m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, July 25, 2016

Pertunangan Syafiq dan Alia: Ketibaan rombongan besar

Bahagian 1

15 Julai 2016 - Pada 10 Syawal ini memang telah dijadualkan hari pertunangan anak buah kami, Syafiq dengan pilihan hatinya, Alia. Majlis diadakan di kediaman Alia di Shah Alam, pada kira-kira jam 3 petang, setelah solat Jumaat. Kami perlu berkumpul di rumah Kak Uda sejurus setelah solat. Perlu sampai di Shah Alam dalam pukul 3 petang. Mencabar ni. Hari Jumaat memang merupakan hari jam (sesak) sedunia. Kena ada polis trafik escort baru boleh sampai in time. Begitulah bisik hatiku. Tapi kami sentiasa mengharapkan segalanya berjalan lancar. Licin macam belut.

Sri dan Nadia menanti di dalam kereta di pekarang Masjid Seksyen 7, Shah Alam.
Kami jugak sedang menanti di dalam kereta masing-masing untuk ketibaan ahli keluarga yang lain.
Di pekarangan Masjid Seksyen 7, Shah Alam.
Kereta bersusun. Tetapi masih ada yang belum sampai lagi.
Menanti ketibaan beberapa buah kereta lagi.
Salah seorang teman baik Syafiq, Umar (berjubah biru).
Setelah kesemua ahli keluarga sampai, berkumpul di rumah Kak Uda, kami mula bertolak secara berkonvoi. Syafiq mengetuai rombongan, sambil membawa banner sebesar bangunan yang tertulis, "Ekspedisi Meminang Alia 2016". Kami bergerak berantai-rantai. Berbaris-baris. Bagai Keretapi Tanah Melayu. Bagai perajurit di medan tempur. Bagai itik pulang petang. Syafiq bawak kereta warna merah bersendirian. Tanpa co-pilot. Tapi perjalanan yang agak jauh, serta sesak, telah menyukarkan perjalanan secara konvoi ini. Akhirnya kami terpisah. Abang Zai (Pak Long) selaku juru cakap, telah bertolak lebih awal secara bersendirian. Aku mengekori Syafiq dari belakang. Dan Sri menuruti keretaku walau dalam keadaan apa sekali pun. Yang lain membawa haluan masing-masing. Namun destinasinya tetap sama. Ke arah rumah Tuan Haji Ismail, ayah kepada Alia.

Sheikh-sheikh Arab dari padang pasir.
Kak Uda selaku ibu Syafiq membawa cincin tunang.
Abby selaku adik Syafiq membawa sejambak bunga untuk dihias di rumah Alia nanti.
Abang Zahid selaku ayah kepada Syafiq membawa tepak sirih untuk dijamah beramai-ramai.
Abang Zai selaku Pak Long kepada Syafiq serta juru cakap sedang membaca jampi serapah agar pertuturannya lancar.
Bergambar ahli keluarga sebelum masuk ke pekarangan rumah Tn Hj Ismail.
Wajah-wajah manis dan ceria yang akan mengiringi barang hantaran ke rumah Tn Hj Ismail.
Begitu ramai ahli keluarga dari pihak Syafiq.
Baby Zarith Sofia turut tidak ketinggalan didukung ibunya.
Akhirnya kami sampai juga di Masjid Seksyen 7, Shah Alam. Abang Zai dan Kak Long telah lama menanti, sambil makan kacang putih, mi goreng, pekena teh tarik dan kopi jantan, serta dua biji telur setengah masak. Kami berhimpun di masjid pula. Memastikan kesemua ahli keluarga telah sampai, barulah kami bergerak bersama-sama menuju ke rumah Alia.

Semakin menghampiri pekarangan rumah Alia.
Kini kami betul-betul berada di pagar rumah Alia.
Kami dijemput masuk dengan senyuman lebar.
Mengambil tempat duduk masing-masing.
Menanti acara dimulakan.
Kami sampai di rumah Tn Hj Ismail kira-kira jam 4 petang, sejam lewat dari masa yang telah ditetapkan. Untuk itu kami memohon banyak maaf, kerana kami tahu masing-masing sudah pasti ada urusan yang perlu dipenuhi, justeru menepati masa itu sangatlah penting. Namun perancangan kami tidak terlaksana sebagaimana yang kami bayangkan.

