m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, August 20, 2017

Reunion UTMers: Bersua kembali setelah sekian lama

Bahagian 1

Selamat sejahtera buat semua pembaca yang budiman. Bagi yang mengenali insan yang bernama Ar Saari Omar, mohon mendoakan untuk beliau agar Allah Ta'ala memberikan kesembuhan dan keafiatan. Beliau kini sedang dirawat di hospital kerana penyakit yang agak kritikal. Jasa baik tuan puan hanya Allah yang dapat membalasnya.

*  *  *  *  *  *  *  *  *

18 Mac 2017 - Sebelum aku memulakan berkisah tentang majlis Reunion Architecture Alumni Dinner Universiti Teknologi Malaysia ini, aku nak mintak maaf beratus-ratus kali, beribu-ribu kali, berjuta-juta kali, kerana tak berapa nak mengikuti perkembangan semasa mengenai segala pencapaian mereka yang hadir pada perjumpaan kali ini. Aku tak pasti siapa yang dah ada Dr, atau Prof, atau Ar. Jadi kalau tersilap tersalah aku memanggil nama kalian, mohon dimaafkan. Al-maklumlah, sejak aku meninggalkan pekarangn UTM Skudai kira-kira pada tahun 1995, terus aku tak pernah berkunjung lagi menjengah guru-guru, sifu-sifu, mentor-mentor serta teman-teman yang ada di sana. Dan kebetulan pulak aku tak rajin menjejak kenalan lama. Tak seperti teman akrabku, Tuan Hj Noris Helmi Dickson Nordin.

Ar Ravi - teman sekelasku ketika di SRJK Kuala Ampang dan bersua kembali ketika buat Degree di UTM.
Muharram - junior aku masa buat Diploma.
Wife aku mengiringiku ke majlis ini.
Kami ke sini berdua.
Antara yang ada dalam gambar termasuklah Mat Jani, Dr Hamdan, Tuan Shaikh Jafni, dan Sezali.
Dua orang junior ku - Azlan dan Sezali.
Antara yang hadir sedang menikmati juadah.
Sezali, Azlan dan Cheng Hazmi bersama pasangan.
Ar Chin Haw bersama Ar Saari Omar. Jangan lupa doakan keafiatan Ar Saari Omar.
Shaikh Jafni, Ar Saari Omar, Ar Chin Haw dan Hj Noris.
Kali ni aku join sekaki. Siapa paling kembang? Aku atau Hj Noris???
Batch aku ketika buat Degree - Ar Ravi, Hj Ibrahim, Hj Noris dan Ar Chin Haw.
Bersama teman-teman dan sifu kami.
Shaikh Jafni pernah jadi room mate aku kat UTM dulu.
Majlis gemilang ini telah diadakan di Dewan UTM Jalan Semarak. Iklan melalui Facebook telah diuar-uarkan beberapa bulan lebih awal. Dan aku sangat bersungguh-sungguh ingin hadir ke majlis ini, ingin bertemu kembali dengan tenaga-tenaga pengajar yang pernah rapat dengan aku ketika di UTM-Skudai dulu. Masa inilah aku dapat berjumpa mereka secara borong. Maksud aku boleh jumpa ramai-ramai sekali, tanpa perlu pergi jauh sampai ke Johor.

Aku dan isteri sampai agak lewat jugak. Majlis telah berlangsung mungkin kira-kira setengah jam. Ketika aku di luar dewan, aku telah ditegur oleh salah seorang junior aku. Aku tak berapa ingat sebenarnya. Tetapi setelah diperkenalkan, barulah aku ingat semula. Namanya Aziz, dikenali kerana penampilannya yang sangat kemas dengan rambutnya yang berkilat bak berlian.

Mat Jani dan Ar Dino.
Enaknya menjamu selera.
Ayof dan Iskandar.
Ravi: "I know our skin is quite dark. But that guy over there, is like midnight without moon."
Ar Chin Haw makan dah tak kisah orang sekeliling.
Dua orang super junior aku yang duduk semeja.
Dr Ruby dan Dr Sahirul.
Kami masuk ke dalam dan bertemu dengan lebih ramai teman-teman dan bekas pensyarahku. Pada ketika itu aku berasa sangat teruja. Di hadapan pentas, Dr Syed Iskandar sedang berucap panjang. Tapi kami nampaknya lebih sibuk bersembang sesama kami. Berbual tentang hal-hal yang pelbagai. Bagaikan mengimbas kisah-kisah lama. Memaklumatkan diri dengan perkembangan teman-teman yang terbaru. Aku duduk dengan kelompok akulah - bersama Hj Noris, Hj Ibrahim, Ar Chin Haw dan Ar Ravi.

Ar Chin Haw, Yus dan Hj Noris terhibur mendengar cerita lawak antarabangsa dari seorang teman.
Hj Ibrahim dah tukar line berkecimpung dalam aliran oil and gas pulak.
Chot duduk di sebelah boss aku - Amna. Tapi boss aku sempat memalingkan muka dari lensa kameraku.
Dua orang senior ku - Ridha dan Kapten Din Bakar. Aku rasa mereka dah dapat Ar.
Antara guru-guruku termasuklah Prof Abu Hassan dan Ar Saari Omar.
Kemudian aku berlegar-legar pulak di meja para pengajar bersama kamera tersangkut di leherku. Aku ternampak kelibat En Dino - tutor Tesis serta mentorku ketika tahun akhirku di UTM. Bila aku menghampiri beliau dan bersalaman, aku tidak pasti sama ada beliau masih mengingatiku atau pun tidak. Tak kisahlah tu. Tapi aku mengambil peluang ini untuk bergambar dengan salah seorang mentor aku ini.

Bersambung...

