m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, February 9, 2016

Bertenis dengan kawan-kawan lama

9 Februari 2016 - Sejak aku join kelab Titiwangsa Tennis Community (TTC), aku memang dah tak main tenis dengan geng-geng lain. Dengan kengkawan tenis lama aku pun aku tak main, melainkan mereka jugak adalah sebahagian dari member kelab TTC. Tetapi pagi tadi aku berkesempatan bermain dengan dua orang kawan tenis lama aku - Hj Noris dan Zul Bargong.

Aku dan Noris semasa kat UTM - lebih 20 tahun lalu.
Aku dan Hj Noris pagi tadi di gelanggang tenis Keramat.
Asalnya Hj Noris tunjukkan gambar reket tenis barunya, jenama Dunlop. Lalu dalam mesejnya tertulis, mengajak aku main tenis masa cuti Raya Tahun Baru Cina. Aku kata masa cuti tu kami nak pergi bercuti di Bagan Lalang. Kalau boleh pun cuma hari Selasa pagilah. Noris setuju. Lalu aku pun pergilah membuat booking melalui seorang lagi teman tenis aku, Abang Hj Nordin. In fact, Abang Hj Nordin siap belanja aku sewa court tenis kat Keramat. Maknanya aku tak perlu membayarnya yuran sewa. Terima kasih Abang Hj Nordin. Selain Hj Noris, aku turut mengajak seorang lagi kawan lamaku, Zul Bargong. Dan Hj Noris kata dia akan mengajak seorang lagi kawannya. Cukuplah korum seramai 4 orang.

Badan masing-masing dah semakin berkembang, selari dengan perjalanan usia.
Aku dah ada kat court sebelum jam 8 pagi lagi. Setelah buat stretching, aku pun berlatihlah buat service dan main dengan dinding. Mengandaikan teman Hj Noris yang seorang lagi tu mungkin tak datang, lalu aku pun ajaklah Abang Mohd Nor untuk join kami. Lagi pun rumah Abang Mohd Nor terletak tak jauh sangat dari court tenis. Setelah seketika menunggu, Zul Bargong sampai. Diikuti oleh Hj Noris, dan akhir sekali Abang Mohd Nor. Kami pun buat warmup dan sejurus selepas tu kami mulalah bermain. Mula-mula aku partner dengan Abang Mohd Nor. Kami menang 6-1. Lepas tu aku partner dengan Hj Noris pulak. Kami kalah 0-6. Dan dalam set yang terakhir, aku partner dengan Zul Bargong. Kami tewas jugak 4-6. 

Aku in action.
Hj Noris walaupun dah berkurun tak main tenis, aku nengok skilnya masih ada. Footwork Hj Noris jauh lebih baik dari aku yang main hampir setiap minggu. Follow through-nya jugak lebih meyakinkan dari aku. Aku sangat kagum. Begitu jugak dengan Zul. Last sekali aku main dengan Zul Bargong mungkin dekat 5 tahun lepas kot. Zul pun lepas dia pulang dari Mumbai, dah tak berapa main lagi. Tennis grip pun dan melekit dan reput. Beg pun dah berhabuk. Tapi pukulan Zul masih padu dan keras. Payah jugak nak return. Service Zul jugak agak bagus. Kedua-dua Hj Noris dan Zul memang masih berbisa, walaupun dah lama meninggalkan sukan tenis. Abang Mohd Nor, tak payah nak cakaplah. Segala tipu muslihat dalam kamus tenis, semua telah dikeluarkan oleh Abang Mohd Nor dalam game pagi tadi. Bola sideliner, baseliner, lob, backhand underspin, forehand underspin lalu ngam-ngam atas net, semua ada. Sesiapa saja yang partner dengan Abang Mohd Nor, pasti menang.

Yang paling best adalah, setelah tamat game, kami luangkan masa kira-kira setengah jam untuk berborak-borak pasal macam-macam hal, khususnya pasal tenis. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Hj Noris dan Zul Bargong kerana sudi bersama seperti masa dulu. Dan tengkiu jugak kepada Abang Mohd Nor kerana sudi mencukupkan korum. Alangkah best-nya kalau geng-geng tenis masa kami kat UTM dapat berkumpul dan bermain tenis bersama - Chot, Khalid, Azam, Saadon, Lan Tikus dll.

Dari kiri: Hj Noris, aku, Abang Mohd Nor dan Zul Bargong.

Amier is now a grown up man!

