menyusun strategi dengan Zharfan.
Saling tupang-menupang agar tidak ada sesiapa yang terjatuh.
Arissa mendukung Arianna.
Kombinasi hebat berdua beradik.
Tanggungjawab sepenuhnya digalas oleh Arissa.
Nazmi mencuba untuk beraksi cemerlang.
Berpelukan erat.
Syazwan dan Nazmi berdakapan.
Hampir terjatuh.
Arissa dan Arianna kekal tenang.
Juara berpihak kepada Arissa dan Arianna.
Sabrina dan Ismahani menerima kekalahan dengan tabah.



Amier berhari jadi: Bergambar dengan kek

Bahagian 6

Cerita hari jadi Amier masih belum habis lagi sebenarnya. Anda semua tahanlah duu menghadap kisah birthday ni sebelum aku beralih ke cerita yang lain pulak. Entry kali ni aku nak keep simple. Easy reading. Macam baca buku budak tadika. Gambar banyak, teks sikit. Okay. Selamat melayan gambar-gambar keluarga bersama kek yang canggih dah bermutu tinggi ini.

Bersambung...

Birthday boy Falique bersama ibu, nenek dan Maksu.
Atuk Falique pun join sekaki jugak.
Falique heppi bersama kek hari jadinya.
Amier dengan kawan-kawan kelas 6 Utarid yang mereka gelar SASUHDAFS.
SASUHDAFS adalah gabungan nama-nama Syamier, Amir Zafran, Saiful, Umar, Haris, Danial, Asyraf, Farish dan Syahmi.
Kengkawan sekolah Amier bergabung tenaga.
Sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
Detik untuk dikenang apabila dewasa nanti.
So, ambil gambar ni lebih-lebih sikit.
Di sebelah dapur, adik-beradik ini sedang menjamu selera.
Amier bergambar dengan famili pula.
Gambar aku aje yang tak da, sebab jadi cameraman.
Kawan-kawan Amier dah kenyang makan.
Bergambar dengan Nyaie (nenek) pulak.
Sabriena turut nak tumpang sekaki.
Peluk Nyaie sikit.
Ibuku diapit oleh dua cucu paling bongsu.
Sabriena dah semakin geram melihat kek kat sebelah.
Sabriena dah tak boleh tahan. Sabriena terus ngap!

Saturday, May 12, 2018

Tenis anak-beranak lagi

12 Mei 2018 - Kami main tenis berdua lagi. Minggu lepas tak berkesempatan pasal ada urusan lain. Badminton pun tak main jugak pada hari Rabu lepas pasal ada PRU-14. Sebelum bulan Ramadan ni, aku ingat nak bersenam sikitlah. Club TTC ada buat booking court. Tapi pada petang hari Ahad. Aku tak dapat join. Jadi aku pun call-lah court kat Jalan Duta. Court cuma kosong pada pagi hari Sabtu aje. Pagi hari Ahad penuh. Aku pun confirm-kan kat petugas yang aku nak gunakan court pada hari Sabtu jam 9-11 pagi. Aku kejutkan Syahmie yang sedang berbaring. "Jom siap main tenis". Syahmie terus bergegas bangun.

Court tenis Jalan Duta agak panas. Setelah warming up, kami mulakan permainan satu set. Pertarungan kali ni lebih sengit dari biasa. Aku cepat letih bila bermain di bawah matahari yang agak terik. Syahmie mendahului aku 3-2, bila tiba-tiba perutku berasa tidak dapat membendung isi kandungan yang sepatutnya telah kubebaskan awal pagi tadi. Aku lantas ke tandas menunaikan hajat agar permainanku nanti lebih selesa.

Selepas selesai qadha' hajat. kami sambung main. Syahmie yang mempunyai stamina dan kepantasan yang lebih mula mengatasiku 4-2. Masa tu aku memang dah lembik. Tapi permainan diteruskan juga sampai point terikat 6-6. Aku menjangkakan kali ini Syahmie akan berjaya mengalahkan aku untuk pertama kalinya. Kami main tie breaker. Dalam keadaan kedua-dua kami penat, akhirnya aku berjaya menundukkan Syahmie 7-6 (8-6). Tapi aku tak kisah kalau kalah kepada Syahmie pun. Performance Syahmie sekarang dah jauh lebih baik dari dulu. Semoga semakin hebat dengan latihan yang berterusan.

Court banyak yang kosong, dan panas sangat terik.
Kedua-dua kami menggunakan reket yang berat - >300 gram.