m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 11, 2016

Badminton Wattop vs Marsbatch: Interteam dan pemanas badan

Bahagian 1

6 November 2015 - Ini cerita lama. Cerita dah basi. Dah jadi tapai. Dah jadi jeruk. Dah jadi pekasam. Tapi aku memang sangat suka makan tapai, jeruk dan pekasam. Maknanya lebih lama diperam, sudah tentulah lebih enak rasanya. Begitu jugaklah dengan entry ini. Kali ni aku nak cerita pasal main badminton bersama rakan-rakan sekolahku.

Hampir setiap hari aku baca whatsapp geng sekolah menengah aku - geng MRSM Kota Bharu batch ke-6. Kami gelar diri kami Wattop. Pada hujung tahun lepas (2015) telah dirancangkan untuk dibuat satu gathering kat sekitar Bentong, Pahang. Overnight kat situ satu malam. Tapi aku dah awal-awal cakap aku tak dapat nak join pasal kena jaga ayah aku yang dah tak berapa sihat. Lain kali ajelah kot. Sebelum tiba tarikh reunion itu, ada cadangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan badminton inter-class, dan jugak friendly menentang MRSM Kulim dari batch yang sama. Kebetulan kami agak rapat dengan geng MRSM Kulim. Setelah bermesyuarat, akhirnya tarikh ini telah dipersetujui untuk diadakan perlawanan persahabatan ini.

Banner Team WATTOP (from Kota Bharu) menentang MARSBATCH (from Kulim).
Friendly yang dinanti-nantikan oleh semua.
Piala Wattop dan Piala Mroy yang menjadi rebutan pada malam itu.
Haz dan Shahlan Sabari.
Nasry Nyok sedang bersantai sementara menanti waktu berentap.
Nuar, Jenal dan Oth getting ready.
Muzmi - orang kuat team badminton Wattop.
Jenal Zabo dan isteri yang jugak merupakan penyokong tegar Team MRSM Kulim.
Azhar bersemangat menghadapi cabaran kali ini.
Abu Hurairah - kurus-kurus berisi. Permainannya sangat power.
Tiga sekawan sedang berbincang tentang kaedah untuk mendapatkan kemenangan besar nanti.
Sessi warmup bermula.
Joe dan Purd sangat fokus ketika bermain.
Tokseh Zakimi dan Muzmi sedang memanaskan badan.
Mazeli dan Shahlan sentiasa happy.
Dr Kahar siap dengan peralatan untuk membantu para pemain yang bermasalah.
Aku baca dalam whatsapp, setiap class ada wakil mereka masing-masing untuk bermain badminton sempena inter-class nanti. Ada 6 group semuanya, mewakili kelas masing-masing - Pasteur, Einstein, Darwin, Curie, Mendy dan Newton. Tapi aku nengok group kelas aku, Pasteur cuma ada dua wakil aje - Shahlan dan Dr Kahar. Lalu aku menawarkan diri untuk mencukupkan korum. Lagi pun aku tak dapat nak join yang lain-lain pada hari reunion nanti, maka aku jumpalah geng-geng aku masa tournament ini. Walaupun aku tak berapa pandai bermain, tapi kira hantam sajalah. Asalkan boleh pukul bulu tangkis kira okay-lah tu.

Bersedia membantu players.
Nyok dan Oth membuat warmup.
Team Einstein ber-jersey merah Ferrari.
Merah garang - membuat pihak lawan gerun sampai ke gigi.
Oth menjadi umpire yang sangat adil dan saksama.
Hadi sebagai penyokong tegar Team Wattop yang sangat sporting.
Team Einstein, Mazeli dan Elias sedang memikirkan strategi bagi merebut kejuaraan inter-class.
Aku sampai agak awal (walaupun bukan yang paling awal) lantas beramah mesralah dengan kengkawanku yang ada sebahagiannya dah lama aku tak jumpa. Malah ada jugak yang aku dah tak kenal kerana berubah wajah dan tubuh. Kami main di dewan badminton Persada PLUS yang sangat selesa dan cukup terang cahaya lampunya. Tak payahlah teraba-raba nak mencari bulu tangkis.

Bersambung...