13 Disember 2015 - Dari awal tahun lepas kami dah plan nak khatankan Amier. Umur Amier masa ni dah lebih 9 tahun. Badan Amier pun besar, macam budak darjah 6. Amier memang kena khatan cepat-cepat. Kalau dah semakin besar semakin complicated. Aku personally memang sangat risau pasal Amier. Amier tak macam Syahmie, tak tahan sakit. Banyak kali jugak aku dan wife ingatkan Amier pasal hari berkhatan tu. Mula-mula memang nampak macam dia resah, dan selalu cakap "No!!!" Tapi setelah dijelaskan oleh kami, dan jugak oleh abang sepupunya, Saleh, maka dia nampaknya semakin tenang dan nampak macam dah bersedia.

Hari yang dinanti akhirnya tiba jugak. Kami tiba di klinik sebelum jam 11 pagi. Tak lama menanti, akhirnya nama Amier dipanggil nurse. Amier masuk ke dalam kamar operasi. Aku menemani. Mula-mula doktor nak injek Amier. Amier macam cemas. Kakinya bergerak-gerak, menyukarkan doktor menjalankan tugasnya. Aku suruh Amier fokus pada i-phone yang dipegangnya. Aku kata kalau rasa sakit, selawatlah banyak-banyak. Paling tidak, sebut aje Allah, Allah. Amier masih meronta-ronta ketika doktor nak mula injek ubat pelali. Akhirnya, doktor bagi isyarat kepada dua orang pembantunya, "Tangkap dan pegang kakinya kuat-kuat!" Kedua-dua orang pembantu tadi mematuhi arahan doktor. Aku memegang badan Amier. Dan doktor pun mulalah menyuntik ubat bius. Amier berasa sakit. Tetapi Amier tidak berselawat. Amier juga tidak menyebut Allah. Sebaliknya Amier menjerit, "Aduuuuuuuhhh!!!!! Aduuuuuhhh!!!!!" Selesai jugak doktor menyuntik akhirnya.

Bila dah dibius, dengan mudah doktor mengkhatankan Amier. Malah Amier langsung tak bising atau mengaduh lagi. Sampailah selesai semua prosedur berkhatan. Amier terus happy. Aku lagilah lega sebab kesemuanya berjalan dengan lancar. Kami tanya Amier, dia nak hadiah apa sebagai imbuhan. Amier kata dia nak drawing block. Okay. Kami belikan Amier 2 buah drawing block. Akhirnya, Amier is now a grown up man!

Amier is proud of himself.

Anak-anak pulang ke asrama 2016

3 Januari 2016 - Anak-anak mula sekolah pada hari Isnin 4 Januari 2016. Maka sehari sebelum tarikh itu, kami kenalah hantar Syahmie dan Wanie balik ke asrama di Gemencheh dan Kajang. Mula-mula hantar Syahmie dulu. Pagi-pagi lagi kami dah berangkat ke Negeri Sembilan, merentas Melaka, Johor, Pahang, Perlis dan Kelantan. Kami tiba di Gemencheh pada kira-kira jam 12 tengah hari. Terus angkut segala barang masuk ke dalam bilik. Pelajar Form 5 dapat bilik aras bawah. Memang tiap-tiap tahun macam tu. Jadi, tak payahlah bersusah payah nak pikul barang yang berpuluh-puluh kilo beratnya naik tangga.

Mama tolong Syahmie unpack barang-barang.
Syahmie simpan semua pakaian dalam almari.
Kemas katil pulak.
Masih mengemas dengan tekun.
Okay, dah settle! Katil pun dah cantik.
Syahmie kemas barang memang sangat cepat. Semua barang dalam beg dia dah tahu mana nak letak. Dalam masa beberapa saat dah siap tersimpan rapi segala barang dalam almari. Dari kain baju, buku-buku, alatan sukan, perkakas mandian, mesin basuh baju, batu giling, dan periuk-belanga. Semua tersusun kemas. Lepas kemas barang, kami keluar sekejap untuk makan tengah hari. Lepas makan barulah kami hantar Syahmie balik asrama. Dan terus kami tinggalkan pekan Gemencheh menghala ke Kajang pulak.

Syahmie dan ruang lingkungannya.
Syahmie dan mama.
Syahmie dan papa.
Bergambar di luar asrama.
Masa ni ramai lagi ibubapa hantar anak-anak mereka pulang ke asrama.
"Papa tinggalkan Syahmie kat sini dulu. Belajar dengan tekun. Jaga amal ibadah".
Mama memberikan Syahmie sedikit nasihat.
Kami tiba di Kajang kira-kira jam 4.30 petang. Terus kami daftarkan Wanie kat asrama. Dan buat beberapa pembayaran kat kaunter. Lepas baut bayaran, kami pun angkut barang naik ke tingkat dua asrama. Kami gotong royong kemaskan tempat Wanie. Tahun ni Wanie dapat almari besar sikit dari tahun-tahun sudah.

