m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 24, 2018

Neuformation di Avillion PD: Memancing di tepian pantai

Bahagian 11

Sementara keluargaku dengan akitiviti masing-masing melayan alam semesta, teman-temanku mula berkumpul di pinggir pantai menghampiriku dan Salam. Aku dan Salam sudah mula memasang joran untuk memulakan aktiviti memancing ikan. Begitulah kehidupan kami sebagai nelayan. Sentiasa perlu kais pagi, turun ke laut demi mencari rezeki sesuap nasi. Tetapi kami tabah mengharungi badai kehidupan ini. Pada hari ini kami tidak menaiki bot untuk ke tengah laut. Kami sekadar memancing dari tepi pantai sahaja. Mengharapkan jenahak, siakap, merah, tuna, mersuji dan kerapu sudi menjamah umpan yang berupa hot dog dan hirisan ikan kembung.

Shafiq, Hafeez dan Azrin sedang menanti air laut pasang besar.
Dah dekat lima jam mereka menunggu di sini.
Salam mula memasang joran untuk memancing ikan jemuduk dan ebek.
Muhaimin yakin Salam bakal berjaya menaikkan ikan gred A sebentar lagi.
Hafeez dan Azrin tak sabar nak makan ikan barbeque yang dipancing Salam.
Ketam barbeque pun okay jugak.
Tetapi Shafiq lebih gemarkan sotong kurita barbeque.
Part time model catwalk.
Aku menggunakan dua batang joran yang sederhana panjang. Salam pula menggunakan jaring, sebesar pukat tunda. Setiap kali jaring dicampakkan ke dalam laut, sudah pasti hasilnya diperolehi. Bermula dengan memperolehi anak-anak ketam, sehinggalah ke ibu ketam yang bersaiz gadang. Turut diperolehi udang harimau, udang singa, dan udang jaguar. Udang lipan dan udang kala jengking jugak sangkut pada net Salam. Dan yang paling mengujakan ialah apabila lobster dan king crab dari Alaska turut sudi bergayut pada jaring yang dilabuhkan Salam. Makan besarlah Salam malam nanti. Sedangkan umpan yang kusuakan langsung tidak dijamah walau seekor ikan sekali pun. Begitulah kesedihan nelayan yang tidak difahami ramai. Hu hu hu... (adegan sedih dengan lagu background yang mendayu-dayu).

Salam menggunakan umpan rahsia untuk menjinakkan killer whale.
Perlu penelitian tahap gaban.
Inilah spesis ketam yang jarang ditemui. Bernilai RM75 bagi 100 gram. Rasanya sangatlah enak seperti ayam.
Aku bercadang nak masak 3 rasa. Itu pun kalau Salam sedekahkan ketam tu kat aku.
Sepit ketam ni sangat enak kalau dimasak sweet sour.
Tiga ekor yang tersangkut kat jaring Salam.
Ketam-ketam ini terjerat oleh tipu daya Salam.
Aku rasa macam nak makan ketam ni mentah-mentah aje, macam sushi.
Tetiba aku terserempak dengan satu alien dari planet Musytari yang jatuh ke bumi. Macam sea caterpillar.
Aku memancing menggunakan ikan selar hidup sebagai umpan untuk menjerat ikan lumba-lumba.
Tapi dengar ceritanya, ikan lumba-lumba tengah berlumba di litar F1 Sepang.
Eh eh eh... Macam ada ikan tarik aje. Ni mesti ikan layaran.
Empat ekor ketam hasil tangkapan Salam.
Sementara aku dan Salam memancing, isteri dan anak-anakku masih lagi di pantai bermain pasir. Amier dan Sabriena dah mula main air. Jarang-jarang mereka berpeluang mandi laut. Air laut tak sama dengan air swimming pool. Air laut masin rasanya, serta berombak. Air swimming pool pula tepu dengan klorin. Keseronokan yang berbeza-beza perlu dirasai sebagai bingkisan pengalaman buat bekal pada hari dewasa.

Bersambung...

Bersantai di pasir pantai.
Sabriena seronok berenang di laut.
Menggunakan pelampung.
Berenang bebas di dalam air.
Sekejap lagi nak naik darat.
Amier pun dah masuk air jugak.
Amier dah berenang sejauh kira-kira lima kilometer sebentar tadi.
Abang dan adik berenang bergandingan.
Seronok dua beradik ni main air laut.