Tutor dan mentor tesisku - En Dino.
Bersama mentorku.
Dr Ruby berdiskusi dengan Prof Parid Wardi The Legend.
Kak Wati pun hadir sama. Tapi Kak Wati tak pernah ajar aku.
Ar Shah sedang menunjukkan gambar-gambar lama kepada Prof Aziz Shuib.
Junior aku. Dr Ramzi (baju kuning) pernah rapat dengan aku pasal terlibat dengan teater di UTM dulu.

Thursday, August 17, 2017

1 Syawal 2017: Azrin berkunjung ke rumah kerana kerja

25 Jun 2017 - Sedang kami anak beranak berseronok-seronok bersalam-salaman dan bermaafan sesama kami di rumah, tetiba aku mendapat mesej whatsapp dari pihak Main Contractor yang buat MRT Underground. Katanya Sijil CCC (Perakuan Menduduki Bangunan) perlu diserahkan kepada DBKL pada raya hari ke-3. Biar betul!!! Orang tengah bercuti lagi tu! Kat DBKL pun tak ada orang kerja kot? Begitulah fikirku. Rupa-rupanya, mesej yang sama turut diperolehi oleh teman sepejabatku - Azrin. Lalu aku dan Azrin berhubungan sesama kami melalui telefon. Permintaan Main Contractor tak boleh diabaikan. Sebab dialah client kami. Dan permintaan itu mungkin jugak datang dari pihak MRT sendiri. Semua borang-borang yang berkaitan dengan Sijil CCC ada pada Azrin. Mau tak mau, perlu dihantar jugak ke DBKL. Oleh kerana pada raya hari ke-3 Azrin tidak akan berada di Kuala Lumpur, maka kesemua borang itu perlu diserahkan kepada aku untuk melunaskan tugasan pada musim cuti raya ini.

Azrin dan isteri bersama anak bongsu mereka.
Menjamu selera dengan pelbagai makanan.
Aku suruh Azrin datang ke rumah aku. Sambil beraya, juga boleh menyelesaikan urusan kerja. Azrin bersetuju. Kira-kira jam 2.30 petang, Azrin pun sampai. Satu batalion. Enam orang kesemuanya. Aku melayan rombongan Azrin sebagai tetamu raya. Pelawa makan minum dulu, bual-bual santai dulu, barulah bercerita pasal kerja. Selepas beraya, aku dan Azrin masing-masing membelek borang-borang CCC. Ada sebahagiannya masih tidak berapa lengkap. Kami perlu melengkapkannya sebelum menyerahkannya kepada pihak DBKL pada raya hari ke-3. Kami susun strategi. Berbincang anak beranak dari kedua-dua keluarga untuk memastikan hasil perbincangan yang teramat bernas. Akhirnya solusi ditemui. Persetujuan dicapai. Masing-masng akan melaksanakan tugas masing-masing. Pokok pangkalnya, tugasan berat ini perlu digalas dengan sebaik-baiknya. Itulah moto kami! Ayuh!!!

Azrin meneliti berita-berita tergempar dalam surat khabar.
Aku dan keluarga Azrin. Lagi seorang anak Azrin tak ada dalam gambar.

Monday, August 14, 2017

1 Syawal 2017 : Bergambar bersama

Bahagian 3 (Akhir)

Acara bersalaman dan bermaafan masih diteruskan lagi. Dari yang tua, sampailah ke yang muda. Yang paling banyak kena mintak maaf sudah pastilah Sabriena pasal dia yang paling muda, walaupun dia yang paling tak ada dosa pasal dia belum akil baligh lagi. Saja nak mendidik anak-anak agar tidak berat memohon maaf walaupun tidak bersalah. Yang paling last sekali ialah Sabriena meminta maaf dari Amier - teman bergaduhnya.

Sabriena meminta maaf dari abang sepupunya - Abang Farid.
Sebelum mencium tangan, Sabriena membuat pengakuan dulu tentang kenakalannya.
Satu big hug dari Farid.
Dan mencium pipi tembam Sabriena.
Bermaafan abang dan adik.
Berdakapan dua beradik ini.
Anak-anak saudaraku - Farid dan Yana.
Sabriena nak mintak maaf dari Wanie pulak.
Kakak Wanie dan Sabriena.
Berjumpa geng gaduh pulak.
Nak mintak maaf kat Abang Amier pulak.
Big hug dua beradik yang paling tembam ini.
Dua beradik ni memang sangat-sangat-sangat rapat.
Sabriena minta maaf kat Bibik pulak.
Bibik peluk adik.
Bermaafan di antara pekerja dengan majikan.
Peluk sikit.
Amier dan Farid.
Syahmie dan Farid.
Wanie, Yana dan Sabriena.
Tiga sepupu perempuan.
Setelah semua orang dah mintak maaf dari semua orang kat rumah ni, barulah kami bergambar beramai-ramai. Baju sedondon - pink belacan. Untuk memastikan kesemua ahli keluarga ada dalam gambar, kami meminta khidmat jurufoto international dari Indonesia - maid kami. Macam-macam gaya kami persembahkan. Dari gaya formal, ke free style, sampailah ke DAB. Apa-apa pun kami bagi pihak seluruh keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji Aidiladha kepada semua ummat Islam seluruh dunia. Memohon maaf zahir dan batin.

T A M A T

Family photo di hari raya.
Bersama di pagi raya.
Free style sikit.
Inilah keluargaku.
Tiga generasi bergabung.
Ibuku bersama kesemua cucunya - enam orang jumlahnya.
Free style pulak.
Ibuku kena paksa buat aksi DAB.
Kami tinggal dua beradik aje.
Free style bersama ibu dan adikku.
Bersama isteri.
Masih bersama isteriku.
Ibuku bersama anak-anak Allahyarhamah kakakku.
Okay. Selamat Hari Raya dan bye...