Tolong Wanie kemas tilam.
Cadar tilam sekolah Wanie ada dua layer.
Cadar baru warna merah.
Wanie tengah kemas pakaian dalam almari.
Amier sedang bosan.
Wanie masih mengemas.
Wanie di koridor.
Masih di koridor.
Di koridor bersama mama.
Kami mahu bergerak pulang.
Selepas kemas barang, dan bagi sedikit kata-kata nasihat, perangsang dan semangat, kami pun tinggalkanlah Wanie di asrama bersama rakan-rakan sebiliknya. Minggu depan mungkin Wanie akan balik cuti. Dan kami akan datang lagi ke sekolah untuk menjemput Wanie.

Wanie mendengar mama memberi nasihat.
"Ringan-ringankan mulut menegur kawan-kawan", pesan mama kepada Wanie.

Tuesday, February 2, 2016

Amier ambil hadiah: Dua hadiah untuk Amier

Bahagian 2

Majlis Khatam Al Quran & Hari Kecemerlangan Ilmu 2015 berlangsung dengan sangat meriah. Acara pertama ialah majlis khatam Al Quran bagi anak-anak yang dah khatam. Majlis ini dikendalikan oleh Ustaz Ashraf. Ada lebih kurang 20 orang pelajar kalau tak silap aku yang terlibat dalam majlis ini. Al Quran dialunkan dengan lunak. Dan para hadirin mendengarnya dengan khusyuk.

Anak-anak bersedia untuk membaca Al Quran.
Bunga manggar ditegakkan.
Ustaz Asyraf mengalunkan bacaan Al Quran.
Anak-anak turut mengaji.
Ada lebih kurang 20 orang pelajar di atas pentas.
Membaca dengan penuh khusyuk.
Doa khatam Al Quran dibacakan oleh Ustaz Asyraf.
Doa dipanjatkan.
Para hadirin turut berdoa.
Isteriku bersama para hadirin yang lain.
Amin ya rabbal alamin...
Setelah tamat majlis khatam Al Quran, tetamu kehormat Ustaz Abd Aziz Dollah pun dijemput untuk berucap. Best jugak aku dengar sepatah dua kata dari ustaz ni. Banyak jugak info baru yang aku ketahui. Setelah ini, barulah acara penyampaian sijil kecemerlangan kepada pelajar yang mendapat tempat tertinggi dalam kelas dan darjah. Buat pertama kalinya aku nengok para pelajar pakai baju jubah graduasi. Waaaahhh! Makin up nampak gayanya majlis penyampaian hadiah ini. 

Ustaz Abd Aziz Dollah membuat ucapan.
Pelajar mengambil hadiah dengan memakai jubah.
Keputusan peperiksaan Amier - tempat ketiga.
Pelajar cemerlang mendapatkan habuannya.
Seronok dapat hadiah berupa piala.
Balik nanti boleh tunjukkan hadiah kepada kawan-kawan dan jiran-jiran.
Ramai pelajar yang mendapat hadiah berupa sijil dan piala. Akhirnya tibalah giliran Amier untuk naik ke atas pentas dan mengambil hadiah. Amier dapat nombor tiga dalam kelas. Tak kisahlah. Janji dapat naik pentas. Dapat ambil hadiah. Dapat bergambar. Aku tetap bangga. Amier pun bangga dengan dirinya sendiri.

Selepas Amier dah ambil hadiah, aku ingat nak mintak diri. Kami kena bergegas ke Gemencheh untuk menjemput Syahmie di asrama pulak. Tetiba, kawan Amier, Zarfan kata Amier ada dapat dua hadiah. Aku tanya kat Zarfan, hadiah apa lagi yang Amier dapat. Zarfan kata Amier dapat hadiah kecemerlangan untuk kedatangan. Terkejut jugak aku dan isteri aku. Malah Amier sendiri pun terkejut. Manakan tidak, Amier selalu datang kelas lambat. Kekadang terlalu lambat sampai setengah jam. Tapi memang Amier jarang ponteng. Sebab tulah dia dapat hadiah kedatangan. Dan dengan perasaan gumbira, Amier pun melangkah maju ke atas pentas dan mengambil hadiah untuk kali keduanya. Setelah itu barulah kami mintak diri untuk beredar. Kami sempat jumpa Ustaz yang mengajar kelas Amier - Ustaz Sharulnizam. Setelah bersalaman, mengucapkan terima kasih, dan bergambar, kami pun pergilah meninggalkan pekarangan dewan majlis.

TAMAT

Amier punya giliran ambil hadiah.
Amier gembira dapat hadiah.
Antara pelajar yang turut mendapat hadiah.
Amier turut mendapat hadiah kedatangan.
Amier dengan Ustaz Sharulnizam.
Bergambar sebelum beredar.