Neuformation di Avillion PD: Bercanda di pantai

Bahagian 10

Puas sudah kami bersiar-siar di pekarangan hotel. Setiap ceruk penjuru kami redah. Depan rumah. Belakang rumah. Habis kami teroka. Habis kami tinjau. Sergah! Tapi masih tak berasa puas selagi tidak bertemu dengan pasir pantai. Tidak bersua dengan ombak laut. Tidak bertentang dengan deru angin. Lalu kami menapak sejauh mata memandang untuk ke destinasi yang dimaksudkan. 

Tak sampai pun tiga hari tiga malam kami berjalan, suasana istimewa yang kami cari-cari telah pun kami temui. Isteri dan anak-anak kecil terus mengorek pasir. Membina istana pasir. Wanie pula terus mencapai gitar dan mula mengalunkan lagu Metallica - Sandman (pasal dekat dengan pasir).

Wanie mula mencapai dan memetik gitar.
Tiung tiung tiung... begitulah bunyi gitarnya.
Dalam masa yang singkat, dekat tiga puluh lagu telah Wanie perdengarkan.
Syahmie yang kehausan telah mula menggali perigi.
Kaki dimasukkan ke dalam lubang untuk disejukkan.
Alamak! Ada jerung putih pulak dalam lubang ni.
"Lebih baik angkat kaki sebelum dia ngap kaki aku ni", fikir Syahmie.
Wani sempat melayan permintaan peminat melalui FB Live!
Isteri dan anak-anak kecilku masih lagi duduk di atas pasir putih. Errr... maksud aku pasir kelabu. Kelabu taik anjing yang keperangan. Beberapa istana pasir dibina. Dengan menggunakan baldi dan alatan mengorek. Serta konkrit dan besi cerucuk. Batu bata dan simen turut digunakan. Jubin, marmar dan siling plaster dan kemasan GFRC turut dipakai. Dan hasilnya... istana pasir yang luar biasa hebatnya. Yang layak didiami oleh raja-raja agung seluruh dunia. Dan kesemuanya ini dibina dalam masa yang singkat ketika mereka berada di tepi pantai.

Amier, Sabriena dan isteriku bertungkus lumus membina istana pasir.
Baru siap bina foundation.
Amier tengah buat kerja tanah sebelum penanaman cerucuk dimulakan.
Lubang digali sudah hampir tujuh meter dalamnya.
"Eh! Macam ada harta karun rasanya".
Maka lebih bersungguh-sungguhlah Amier membuat penggalian.
Menyiram benih pokok kacang 'Jack & The Bean Stalk' supaya cepat membesar.
Dua beranak sedang sedaya upaya menyiapkan istana yang berprestij ini.
Sabriena pulak sedang menyiram benih pokok tauge.
Dan pokok mempelam.
Serta pokok durian musang king.
Semoga pokok-pokok ini cepat membesar.
Amier dah jumpa harta karun. Tapi harta tu dia dah buat belanja beli aiskerim.
Di satu penjuru yang lain, aku, Syahmie dan Wanie masih lagi bergilir-gilir bermain gitar. Habis kesemua lagu yang wujud di atas muka bumi ini kami mainkan dengan sebegitu merdu sekali. Tali gitar sampai haus dan genting. Pengunjung pantai lantas berkerumun. Mereka fikir ada konsert sedang berlangsung. Ada yang menghampiri dan meminta autograf. Ada segelintir yang ingin bergambar bersama. Kami tidak menolak. Kami siap pungut duit saguhati yang penonton berikan kepada kami kerana kepuasan. Jumlah kutipan tak kurang dari setengah juta ringgit. Boleh buat bekal untuk Family Day tahun hadapan pulak.

Bersambung...

Syahmie dan Wanie masih membuat konsert lagi.
Aku pun nak tunjuk bakat dengan mengalunkan lagu Pok Amai-amai.
Masa aku nyanyi lagu ni aje, kesemua penonton terus beredar pergi.
Malah penguhuni kat banglo sebelah pun siap tutup pintu dan tingkap lagi.