m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, August 30, 2013

Majlis cukur jambul yang sangat simple

Kalau ikut tarikh pada gambar yang aku ambil ni - 14 Januari 2011. Maksudnya dah lebih dua tahun lepas. Ini adalah majlis aqiqah cukur jambul yang dibuat oleh jiran depan rumah aku, Ikmal dan sepupunya. Majlis dibuat di Masjid Bukit Indah. Aku rasa majlis ni macam simple sangat. Tapi aku dah tak berapa ingat aturcara dia. Yang aku tahu, ada cukur jambul serba ringkas, ada tazkirah oleh ustaz mat saleh yang selalu keluar tv. Ustaz tu punya tazkirah pun best jugak. Lepas tu makan. Yang best-nya masa sepupu Ikmal menjemput para tetamu makan. Dengan tak tau apa yang patut diucapkan kepada para hadirin (first time experience), dia berkata, "Majlis dah selesai. Semua dijemput makan, errrr... nak sembang-sembang ke..." (lebih kurang macam tulah). Macam kelakarlah pulak aku rasa. Any way, terima kasih kerana menjemput, dan tahniah kerana dapat baby yang kini telah pun berusia dalam tiga tahun.

Ikmal berbaju pink kat kiri. Sepupunya berbaju biru kat kanan.
Ustaz mat saleh yang selalu keluar tv. Aku masih tak tahu nama dia siapa.

Baby siapa ni?

Baby siapalah ni yang comel dan kelakar ni? Ini gambar lama. Sekarang baby ni dah besar. Umur pun dah banyak. Dah pergi sekolah dah. Tapi siapakah baby ni sebenarnya? Pandai berenang, boleh jadi imam solat. Muka ada ala-ala mat saleh (yang pakai kupiah tu). Agak-agak siapa ya?

.......Inilah anak aku nombor tiga - Amier.

Bersedia untuk berenang kuak lentang.
Lepas iqamah boleh start solat.

Saturday, August 24, 2013

Tahlil sebelum Ramadhan

30 Mei 2013 - inilah tarikh kenduri tahlil yang diadakan sebelum datangnya bulan Ramadhan. Lokasi kenduri ialah kat rumah Kak Timah. Sekumpulan pelajar tahfiz dari sekolah tahfiz berdekatan telah dijemput untuk mengetuai pembacaan Yaasiiiiiin dan tahlil.

Ustaz tahfiz mengetuai pembacaan Yaasiiiiin dan tahlil.
Muda-muda lagi pelajar tahfiz ni.
Mereka baca surah Yaasiiiiin agak laju jugak. Macam tak terkejar.
Majoriti mereka dah hafaz dah surah Yaasiiiiin ni.
Doa time.
Lepas tahlil barulah makan. Ada jugak yang dah makan dulu sebelum tahlil. Ikut perut masing-masinglah. Aku sendiri makan setelah majlis tahlil selesai. Tapi sebelum tu ada jugak aku baham buah-buahan tempatan seperti epal, anggur, peach dan pear. Masa tu perut aku tak lapar sangat lagi. Jadi sekadar makan buah dan kuih muih dah memadai.

Menjamu selera dengan masakan kampung.
Menu yang menyelerakan.
Para jemaah sangat gembira dapat makan.
Aku nengok pelajar-pelajar tahfiz tu semua makan dengan penuh berselera. Baguslah macam tu. Menjamu meraka ni banyak keberkatannya. Lagi pun lauk punyalah banyak, sampai tak muat pinggan mangkuk nak letak segala lauk pauk yang dibawak oleh sanak saudara. Ada lauk pauk yang terpaksa diletak di atas lantai, dekat dinding, malah dekat bumbung rumah pun ada!

Cuba teka siapa saya?
Amier dah kawannya.
Ardi dan Taufiq. Bulan depan kita start main badminton lagi ya?
Duduk makan mengikut sunnah.
"Tak senang aku nak makan. Menyibuk aje kamera man nih!"
Sodappp sungguh makanan ni.
Habis makan-makan, barulah kami mula bersembang pasal hal-hal yang bersangukutan dengan macam-macam hal. Dan rombongan pelajar tahfiz tadi pun turut meminta diri untuk pulang ke asrama dan rumah masing-masing. Kami kat sana sampai lewat malam. Mata sampai dah mengantuk dan terpejam rapat. Oleh kerana kejadian ni dah berlaku terlalu lama, maka aku pun tak ingat apakah sebenarnya tajuk yang dibualkan kami. Cuma yang aku ingat, kami ada sembang-sembang pasal satu rawatan alternatif kat Nilai. Ada jugak di antara ahli keluarga dah cuba dan agak serasi jugak. Setelah mata dah tak dapat nak menahan asakan rasa mengantuk, kami pun pulanglah kat rumah yang letaknya cuma sepuluh minit drive dari rumah Kak Timah.