Walaupun lewat, kami tetap disambut dengan baik oleh ahli keluarga Alia. Tn Hj Ismail memberikan senyuman lebar dan menjemput kami masuk supaya majlis boleh dimulakan segera. Setelah mengambil tempat duduk masing-masing, mengikut nombor tiket yang tertera di belakang kerusi, Tn Hj Ismail pun memulakan bicara. Ahli keluarga pihak Alia diperkenalkan satu per satu. Dari pakcik dan makcik, kepada adik-beradik serta seluruh keluarga terdekat. Wow! Ini satu pendekatan yang unik dan wajar dicontohi. Perlu kenal dulu ahli keluarga, baru berasa mesra. Secara automatik kami terus berasa seperti telah diikat tali silaturrahim yang diharapkan akan berlanjutan selamanya.

Bersambung...

Tn Hj Ismail memulakan bicara dengan kata alu-aluan serta memperkenalkan ahli keluarga beliau kepada kami.
Mendengar dengan tekun.
Orang-orang kuat - Fai, Abang Zai dan Abang Zahid. Masing-masing boleh mengangkat beban seberat 800 kilo setiap seorang.
Keluarga di pihak Alia.
Sebentar lagi perundingan akan dijalankan.

Thursday, July 7, 2016

1 Syawal: Tetamu pertama tahun ini

6 Julai 2016 - Pulang dari beraya di Istana Negara, kami dikunjungi oleh tetamu yang pertama pada Syawal tahun ini. Mereka adalah keluarga jiran depan rumah kami - Hairi, Azizah dan tiga orang anak mereka. Mereka berpakaian sedondon warna peach. Segala makanan memang telah kami hidangkan di atas meja. Memang sedang menanti sebarang tetamu aje yang sudi bertandang dan beraya.

Hakimi, Haziq dan Amier berkongsi melihat telefon pintar.
Sabriena pun nak join the crowd.
Haziq dan Amier berkongsi minat yang sama.
Kawan bermain dan kawan bergaduh.
Sebagai tetamu yang pertama, kami telah memberi hadiah istimewa buat mereka berupa ketupat pulut dan lontong yang dipadankan dengan rendang ayam dan daging serta lodeh. He he he... Tu ajelah hadiah istimewa yang kami ada. Kami berbual-bual sedikit. Aku tumpang makan dan minum sama. Mereka pun nak balik kampung selepas ni. Jadi kunjungan mereka taklah terlalu lama. Okay. Terima kasih kerana sudi beraya dengan kami. Lain waktu kami pergi rumah awak pulak lah ya?

Azizah dan Hairi sedang menikmati juadah yang kami sediakan.
Seronok menengok tetamu makan dengan enjoy.
Sabriena memang teruja dengan kehadiran jiran kami yang ini.
Amier masih dengan Haziq sejak tadi.
Anak-anak jiran yang bertandang.
Mendukung baby yang comel.
Semua anak-anak berkumpul.

Nak jumpa 'Uncle Halim' tak kesampaian

6 Julai 2016 - Pada 1 Syawal setelah berhari raya di rumah, kami pakat-pakat nak pergi beraya dengan 'Uncle Halim' (DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah) di Istana Negara. Inilah pertama kali kami nak ke Istana Negara yang baru. Actually Istana Negara yang lama pun kami tak pernah pergi. Jadi kami anak-beranak sangat teruja nak pergi for the first time. Kami pergi dua kereta. Famili aku satu kereta. Satu kereta lagi, adikku, Farid dan Yana. Yang mungkin paling excited sekali adalah Amier.