Nuar menjadi penjaga minuman dan buah pisang.
Jeli Hashim dengan kengkawan MRSM Kulim. Aku cuma kenal Amin (tengah).
Kapok dan Halim datang memberikan sokongan moral.

Selamat hari jadi isteriku: Sambutan bersama Syakirah & Abang Zai

Bahagian 2

Kalau pada siang harinya kami meraikan hari jadi isteriku di Restoran Makan Kitchen, pada sebelah malamnya pula kami menyambut lagi birthday isteriku di rumah Kak Timah. Sebelum tu aku dah mintak kebenaran untuk menjadikan rumah Kak Timah sebagai tempat berkumpul adik-beradik. Sambutan pada kali ini merangkumi birthday anak buah kami, Syakirah dan abang birasku, Abang Zai.

Kek aiskerim Baskin Robbins yang sangat hebat.
Isteriku dan Syakirah mempunyai tarikh hari jadi yang sama.
Kembar 16 Disember. Tahun lain-lain.
Kami memang suka betul dengan kek aiskerim ni.
Kek dari Secret Recipe yang Kak Long bawak sempena hari jadi Abang Zai.
Semua December babies berkumpul di hadapan kek.
Sabriena bukan December baby. Tak kisahlah.
Teruja dengan kek hari jadi yang kelihatan sangat menarik.
Sabriena nak jugak meniup lilin yang dipasang.
Abang Zai memotong kek yang dibeli Kak Long - produk Secret Recipe.
Abang Zai happy dapat potong kek, walaupun birthday Abang Zai tercepat satu hari.
Kembar tak seiras - isteriku dengan anak buahnya, Syakirah,.
Menu pada malam ini agak pelbagai. Antaranya termasuklah nasi lemak bungkus, sate, ayam goreng, nugget ayam, kentang goreng dan dessert. Selain host Kak Timah dan Kak Piah, yang ada pada malam tu termasuklah keluarga Kak Esah, keluarga Kak Uda, keluarga Ardi dan keluarga Kak Long. Tak ketinggalan, pasangan pengantin baru, Ika dan Rusydi. Walaupun tak berapa ramai, tetapi cukuplah nak buat riuh dan memeriahkan majlis yang sederhana ini.

Tiga orang yang meraikan birthday - isteriku, Syakirah dan Abang Zai.
Dua kek bagi meraikan hari lahir tiga individu.
Sabriena capai biskut bintang yang terpacak pada kek aiskerim.
Antara juadah yang disajikan.
Kak Long menyuapkan secebis kek ke mulut Abang Zai dengan penuh kasih sayang.
Sama-sama menikmati kelazatan kuih Secret Recipe.
Abang Zai nak kek lagi sampai ternganga mulutnya.
Kak Uda dan Abang Zahid jugak makan kek sama-sama.
Gaya dua orang pemakan kek yang profesional.
Intan dan Wanie sedang beratur untuk mendapatkan kek masing-masing.
Yaya dan Intan bertungkus lumus memotong kek aiskerim yang keras beku ini.
Tak sabar-sabar nak menjamah kek aiskerim.
Selepas makan, aku, Abang Zai dan Abang Zahid serta Ardi, terus ke Dewan Ampang Jaya untuk bermain badminton yang memang dah menjadi kebiasaan kami bermain pada malam hari Rabu setiap minggu. Bersukan tatkala perut tengah terlalu kenyang, dan badan tengah berat memang sangat menyukarkan. Bayangkanlah, perut tengah berat macam badak air, terpaksa terkinja-kinja menghambat tangkis. Sangat menyeksakan. Cepat letih kami semua, dan aku sendiri sampai nak muntah bila dipaksa bekerja keras untuk mengejar bulu tangkis yang dihantar ke segenap pelusuk gelanggang oleh pihak lawan. Selepas habis game, kami kembali ke rumah Kak Timah. Makan dan minum lagi biar perut semakin memberat macam perut gajah Afrika!

Itulah serba sedikit kisah hari jadi isteriku. Sekian, terima kasih.

TAMAT.

Wajah-wajah happy ketika menjamah kek.
Amier, isteriku dan Kak Esah.
Zila dan Ardi sedang menjamu selera.
Sate dan kek asikerim menjadi pilihan.
Bermain-main dengan baby kepada Ardi dan Zila.