Antara tetamu yang hadir.
Kaum keluarga.
Ibu dan kakakku jugak datang.

Syura dan Amin tomonung manoman tanggo.
Giliran ayahku pulak mengambil makanan.
Anak-anak muda melepak di jalanan - Amin, Abby, Taufiq dan Faiisal.
Melepak sambil bergossip.
Abang Zahid, Abang Zai dan Farid.
Syahmie dan Faridz.
Kakakku menikmati dessert pulak.
Ardi sedang berbual-bual dengan ustaz sekolah tahfiz.
Tiga orang muslimah mithali - Syakirah, Syura dan Nicha.
Baby Sabriena pun ada jugak!
Taufiq ala-ala malu nak salam dengan ustaz. Pasal apa ya?
Anak-anak kecil main game lah.
A-a-a-a-Ali-Ali Cafe bersama tiga orang sepupunya sedang melayan FB.
Syahmie memang suka duduk sorang-sorang.
Sabriena (Elin Junior) dengan Pak Uda.
Kak Long sedang memberi tazkirah pasal menjaga kesihatan diri.

Bila bibik pulang kampung menyambut lebaran

Dah dekat tiga tahun bibik kerja kat rumah aku. Dia kata nak sambung dua tiga tahun lagi. Tapi dia nak cuti dulu sebulan - nak puasa dua minggu dan nak raya dua minggu kat kampungnya di Indonesia. Kami setuju dengan permintaannya, pasal nak dapat pembantu rumah yang baru pun bukan main mahal lagi sekarang ni. Dahlah nak kena latih lagi, nak bagi serasi lagi. Semua tu memang makan masa dan sangat menyulitkan.

Isteriku dan Amier mengiringi bibik membuat check in.
Maka kira-kira dua mingu sebelum raya, kami hantarlah bibik ke LCCT untuk naik kapalterbang Air Asia. Kami bertolak dari rumah kira-kira jam tiga pagi. Maka lepas hantar bibik, kami pun bersahurlah di Marry Brown. Kami (aku, isteri dan Amier) pekena ayam goreng. Sorry-lah puan Brown, aku rasa kau punya ayam goreng kurang menyengatlah. Tapi apa boleh buat, sebab resipi dia franchise kan?

Bibik akan terus ke pesawat selepas melewati pintu ini.
Dan keesokan harinya, bermulalah kami hidup sehari-harian tanpa bibik. Semua kerja-kerja rumah kami kena gotong royong buat sendiri. Mencuci baju, pinggan mangkuk, mop lantai, memasak, dan babysit Sabriena. Oleh kerana Sabriena dah pandai berjalan, maka pengawasannya boleh dikatakan kena 24 jam. Takut dia buat benda-benda yang boleh membahayakan dirinya. Untuk membantu kami, kami telah mengupah anak saudara isteriku, Ika yang memang handal menangani budak-budak kecil untuk menjaga Sabriena secara full time. 

Buat kerja bibik - menjemur kain.
Walaupun Ika membantu, namun beban kerja masih terasa berat jugak. Setiap hari kena atur jadual secara rapi. Kebetuan pulak kerja kat ofis makin berlambak-lambak. Jadi kami balik rumah pun sangat lewat. Dah ballik kena buat kerja rumah pulak. Malah ada kalanya terpaksa bawak kerja pejabat kat rumah. Itu yang tak tahan tu. Namun hikmah besar dengan ketiadaan bibik ni ialah, kami dapat manage time dengan lebih baik. Kerja kat rumah pun dapat kami laksanakan dengan lebih sepakat. Cuma lebih penat dan kurang rehat aje. Tapi esok, insya-Allah bibik akan pulang. Dan kami memang sangat mengalu-alukan kedatangan bibik kali ini!

Giliran aku untuk masak - maggi aje...

Wednesday, August 21, 2013

Ping-pong Ramadhan 2013

Bulan Ramadhan dah pun berlalu. Sewaktu bulan puasa, aku terus stop main tenis, mahupun badminton. Tapi ada satu game yang aku akan main pada bulan puasa. Itulah ping-pong. Sewa meja ping-pong kat Titiwangsa cuma RM2.00 aje. Aku ajak anak aku, Syahmie dan anak-anak buah yang lain. Tapi yang datang cuma Ali. Syahmie yang mungkin dah biasa main ping-pong masa kat MRSM telah improve banyak corak permainannya. Dan dia dah boleh kalahkan Ali pada pertarungan kali ini. Kawan tenis aku, Bob turut datang bagi memeriahkan lagi suasana di pagi Ramadhan. Bob punya penangan memang sangat hebat. Tak terlawan langsung aku. Servis dia aje aku dah menggagau nak return. Seronok sembang-sembang pasal ping-pong dengan Bob. Banyak pengetahuannya pasal ping-pong, dari undang-undang game, teknik pukul dan pegang bat, serta perkakasan ping-pong serta kedai menjual alatan ping-pong yang terunggul di KL. Ramadhan dah berlalu. Bila pulaklah aku nak main ping-pong lagi???