Bergambar di pekarangan Istana Negara.
Yana dengan background bangunan Istana Negara.
Ramai rakyat jelata yang datang ke Istana Negara.
Pengawal istana dan kuda kesayangannya.
Di luar bangunan Istana Negara.
Kami pun drive-lah secara tidak konvoi. Tetapi tiba di lokasi hampir serentak. Punyalah banyak kereta. Memang banyak sangat. Berjuta-juta. Semua orang kena parking kat tepi highway. Lepas tu kena menapak naik ramp untuk sampai ke gate Istana. Dekat satu kilometer jugak kalau ikut perkiraan aku. Kami nengok aje laluan yang mencabar tu, terus kami kensel. Tak jadilah nak jumpa Uncle Halim. Pasal kami bawak Sabriena lagi. Kalau dibuatnya Sabriena penat berjalan, siapa pulak yang nak mendukungnya sebegitu jauh. Memang tak larat. Amier agak terkaciwa dengan pembatalan ini. Namun demikian, adikku, Farid dan Yana tetap meneruskan misi yang diidam-idamkan itu.

Istana Negara nun di belakang sana.
Trade mark Istana Negara.
Sesampainya di gate Istana, ada shuttle bus yang mengangkut pengunjung ke bangunan Istana. Menurut adikku, semua pengawal, penjaga istana, pemegang tombak, malah kuda istana jugak sangat berhemah dan berbudi bahasa walaupun terpaksa melayan pengunjung yang berjuta-juta ramainya itu. Untuk berjumpa DYMM Agung dan mendapat duit raya, terpaksalah pulak beratur panjang. Dekat lima kilometer panjangnya barisan nak bersalaman dengan DYMM Agung. Last-last adikku, Farid dan Yana terpaksa surrender. Kali ni dah tak sanggup nak beratur sebegitu lama. Balik ajelah nengok Uncle Halim kat tv.

Ramp cerun inilah yang perlu dilalui oleh setiap pengunjung yang nak jumpa 'Uncle Halim'.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Istana Negara.

Salam Syawal 2016

6 Julai 2016 - Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Tahun ini kami menyambut Syawal lagi. Cuma kali ini tanpa Allahyarham Ayah bersama kami. Yang lain-lain masih seperti biasa. Masih masak ketupat pulut dan rendang ayam pencen. Masih berkemas dan berhias di dalam rumah. Masih berpakaian kemas sedondon. Kali ni tema baju kami warna royal blue. Dalam rumah kami dah macam langit. Dah macam laut.

Keluargaku.
Kami berpakaian sedondon warna biru diraja.
Ala-ala comelnya konon gitew.
Sabriena tiba-tiba mengantuk nak tidurlah pulak.
Satu lagi aksi comel dari kami.
Bersama adik dan ibu.
Keluargaku bersama ibu, adik dan anak-anak saudara.
Kebiruan menguasai ruang.
Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Macam biasa, kami bersalaman, bermaafan, berpelukan, bergambar, bergambar, dan bergambar lagi. Dan lagi. Suasana diselubungi biru. Pantulan sinar biru membias pandangan mata. Tak ada lain yang kami nampak, melainkan biru semata-mata.

Meh aku berpantun sikit:

Menonton Boboiboy di dalam bilik,
Terbahak-bahak ketawa berdekah,
Memang aneh, dan memang pelik,
Di hari raya memasang khemah.

Boboiboy melawan pemburu Borara,
Ocobot ditagih sebagai tawanan,
Di hari raya kita bermesra,
Jangan lupa bermaaf-maafan.

Papa Zola cikgu kebenaran,
Mencandat sotong di siang hari,
Selamat hari raya kami ucapkan,
Segala kesilapan, harap dimaafi.

Sekian, terima kasih.

Bird eye view sikit.
Side view sikit.
Masih bersama ibu dan adik.
Duit raya untuk Yana.
Isteriku bersama Yana.
Bersama adikku.
Bermaafan dengan the only adik.
Big hug!
Group photo again!
Yana dapat duit raya dari neneknya.
Permohonan maaf dari seorang cucu.
Farid juga minta maaf dari neneknya.
Big hug grandson and grandmother.
Yana dapat duit raya lagi. Kali ni dari makciknya.
Sabriena dapat cokelat dari kakak sepupunya - Yana.
Yana dan Wanie.
Syahmie jugak dapat cokelat dari Yana.