Bob (tengah) diapit oleh Syahmie dan Ali.

Tuesday, August 20, 2013

Bumper keretaku yang sakit

Kami baru aje pulang dari hospital setelah melawat ibuku yang terlantar di wad Hospital Ampang kira-kira sebulan yang lalu. Secara tak semena-mena, sebuah motor kapcai yang ditunggang oleh seorang anak muda keturunan Cina melanggar keretaku di bahagian sisi depan. Aku terkejut beruk! Sebijik macam beruk terkejut. Namun tidak seorang pun di antara kami yang cedera. Tapi bumper hadapan kereta Proton Wira ku terus jatuh tertanggal dan terkulai layu. Aku terpaksa memberhentikan keretaku. Anak muda tadi turut memberhentikan motor yang ditungganginya.

Kereta Wira burukku bersulam tali.
"Alamak boss! Bumper sudah tanggal laaaa... Tak boleh sambung balik laaaaa..." Pemuda Cina tadi agak suspen melihat tingkahku yang bagai The Incredible Hulk. Tapi persepsinya terhadap aku meleset sama sekali. Aku tak marah langsung. Aku cuma cari seutas tali atau dawai di tepi jalan untuk mengikat bumper yang jatuh tadi. Kami jumpalah jugak beberapa utas tali rafia yang sesuai untuk digunakan. Dengan penuh kepayahan, aku mengikat bumper keretaku kepada badan kereta. Pemuda Cina tadi turut membantu tanpa perlu aku menyuruh-nyuruh.

Tali rafia kuning dianyam begitu rapi dan teliti.
Setelah mengikat tali, aku rasa kereta Proton Wira burukku nampak lebih indah dan berseri pulak. Dan kini trend dan design macam ni telah menjadi ikutan anak-anak muda di seluruh Malaya. Malah dengar ceritanya, pemandu-pemandu F1 pun ada yang berminat nak ikat bumper kereta yang macam aku buat tu. Sebelum beredar, sempat jugak aku memberi kata-kata nasihat kepada pemuda Cina tadi:

"Wahai anak muda! Jika menunggang motor, hendaklah kamu berhati-hati agar tidak terlanggar kereta lagi. Topi keledar hendaklah dipakai sepanjang masa, tak kira panas ataupun hujan. Sekian terima kasih". Anak muda tadi terus insaf dan berjanji tidak akan melanggar kereta Wira ku lagi. Dia mungkin akan langgar kereta lain pulak. Mungkin kereta Mercedes. Mungkin jugak kereta BMW.

Sungguh indah dan cantik hiasan riben pada bumper keretaku ini.

Makan kenduri dalam kereta

Ini bukan pasar malam. Bukan bazaar Ramadan. Ini bukan pekan sehari. Ini bukan pesta Jom Heboh. Ini adalah majlis kahwin. Pastinya ia meriah bila tetamu yang datang berduyun-duyun ramainya. Aku, isteriku, ibuku, kakak iparku, serta ustazah yang mengajar mengaji, bertolak dari rumah menaiki Exora selepas solat maghrib. Lokasi majlis di belakang Bank Negara. Aku memang tak pernah sampai kat tempat ni. Inilah first time aku menghadiri majlis kahwin di sebuah tempat yang bagi aku agak pelik dan unik. Aku rasa majoriti tetamu bertolak dari rumah setelah solat maghrib. Maka kami semua sampai hampir serentak. Ada dekat lima atau enam juta orang kot. Itu tak termasuk para tetamu yang bawak haiwan peliharaan masing-masing seperti kuda, kambing biri-biri, lembu kerbau dan badak air. 

Oleh kerana para tetamu terlalu ramai, aku nak parking kereta pun agak bermasalah. Berlapis-lapis kereta bersusun. Aku pun keluar dari kereta untuk mendapatkan makanan. Alamak!!! Tempat duduk pulak tak ada. Akhirnya aku capai apa saja juadah yang sempat kucapai, dan aku terus meluru ke keretaku. Aku masuk dalam kereta, pasang air-cond, pasang radio, dan jamah nasi minyak dengan berselera dan penuh kenyamanan. Inilah first time aku buat kerja pelik macam ni. 

Lepas makan, pastinya masa untuk pulang. Nak keluarkan kereta pun sangat bermasalah. Kena tunggu semua kereta yang  mem-block kereta aku bergerak pergi, barulah boleh aku gerakkan kereta aku pulak. Lama jugak nak kena tunggu tu. Tapi apa-apa pun, pokok pangkalnya kami masih boleh pulang dengan selamat. Pergh! What an experience!

Suasana di majlis perkahwinan seorang teman kepada ibuku.